SUMBANGAN / AMAL JARIAH

SUMBANGAN / AMAL JARIAH
jazakallahu khairan kathira

Friday, January 21, 2011

Perkahwinan Yang Diberkati Allah

Posted by @ayesha
Tahniah kepada semua ahli keluarga yang telah melalui proses perkahwinan yang diredhai Allah. Pengantin yang mengharapkan perkahwinan yang diberkati Allah, InsyaAllah bakal melahirkan zuriat yang soleh dan solehah. Zuriat inilah kelak yang akan menyejukkan hati ibu bapa sepanjang hayat bahkan yang penting sekali bakal membahagiakan ibu bapanya di akhirat kelak. Matlamat mendirikan ‘masjid’ atau baitul muslim (rumah tangga Muslim) mestilah berbeza dengan rumah tangga ‘non muslim’.

Bahagia rumah tangga Muslim tidak sama dengan bahagia rumah tangga non-muslim. Matlamat kebahagiaan rumah tangga Muslim tidak terpisah dari matlamat untuk mendapatkan keredhaan dan pujian dari Allah SWT. Inilah visi kehidupan suami isteri Muslim. Allah adalah matlamat kita. Sebaliknya bahagia rumah tangga non-muslim semata-mata mengharapkan ganjaran dunia dan kepuasan hawa nafsu. Dunia dan hawa nafsu ini kelak yang akan mengheretnya ke jurang neraka.

Bertaubat dan betulkan kesilapan


Ramai ahli masyarakat tidak sedar bahawa cara mengadakan majlis perkahwinan dan pertunangan banyak memberi kesan positif atau negatif kepada planning mereka untuk melahirkan zuriat yang soleh. Mereka hanya tahu bersungut jika anak degil tak minat atau tidak cenderung pada agama Islam. Tapi mereka lupa apa yang mereka telah lakukan sebelum, semasa dan selepas mereka berkahwin. Sejarah hitam pasti berulang jika kita tidak ’break’ dengan ilmu dan penghayatan agama yang mendalam seikhlas hati.

Sketsa I

Anak : Ibu dan ayah tak nak tengok ke gambar pertunangan Laila? Terkejut beruk tengoknya...dah le ’make-up’ tebal macam pelakon wayang Cina, baru bertunang dah ambil gambar bersalam dan cium tangan tunang...

Ayah : Astaghfirullah al ’azim, betul ke? Patut le di Mekah lagi hati ayah ni tak nak menanya-nanya pasal majlis pertunangan tu, jauh lagi nak ucap Tahniah. Kita ucap takziah pada keluarganya kerana adanya campur aduk maksiat dalam pertunangan keluarga Islam.

Ibu : Nampaknya usaha buat tazkirah lebih setahun dalam keluarga ni... macam mencurah air di daun keladi, tak berkesan langsung di hati ibu bapa dan anak- anak. Ibu kesiankan ayah, berusaha mati-matian demi keluarganya tapi disia-siakan oleh ahli keluarganya sendiri (adik beradik dan anak-anak saudara).
Lihatlah siang tadi, adik perempuan kandung ayah keluar rumah macam nyonya tak pakai tudung, tak ada rasa berdosa langsung. Kesian tengok ayah, nak tegur tapi nak jaga hati adik. Anak ibu jangan sekali-kali kecewakan ayah, ayah penat!..(tergenang air mata)

Ayah :Hati mereka belum rasa nak faham Islam. Ayah bersyukur, ramai sahabat-sahabat yang menghargai dan menjadi pendukung yang kuat dalam kerja dakwah ini. Isteri dan anak ayah adalah sahabat yang paling memahami hasrat ayah. Penat macam mana sekalipun, tugas ayah dalam keluarga ayah akan ayah teruskan sampai mati. Anak ayah akan teruskan tugas ini kalau ibu dan ayah dah tiada lagi di dunia ini.

Anak : Insya Allah, doakan panjang umur dan dapat ’sebaik-baik perhiasan di dunia’.

Ibu : Itulah yang ibu doakan sepanjang berada di Mekah dan Madinah dan di waktu sujud terakhir setiap kali solat. ”Ya Allah , jodohkanlah anakku dengan sebaik- baik wanita yang bakal menghuni syurga-Mu”. Ibu doa sampai menitis air mata, penuh harap Allah kurniakan sebaik-baik perhiasan dunia untuk anak ibu.

Ayah : Tepat pilihan anak ayah. Sabda Nabi saw ”sebaik-baik perhiasan dunia adalah isteri solehah”. Barulah doa ”ya Allah kurniakan kebaikan untukku di dunia dan akhirat” akan dimakbulkan oleh Allah. Insya Allah. Anak ayahlah satu-satunya harapan yang akan meneruskan majlis walimah yang diberkati Allah. Mudah-mudahan cucu cicit ayah kelak lebih soleh dan solehah, dan menyenangkan hati anak dan menantu ayah. Insya Allah.

Sketsa II

Babak I

Hj Inal : Jom kita sandingkan anak Hj Ali ni. Mak bapak dia dulu tak nak bersanding. Takut kempunan nanti.

Hj Imiahus: Ha cepat, naik pelamin tu. Orang semua kawin bersanding, mak bapak kau haram tak nak bersanding. Jangan menyalahi adat kita. Bersanding tu kan adat Melayu....

Babak II

Anak Hj Ali : Kesian Pak Inal dan Pak Imiahus, dah pergi Haji dan umrah banyak kali, tapi tak faham-faham bersanding tu adat Hindu, rukun Hindu ke – 13. Apa hukum kita campur adukkan rukun Hindu dengan Islam ayah?


Hj Ali : Kalau sayangkan AQIDAH, lebih baik jauhi perkara-perkara yang boleh membatalkan syahadah kita. Kahwin ini adalah planning seumur hidup. Cuba fikir, mungkinkah Allah berkati dan redhai perkahwinan yang bercampur aduk dengan rukun Hindu?

Isteri Hj Ali :Yang nak bersanding sangat tu Nafsu bukan Iman. Sahabat-sahabat Rasulullah saw, salafus soleh dan Tabiien tak bersandingpun tapi lihat zuriat mereka, Masya Allah hebat-hebat belaka dalam mendukung Deen Allah.

Sebaik-baik Perhiasan Dunia


Rasulullah saw. sendiri termasuk orang yang mencintai wanita. Beliau bersabda, "Dijadikan aku menyukai wanita dan wangi-wangian. Dan, dijadikan kesejukan mata hatiku di dalam shalat."
(HR An-Nasai dan Hakim).

Selain itu, diterangkan dalam hadis lain, "Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah. Jika ia (suami) memandangnya, dia (isteri) menyenangkannya. Jika suami memerintahkannya, dia mentaatinya. Jika suami tidak berada di sisinya, dia senantiasa menjaga dirinya dan harta suaminya."
(HR Muslim, Nasai, dan Ibnu Majah).

Meskipun sudah tahu bahawa kehidupan akhirat lebih utama, tetapi kebanyakan manusia tidak menempuh jalan untuk menggapainya. Jika manusia disuruh untuk memilih dua hal berikut: "mulia di dunia tetapi sengsara di akhirat dan mulia di akhirat namun sengsara di dunia". Manusia akan membuat satu pilihan lain iaitu mulia di dunia dan mulia di akhirat. Itu memang idealnya. Atau, minima dia akan mulia di akhirat meskipun sengsara di dunia. Itu pilihan mereka, tapi pada kenyataannya itu hanya pilihan belaka dan mereka tidak mau mengambil risiko, atau berusaha sekuat tenaga untuk mendapatkan kemuliaan di akhirat, yang kemuliaan tidak semudah itu.

Jadi, seharusnya segala hal yang kita upayakan dan semua aktiviti yang kita lakukan adalah "akhirat oriented", agar setiap langkah kita yang gerakkan, setiap keringat yang kita cucurkan, dan setiap pengorbanan yang kita persembahkan mempunyai nilai di sisi Allah SWT dan menjadi catatan kebaikan bagi kita yang akan sangat dibutuhkan kelak.

Jangan sampai kita banyak mengorbankan sesuatu, tetapi pengorbanan itu sia-sia saja di sisi Allah, sebaliknya tidak mendapatkan kebahagiaan akhirat melainkan hanya dunia saja. Kerana, boleh jadi sebahagian orang telah disegerakan balasan kebaikannya di dunia ini, iaitu apa yang mereka upayakan sudah dibalas oleh Allah pada kehidupan dunia. Tapi sayangnya jika kita mengenepikan syariat Allah atau mencampur adukkan syariat Allah dengan budaya bukan Islam (bersanding, tiup lilin kek hari jadi, bersalaman dengan tunang dsb) kita hanya dapat menikmati dunia dan menuruti hawa nafsu sepuasnya, sebaliknya akan diazab di akhirat nanti. Na'udzubillah. Bertaubatlah. Break segala kejahilan ini dengan ilmu Islam. Hayati Islam sejujurnya, barulah keluarga kita semua akan selamat dari generasi ke generasi.

src : http://topdaik.blogspot.com/2008/06/perkahwinan-yang-diberkati-allah.html

IKHLASKAH KITA ??

Ikhlaskah kita dalam melaksanakan perintah Allah, umpamanya solat? Adakah kita melaksanakannya sekadar melepaskan rasa tanggungjawab atau kita mengerjakannya kerana rasa cinta dan rindu yang mendalam untuk bertemu dengan Kekasih kita?

Beratkah hati kita untuk menghulurkan derma sekadar RM 1 kepada anak-anak kecil yang datang meminta sedekah daripada kita? Atau kita bersedia dengan penuh kerelaan menghulurkan wang lebih dari apa yang dijangka? Bagaimana pula dengan pertolongan yang kita berikan ? Adakah kita membantu mereka yang memerlukan atas dasar ukhuwah Islamiyyah dan kasih sesama insan, atau kita membantu supaya kita dikenali dan dikenang sebagai orang yang budiman?

Apa perasaan kita tatkala kita diminta ketua untuk melaksanakan sesuatu tugasan? Kecewakah kita andai pekerjaan yang kita lakukan selama ini tidak dihargai orang? Lantaran kecewa, kita memutuskan untuk tidak lagi memberikan yang terbaik.

Buat sekadarnya kerana beranggapan manusia tidak melihat apa yang kita lakukan. Usaha yang dilakukan dirasakan tidak bererti andai tidak mendapat pujian dan pengiktirafan manusia kerana rasa riak tumbuh subur di hati.

Amat sukar untuk menentukan keikhlasan seseorang. Kita boleh sahaja membohongi manusia lain dengan mengatakan bahawa kita ikhlas untuk melakukan sesuatu perkara.
Namun, hakikat sebenarnya. Allah lebih mengetahui sejauh mana keikhlasan kita. Adakah kita melakukan sesuatu kerana mengharapkan keredhaan Allah semata, mahupun kita melakukannya kerana mengharapkan pujian daripada manusia.  Sebahagian ulama’ menyatakan bahawa amat sukar untuk mengetahui keihklasan seseorang.  Ia umpama seekor semut hitam di atas batu hitam di malam yang kelam. Segalanya menjadi gelap.

Kita boleh sahaja merujuk Surah Al-Insan bermula ayat 8-9 ini untuk lebih memahami definisi ikhlas :
“ Mereka juga memberi makan benda-benda makanan yang dihajati dan disukainya, kepada orang miskin dan anak yatim serta orang tawanan,(8) Sambil berkata dengan lidah atau dengan hati): Sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu kerana Allah semata-mata; kami tidak berkehendakkan sebarang balasan dari kamu atau ucapan terima kasih(9)

Antara kupasan ringkas berhubung ikhlas dalam ayat di atas adalah, kita akan dianggap ikhlas sekiranya kita memberikan atau menginfaqkan sebahagian daripada makanan mahupun harta yang kita sayangi kepada orang lain. Bukan menjamu makanan yang sudah tidak elok mahupun lebihan yang ingin dibuang.
Begitu juga dengan harta-harta yang lain. Kita tidak memberikan seuatu yang sudah buruk,rosak mahupun tidak berharga lagi. Ini kerana, golongan miskin dan mereka yang memerlukan juga memiliki maruah dan harga diri yang perlu kita raikan. Kita memberi untuk menggembirakan mereka, bukan untuk menghina mereka.

Sekiranya kita ikhlas dalam pemberian mahupun amalan, ini bermakna bahawa kita sesekali tidak mengharapkan balasan atas apa yang telah diberikan.Kita melakukannya semata-mata untuk mendapatkan keredhaan Allah jua. Kita beramal ibadah bukan untuk menagih syurgaNya semata-mata, tetapi kita lakukan kerana cinta terhadap DIA. Kita menghulurkan bantuan dan pertolongan kerana hati benar-benar ikhlas membantu. Bukan kerana mengharapkan nama, pujian dan sanjungan daripada manusia.
Kita   langsung tidak mengharapkan balasan mahupun ucapan terima kasih. Sebahagian ulama’ berpendapat bahawa ikhlas belum lagi wujud sekiranya di hati kita masih menunggu dan mengharapkan ucapan terima kasih daripada orang yang dibantu.

Allah hanya menerima amalan yang disertai dengan sifat ikhlas. Derma sebanyak satu sen yang diberikan adalah lebih tinggi nilainya di mata Allah jika dibuat dengan ikhlas, berbanding sumbangan jutaan ringgit yang diberikan untuk mendapatkan perhatian dan pujian manusia. Allah tidak melihat kepada natijah atau hasil daripada apa yang kita kerjakan namun DIA menilai kepada kesungguhan dan usaha yang kita lakukan.

Sesuatu amalan yang tidak disertai sifat ikhlas hanya akan mengundang kemurkaan Allah. Selain itu, sesuatu yang dikerjakan tanpa dihadiri perasaan  ikhlas juga tidak akan mendapat ganjaran pahala darinya.

“Dan juga orang-orang yang membelanjakan hartanya dengan menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak), dan mereka tidak pula beriman kepada Allah dan tidak juga beriman kepada hari akhirat. Dan sesiapa yang (mengambil) Syaitan itu menjadi kawannya, maka seburuk-buruk kawan ialah syaitan.”
(Surah An-Nisa’ : ayat 38 & 142)

Sebagai motivasi  buat diri sendiri dan kepada semua, ada baiknya untuk kita merenung dua hadith Nabi SAW  berkaitan anjuran supaya ikhlas ini:

“ Sesungguhnya Allah SWT tidak memandang kepada rupa paras dan harta benda seseorang, tetapi Allah hanya memandang kepada niat hati dan amalan kamu” (Riwayat Muslim)

“ Usaha yang paling baik ialah usaha orang yang bekerja dengan ikhlas”. (Riwayat Ahmad)
 
 
 
 

Tuesday, January 4, 2011

Kasih Kepada Rasulullah


Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya: “Didiklah anak-anak kamu atas tiga sifat iaitu: cintakan nabi mereka, cintakan keluarga Nabi dan membaca al-Quran.”  (At-Tabrani)

Huraian:
  • Kita perlu beradab dengan Rasulullah SAW dalam semua keadaan sekalipun baginda sudah wafat.
  • Adalah tidak memadai mengasihi Rasulullah dengan sekadar berselawat memuji baginda sahaja sedangkan diri kita tidak pernah mencontohi segala tindakan dan akhlak baginda tetapi mengasihi Rasulullah mestilah disertakan dengan segala tindakan anggota badan iaitu dengan mendirikan segala kewajipan beribadat serta berusaha melaksanakan tuntutan yang lain sebagai menandakan keyakinan yang tidak berbelah bahagi terhadap kebenaran Islam yang dibawa oleh baginda.
  • Cintakan keluarga baginda pula bererti menjaga kemuliaan atau nama baik keluarga Rasulullah iaitu tidak membiarkan sebarang fitnah dan cercaan berlaku oleh orang-orang kafir atau mereka yang mahu mengkhianati Islam.
  • Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah SAW, maka sebagai menjaga keteguhan iman dan aqidah, seorang Muslim itu hendaklah sentiasa membacanya dan menjadikan al-Quran sebagai petunjuk dan pedoman agar terhindar daripada kejahatan dan kesesatan.