SUMBANGAN / AMAL JARIAH

SUMBANGAN / AMAL JARIAH
jazakallahu khairan kathira

Monday, December 31, 2012

KULIAH SUBUH SEMPENA TAHUN BARU

 




KULIAH SUBUH PERDANA SEMPENA TAHUN BARU

TARIKH:1/1/2013
HARI: SELASA
MASA: SLPS SOLAT SUBUH
TEMPAT: SURAU AL-IKHLAS JLN MELATISARI 3D/2 BDR SG BUAYA RAWANG

PENCERAMAH: AL-FADHIL USTAZ ANUAR ARIFFIN (MAAHAD TAHFIZ AN-NUR (MANTAN) , KG RUAT, YAN KEDAH)

TAJUK: TAHUN BARU, AZAM BARU, TAPI.... MASIH TAK BERRUBAH

(INSYAALLAH AKAN DIADAKAN KUTIPAN SUMBANGAN UTK MAAHD TAHFIZ TERSEBUT)

MUSLIMIN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR

Sunday, December 30, 2012

KULIAH MAGRIB PERDANA 30/12/12


KULIAH MAGHRIB PERDANA

TARIKH: 30/12/2012
HARI: AHAD
MASA: SELEPAS MAGHRIB
TEMPAT: SURAU AL-IKHLAS JLN MELATISARI 3D/2 BDR SG BUAYA RAWANG

PENCERAMAH: AL-FADHIL USTAZ HJ MUHAMMAD GUNAWAN BIN CHE ABDUL AZIZ (DARI PUTRAJAYA)

MUSLIMIN MUSLIMAT DI JEMPUT HADIR

Saturday, December 29, 2012

KULIAH PERDANA AKHIR TAHUN


KULIAH PERDANA AKHIR TAHUN

TARIKH: 29/12/12
HARI: SABTU
MASA: SELEPAS MAGHRIB
TEMPAT: SURAU AL-ANSAR JLN CEMPAKASARI BDR SG BUAYA RAWANG

PENCERAMAH: USTAZ NURUL KHALIL AL-HAFIZ (PENDAKWAH BEBAS)

MUSLIMIN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR

(JAMUAN-NASI MINYAK GULAI DAGING DISEDIAKAN)

Thursday, December 20, 2012

Tuesday, December 18, 2012

CERAMAH SAVE GAZA

CERAMAH ISU PALESTIN
BERSAMA
AHMAD AYESH AL-NAJJAR
(DEPUTY DIRECTOR GENERAL OF INTERNATIONAL AND PUBLIC RELATIONS OFFICE OF MINISTRY OF EDUCATION/PENTERJEMAH RASMI KPD PM PALESTIN ISMAIL HANIYEH)
TARIKH: 21/12/2012
HARI: JUMAAT
MASA: SELEPAS SOLAT MAGHRIB
TEMPAT: SURAU AL-IKHLAS JLN MELATISARI 3D/2 BDR SG BUAYA
MUSLIMIN MUSLIMAT DI JEMPUT HADIR
AKAN DIADAKAN KUTIPAN DANA UNTUK SUMBANGAN KE PALESTIN
ANJURAN: MUSLIM CARE BERSAMA SURAU AL-IKHLAS


KURSUS JENAZAH

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH MUSLIMAT

TARIKH: 25 DIS 2012 (SELASA)
MASA: 10 PAGI
TEMPAT: SURAU AS-SYURO KIAMBANGSARI BDR SG BUAYA
YURAN PENYERTAAN: RM8

DIJEMPUT SELURUH KAUM MUSLIMAT UNTUK MENYERTAINYA

(HUBUNGI PENGERUSI SURAU, EN. AMIR-0132915582)

Bekas Banduan Neraka

..Setelah Allah menetapkan hukuman di antara para hamba dan hendak mengeluarkan mereka dengan rahmatNya maka Dia akan memerintahkan para malaikat agar mengeluarkan mereka dari Neraka tersebut. Manakala Orang yang tidak menyekutukanNya dan Dia menghendakinya maka mereka dikeluarkan dari sana dengan rahmatNya, begitu juga bagi orang yang berkata sesungguhnya para Malaikat mengenali mereka semasa dalam Neraka melalui kesan sujud. Api Neraka akan memakan seluruh anggota anak Adam kecuali kesan sujud. Allah telah mengharamkan api Neraka dari memakan kesan tersebut. Kemudian mereka dikeluarkan dari Neraka dalam keadaan hangus, lalu disiram dengan air kehidupan, maka pulihlah mereka sebagaimana tumbuhnya benih dalam kawasan banjir iaitu lumpur. (Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a )

Orang Islam yang telah dibersihkan dari dosa dan setelah selesai menerima azab neraka, mereka akan dikeluarkan umpama bekas banduan. Mereka dipakaikan kalung atau di dahi mereka tertulis dengan perkataan “bekas ahli neraka”.

Daripada Anas bin Malik r.a, dari nabi s.a.w Baginda bersabda:” Keluar satu kaum dari neraka sedangkan kulit mereka telah hitam kerananya. Mereka masuk ke dalam syurga, sedangkan isi syurga menamakan mereka ‘orang-orang dari jahannam’ (Bukhari).

“:…..Lalu mereka keluar bagaikan mutiara. Di leher mereka ada kalung, sehingga para ahli syurga dapat mengenali mereka. Mereka adalah orang-orang yang dibebaskan Allah, yang dimasukkan oleh Allah ke dalam syurga, tanpa amal yang mereka kerjakan dan tanpa kebaikan yang mereka lakukan.

Namun di syurga Allah swt memenuhi apa saja permintaan ahlinya, lalu mereka meminta agar dipadamkan tanda “bekas ahli neraka” itu.

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya aku benar-benar tahu ahli Neraka yang terakhir keluar dari sana dan ahli Syurga yang terakhir masuk ke Syurga iaitu seseorang yang keluar dari Neraka secara merangkak lalu Allah Taala berfirman kepadanya: Pergilah, masuklah ke dalam Syurga, maka dia pun mendatangi Syurga, tetapi terlintas di fikirannya bahawa Syurga itu telah pun dipenuhi. Oleh itu dia kembali dan berkata: Wahai Tuhanku, aku telah temui Syurga itu namun ianya telah penuh. Allah Taala berfirman: Pergilah, masuklah ke dalam Syurga, maka dia pun mendatangi Syurga, tetapi terlintas di fikirannya bahawa Syurga itu telah dipenuhi lalu kembali semula dan berkata: Wahai Tuhanku, aku telah temui Syurga itu tetapi ianya telah penuh. Allah berfirman: Pergilah, masuklah ke dalam Syurga kerana sesungguhnya ianya untukmu seumpama dunia dan sepuluh kali gandanya atau sesungguhnya ianya bagimu sepuluh kali ganda dunia. Lelaki itu berkata: Adakah Engkau mengejekku atau mempermain-mainkan aku, kerana Engkau adalah Maharaja? Maka Abdullah bin Masud berkata: Aku benar-benar melihat Rasulullah s.a.w tertawa sehingga ternampak gigi geraham baginda dan dikatakan: Itulah Ahli Syurga yang paling rendah kedudukannya.
 
-Nasbun Nurain-

BERSAMA IMAM MUDA ASYRAF


YA ALLAH BANTULAH SAUDARA KAMI DI SYRIA


YA ALLAH..BANTULAH PEJUANG&RAKYAT PALESTIN


Berdoa Ketika Sujud

Mengenai doa dalam solat, sujud rakaat keberapakah doa itu di minta, adakah yang awal atau yang akhir dan bolehkah doa itu ditutur dalam bahasa Melayu?

JAWAPAN:

Mengenai doa di dalam sujud, terdapat hadis di mana Nabi bersabda; "Saat paling hampir seorang hamba dengan Allah ialah ketika dia sujud. Maka banyaklah berdoa ketika sujud"
- (HR Imam Muslim, Abu Daud dan an-Nasai dari Abu Hurairah).

Oleh kerana Nabi s.a.w. menyebutkan sujud di dalam hadis di atas secara umum (tanpa menghadkan pada mana-mana sujud), maka galakan membaca doa ketika sujud itu merangkumi semua sujud di dalam solat.

Ketika sujud itu harus berdoa dengan apa sahaja doa asalkan yang dipohon adalah perkara yang tidak dilarang oleh Syarak.

Jika doa itu dalam bahasa Arab, harus ia dilafazkan oleh lidah sekalipun doa itu bukan yang maksur (yakni bukan dari al-Quran atau hadis Nabi). Cuma hendaklah lafaz itu diperlahankan kerana bacaan ketika sujud tidak sunat dikuatkan.

Adapun dalam bahasa lain tidak harus dilafazkan oleh lidah. Memadai dengan berdoa di dalam hati sahaja kerana bahasa yang diharuskan di dalam solat hanyalah bahasa Arab sahaja.

HUKUM MENGUCAP SELAMAT KEPADA PERAYAAN AGAMA LAIN

Soalan:
Saya pernah terbaca bahawa haram bagi orang Muslim mengucapkan 'selamat menyambut' hari perayaan kepada orang kafir sempena perayaan mereka seperti 'Selamat Menyambut Hari Depavali' atau ' Selamat Menyambut Hari Krismas' kerana seolah-olah kita mendoakan mereka selamat dengan kekufuran mereka. Bagaimana jika hanya menyebut 'Happy Deepavali' atau 'Merry Christmas' kerana pada saya ianya bukan doa untuk mereka tetapi hanyalah ucapan.

Jawapan :
Kita tidak diharuskan bersama-sama mereka menyambut perayaan mereka sebagaimana kita menyambut hari raya kita.

Adapun sekadar memberi ucapan selamat atau menziarahi mereka di rumah (bukan di kuil atau dalam majlis khusus yang diadakan sempena perayaan mereka) insyaAllah, harus.

Memberi ucapan selamat tidak semestinya kita mendoakan selamat untuk agama mereka atau untuk kekufuran mereka. Kita boleh niatkan doa untuk mereka "agar mereka diselamatkan Allah dari kesesatan mereka dan masuk Islam".

Ada riwayat menceritakan; seorang Majusi memberi salam kepada Ibnu Abbas r.a. (seorang sahabat Nabi); "Assalamu 'alaikum". Lalu Ibnu 'Abbas menjawab; "Wa alaikumussalam Wa Rahmatullah". Maka sahabat-sahabatnya (yang ada bersamanya) berkata kepadanya; "Adakah kamu mendoakan rahmat Allah untuknya?". Ibnu 'Abbas menjawab; "Tidakkah dia hidup sekarang ini dengan rahmat Allah?". Maksud Ibnu 'Abbas; rahmat Allah tidak semestinya bermaksud rahmat di akhirat (yang khusus untuk orang beriman), ia juga bermaksud rahmat di dunia yang dianugerah Allah bukan sahaja untuk orang Islam, tetapi juga untuk orang kafir.

Di dalam al-Quran, Allah hanya melarang kita untuk berbaik-baik dengan orang kafir yang memusuhi Islam dan umat Islam. Adapun orang kafir yang menghormati Islam dan umat Islam, Allah tidak menegah kita untuk berbaik-baik dengan mereka. Dari kebaikan kita itulah akan menjadi contoh kepada mereka dan menjadi pendorong kepada mereka untuk menerima Islam, Insya Allah.

Perhatikan firman Allah (bermaksud); “Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang (kafir) yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengusir kamu dari kampung halaman kamu. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu), dan mengusir kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.”
- (al-Mumtahanah, ayat 8-9)

Wallahu a'lam.

Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL

LARANGAN BERCAKAP KETIKA KHUTBAH JUMAAT

Adakah sah solat seorang lelaki yang solat fardhu Jumaat tetapi bercakap-cakap semasa khatib sedang membacakan khutbah?

Jawapan:
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Jika kamu berkata-kata kepada kawan kamu ketika imam berkhutbah pada hari Jumaat walaupun dengan perkataan ‘Diam’, maka laghalah (sia-sia) dia.” -Riwayat al-Bukhari dan Muslim

Ulama berbeza pendapat dalam hal hukum mendengar khutbah. Jumhur berpendapat diam ketika khutbah adalah wajib, iaitu pendapat yang paling kuat.

Berkata-kata ketika khutbah membatalkan pahala Jumaat, namun solat Jumaatnya tetap sah.

Hikmahnya adalah untuk mengelakkan gangguan tumpuan terhadap khutbah yang disampaikan. Namun untuk bercakap sesuatu yang penting, seperti memberitahu orang buta depannya ada lubang dan sebagainya, tidaklah termasuk perkara yang dilarang.

Ustaz Syed Mohd Fadzli al-Yamani
Dipetik dari Majalah Solusi

NASIHAT YANG INDAH

Dari Usman ra yang bermaksud :

"Siapa yang meninggalkan dunia, dia akan dicintai oleh Allah SWT. Siapa yang meninggalkan perbuatan dosa, dia akan dicintai oleh para malaikat. Dan siapa yang membuang sifat tamaknya terhadap kaum muslimin, maka dia akan dicintai oleh mereka."

Doa Taubat Nabi Yunus Alaihissalam


Rasulullah s.a.w. bersabda “Hendakkah kamu jika aku khabarkan kepada kamu tentang satu doa, yang jika seseorang ditimpa kesusahan atau bencana daripada bencana dunia, lalu dia berdoa dengannya, akan dilepaskan daripada kesusahan tersebut, “Itulah dia doa Zin-Nuun (Nabi Yunus a.s.):

لاَ Ø¥ِÙ„َÙ‡َ Ø¥ِلاَّ Ø£َنتَ ، سُبْØ­َانَÙƒَ Ø¥ِÙ†ِّÙŠ ÙƒُÙ†ْتُ Ù…ِÙ†َ الظَّالِÙ…ِينَ

"Tiada tuhan melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau! Sesungguhnya aku ini terdiri daripada orang-orang yang menzalimi diri" (Riwayat Hakim)

Dan (sebutkanlah peristiwa) Zunnun, ketika dia pergi (meninggalkan kaumnya) dalam keadaan marah, yang menyebabkan dia menyangka bahawa Kami tidak akan mengenakannya kesusahan atau cubaan; (setelah berlaku kepadanya apa yang berlaku) maka dia pun menyeru dalam keadaan yang gelap-gelita dengan berkata: Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri. (Anbiya:87) Maka Kami kabulkan permohonan doanya dan Kami selamatkan dia dari kesusahan yang menyelubunginya dan sebagaimana Kami menyelamatkannya, Kami akan selamatkan orang-orang yang beriman (ketika mereka merayu kepada Kami). (Anbiya:88)

Maka bersabarlah (wahai Muhammad) menerima hukum Tuhanmu (memberi tempoh kepada mereka) dan janganlah engkau bersikap seperti orang yang telah ditelan oleh ikan. (Ingatlah kisahnya) ketika dia berdoa merayu dengan keadaan sesak sebak terkurung dalam perut ikan. (Qalam:48) Kalaulah dia tidak didatangi nikmat pertolongan dari Tuhannya, nescaya tercampaklah dia ke tanah yang tandus (di tepi pantai) dalam keadaan dia ditempelak (kerana salah silapnya). (Qalam: 49)

Dan sesungguhnya Nabi Yunus adalah dari Rasul-rasul (Kami) yang diutus. (Saaffat:139) (Ingatkanlah peristiwa) ketika dia melarikan diri ke kapal yang penuh sarat. (Saaffat:140) (Dengan satu keadaan yang memaksa) maka dia pun turut mengundi, lalu menjadilah dia dari orang-orang yang kalah yang digelungsurkan (ke laut). (Saaffat:141) Setelah itu dia ditelan oleh ikan besar, sedang dia berhak ditempelak. (Saaffat:142) Maka kalaulah dia bukan dari orang-orang yang sentiasa mengingati Allah (dengan zikir dan tasbih). (Saaffat:143) Tentulah dia akan tinggal di dalam perut ikan itu hingga ke hari manusia dibangkitkan keluar dari kubur. (Saaffat:144) Oleh itu Kami campakkan dia keluar (dari perut ikan) ke tanah yang tandus (di tepi pantai), sedang dia berkeadaan sakit.
 
-Nasbun Nurain-