SUMBANGAN / AMAL JARIAH

SUMBANGAN / AMAL JARIAH
jazakallahu khairan kathira

Saturday, September 19, 2009

Perutusan Hari Raya dari Blogger

Sempena dengan Idulfitri 1430H, Blogger mengucapkan Selamat
Menyambut Hari Raya Idulfitri & Maaf Zahir Bathin dari dunia
sampai akhirat. Kalau ada termakan, terminum, terhutang,
terkutuk, termengumpat, tertipu, teraib & macam-macam dosa
"ter" lagi dengan semua manusia yang kenal atau yang tak kenal,
minta dihalal & diampunkan. Sesungguhnya tiada manusia yang
terlepas dari melakukan kesilapan, sama ada secara sedar atau
tidak sedar.

Disamping itu Blogger juga memohon kepada semua jemaah yang
pernah menghadiri sebarang aktiviti sepanjang bulan Ramadhan
di Surau Al-Ikhlas atau di Masjid/Surau yang lain agar dapat
mengekalkannya di bulan-bulan yang lain disamping kita menyeru
kepada sahabat-sahabat yang lain untuk sama-sama menyertai
kita. Mari kita zahirkan kekuatan umat Islam dengan menghadiri
sholat Subuh berjemaah beramai-ramai sehingga melebihi Sholat
Jumaat seperti yang ditakuti oleh musuh-musuh Islam dari
Yahudi & Nasrani. InsyaAllah.