SUMBANGAN / AMAL JARIAH

SUMBANGAN / AMAL JARIAH
jazakallahu khairan kathira

Friday, September 4, 2009

KENAPA SURAU/MASJID KOSONG??(MESTI BACA)


(Untuk lelaki sahaja)

Assalamualaikum..alhamdulillah..tadi sempat berjalan-jalan dekat satu blog nih..dan terjumpa lah entry dia pasal kenapa masjid kosong..agak menarik entrynya...ayat agak pedas tapi rasa ada teladan yang kita bleh ambik jugak..pendekkan cerita....korang boleh bacalah sendiri kenyataan pokcik blogger ni pasal kenapa masjid kosong

Bermulanya Kisah Cerita:

Apa sudah jadi pada Negara Islam Malaysia, tanah tempat tumpah darah aku dan ibuku…
Masjid kosong…

“RUMAH-RUMAH SYAITAN PENUH RIANG,
RUMAH-RUMAH TUHAN KOSONG DAN LENGANG…”

Sekarang ni, tren org muda pakat-pakat ajak pergi ‘fullhouse’ kan pangung wayang (bayar tu!) tapi masjid jadi ‘blankmosque’…

Hati bagi kampung/bandar/negara adalah masjid, kalau org kapir tengok masjid kosong tak rasa apa2, kita org Islam janganlah macam tu kawan,
Baru2 ni aku ada terima emal foward dari mat dan minah forward bertulis ‘petua rumah tangga bahagía’ dan salah satu isinya bertulis begini:

“Keluarga Islam, pastikan sekurang-kurangnya dua waktu sembahyang berjemaah bersama-sama ahli keluarga - merapatkan hubungan dan kemesraan.”

Aku kata: maaf kerana menegur, dalam keluarga islam tak de hadith atau ajaran/perintah yg suruh solat kat rumah berjemaah bersama isteri, nanti masjid kena roboh pun kita tak tau...sembahyang sunat tu, adalah…nampaknya penulis berjaya membuat perhubungan yg baik dengan isteri tapi tidak dengan masyarakat, dia tak tahu ke wanita tu boleh jadi senjata syaitan? memang keluarga dia ni ‘bahagia’, pasal tak yah gi masjid…

Sebab tu Nabi bagitau nak bakar je rumah org yg solat fardu kat rumah! Korang ingat Nabi datang nak bergurau ke! ( kalau aku ahli bomba, aku akan buat kajian kat rumah yg terbakar tu ,diorang punya ahli kelurga ada tak gi solat jemaah, kalau takde., memang wajar lah kata2 nabi tu…)

Seorang sahabat kata wajar dituang timah yg mendidih ke telinga org yg dengar azan tapi tak nak datang solat jemaah.
Seorang sahabat yg tua dan buta serta duduk jauh dari masjid, mintak izin solat kat rumah , tapi nabi tak bagi izin, lepas tu dia pergi jugaklah dalam keadaan bersusah payah hingga dia terjatuh dalam parit, habis kotor baju dia, dia balik tukar dan peristiwa ni berlaku sampai 3 kali, kali yang ketiga ada sorang mamat tu tolong dia dari jatuh dan bawak dia ke masjid, tanya sahabat ni (lebih-kurang)
“terima kasih kerana tolong pakcik, anak ni siapa nama?”
Jawab mamat tu :
“aku ni syaitan, tadi bila kau jatuh kali pertama habis dosa kau gugur, kali kedua kau jatuh habis dosa keluarga engkau Allah ampun, dan aku takut kalu kali ke-3 kau jatuh seluruh penduduk madinah ni Allah ampunkan dosa, jadi sia2 lah usha aku selama ni, tu yang aku tolong kau tu”

Ada satu lagi cerita seorang hamba Allah ni dapat melihat syaitan dan bertanya “macamanakah caranya nak jadi syaitan”
Syaitan kata: sunguh pelik, inilah pertama kali jumpa manusia nak jadi cam aku, apa-apapun senang je nak jadi shaitan, kau kena lengah2kan solat(tak yah pergi solat jemaaah), maka org tu kata mulai hari ini aku takkan melengah2kan solat lagi…(aku ada kitab ni kat rumah) shaitan cakap ni lah first time aku kena tipu, mulai hari ni aku takkan menasihati manusia lagi….

Malahan ada juga riwayat bagi tahu Neraka Lam-Lam dicipta utuk org yang melengah2kan solat…

Itu cerita Ancaman, Fadhilat solat jemaah pula:

Lebih kurang hadith: kalau kau nampak ada satu org yang selalu ke masjid, maka kau kena bersaksi dia tu ahli shurga,

40 hari tak ketinggallan takbir pertama bersama imam kau bebas dari sifak munafik dan bebas dari azab neraka! Maknanya selagi 40 hari tak dapat takbir pertama kau memang ada sifak munafik, bukan aku kata tapi Nabi kata! (org munafik duduk neraka paling bawah!)

Ayat al quran tulis Hanya org yg memakmurkan masjid Allah org yg benar2 beriman!

Banyak lagilah!!!

Satu fakta yang dapat dari Palestin, kata org yahudi, selagi bilangan org yang datang sembahyang subuh berjemaah, tak sama dengan sembahyang jumaat berjemaah, selagi itulah palestin di bawak tapak kaki kami selamanya…

Satu hadith yag aku tak ingat sumber kat mana (kalau korang tahu tolong bagitahu) lebih kurang bermaksud begini: kalau org Islam seratus peratus solat jemaah maka Allah akan mencampakkan kegerunan pada org kapir,

La ni, org kapir tak takut lagi kat org islam sebab Allah dah cabut kehebatan islam bila org islam abaikan solat jemaah, tengok cam Amerika dengan Iraq, Serbia dgn Bosnia, Israel ngan Palestin, org bukan islam kat Malaysia dengan org islam Malaysia(kes Mohamad @ Moorthy baru2ni) Sekarang ni bilangan peratusan org islam solat jemaah kat masjid tak sama dengan peratusan org islam solat jemaah zaman nabi dulu,
zaman madinah almuwarah(bercahaya-cahaya) semua org islam solat jemaah kat masjid, org munafik pun datang (Abdullah bin Ubai), org tua dan buta pun datang(Abdullah bin Makhtum) dan yg uzur dan tua pun dipapah ke masjid,

Nabi , saidina Umar, saidina Ali pernah dipapah ke masjid, Sekarang ni ada gak org papah org tua, tapi bukan gi ke masjid, pergi mengundi, 5 tahun sekali bolehlah, 5 kali seharí, Ha!!! ni baru mujahadah!

Zaman ini bilangan org pergi hají dan bilangan org islam lebih ramai berkali2 ganda dari bilangan org islam zaman Nabi, dan satu dunia doa, “Ya Allah selamatkanlah, Palestin, Iraq, Pengkalan Pasir,” tapi doa tak makbul, kenapa? Kerana umat ini telah tinggalkan cara hidup sunnah Nabi S.A.W. dan yang paling penting dan ketara: solat berjemaah.(amalan yang mula2 sekali akan di hisab, ok, yg ni lepas jugaklah yang lain2-inshaAllah)

Sepatutnya perintah Allah ni boleh menyatukan umat apbila dibuat ikut cara Nabi, tapi Sekarang ni org taat perintah Allah, tapi ikut cara ‘saya’
Contoh: balik kerja dan dah masuk waktu solat: nak rehat dulu, karang baru solat, bermakna korang dah taat perintah Allah tapi bukan cara Nabi, sebab tu Umat akhir zaman berpecah belah! sampai 73 dan satu saje masuk shurga
Dewasa ini, bila tiba time solat umat islam sendiri berpecah-pecah,
Ada yang solah kat rumah,
Ada yang solat lengah2,
Ada yang solat pakai niat,
Ada yang solat pakai qadha 5 sekaligus,
Ada yang tak solat,
Ada yang marah org solat
Macam2 ada, sampai 73 barangkali!

APA PUNCANYA?

Puncanya sebab korang semua belum buat keputusan.
Korang buat keputusan yang korang ni org islam (siap ada IC tu)
Tapi korang tak buat keputusan untuk taat semua perintah Allah!
Korang tak buat keputusan untuk ikut segala Sunnah Nabi!
Korang buat keputusan untuk solat jumaat berjemaah kat masjid,
Tapi korang tak buat keputusan untuk solat 5 waktu di masjid.
Kalau aku ajak korang tengok wayang hari jumaat jam 1 petang, korang akan terkejut,
Woi! ni waktu solat jumaat,
sebab korang dah buat keputusan untuk solat jumaat,
dan korang akan cakap kalau jam 4 petang boleh gak
sebab korang tak buat keputusan untuk solat asar berjemaah!
Jadi, jika aku ajak korang solat asar berjemaah pada hari jumat apa korang jawab,
eh ! tengoklanlah dulu kalau saya free, tak tau lagi…
inilah masalahnya!

KORANG BELUM BUAT KEPUTUSAN UNTUK TAAT SEMUA PERINTAH ALLAH!,

macamamn Allah nak buat keputusan kat korang untuk masuk syurga?
Kat kedai makan pun kalau korang pergi tanpa ada keputusan nak makan apa, bila waitress tanya nak makan apa? Errrrrrrr. Makan apa ye? Apa yang best? Errr…Tapi kalau kau dah buat kepusan nak makan nasi lemak, pasti kau cakap nasi lemak daun pisang satu!!!!
Satu lagi, Kalau nenek korang panggil korang, Ali, oi Ali…, Ali mari jap tolong nenek masukkan benang dalam lubang jarum ni, dan korang buar derk aje, nenek korang panggil lagi sampai sebelas kali, aku rasa kali yg ke dua belas tentu nenek korang akan terajang dan baling masin jahit kat korang, pekak ke!!!

Begitulah jugak dengan Allah, pangil kita 5 kali sehari :
Marilah solat………….
Marilah berjaya…………..

Korang buat derk ajer dan sampai umur 40 tahun pun buat derk aje, munasabahlah Allah rendam korang dalam neraka selama satu huqub untuk jumlah setiap satu bilangan solat yg korang tinggal dan satu huqub bersammaan 80 tahun….

Kalau perhatikan dalam satu taman/kampong berapa ramai yag datang solat subuh berjemaah?, 4 hingga 5 org, kalau buat nisbah, berapa? 1/1000 atau 1/5000? Ada hadith yg bagitahu dalam seribu org islam satu je yg masuk syurga tanpa hisab, bahaya nih!!!

Last, kalau korang perhatikan bila hari jumaat akibat satu waktu yg org islam solat berjemaah, perempuan2 yg pakai skirt pun dah pandai pakai labuh-labuh, Tanya, kenapa? Diorang jawab, hari ni kan hari jumaat, yang lelaki mula berketayap dan bersongkok ke tempat kerja atau kuliah, malahan ada amoi yg pakai baju kurung, dahsyat tu!!! Tu baru kesan satu waktu, kalau hari2?

Jadi aku doakan agar aku dan korang semua dipilih oleh Allah untuk istiqamah solah berjemaah ke masjid…..

Korang dan aku, buatlah KEPUTUSAN UNTUK TAAT SEMUA PERINTAH ALLAH, barulah Allah akan membuka segala jalan kebaikkan….

Sekian.

PESANAN UNTUK ADIK2 YANG NAK AMBIK EXAM..

Erm..macam mana dengan kita???...ada kita ambik berat pasal solat berjemaah ni...atau kita lebih suka masjid-masjid atau surau-surau kita kosong...kadang-kadang waktu study lebih penting dari solat...ada yang bagi alasan "aku tak habis lagi study..esok ada banyak paper..ni final exam aku, it's very importan for my future life.."..siap speaking lagi budak nih..nak tergeliat gak lidah nak borak dengan budak nih..excuse "you"..kena ingat..apa yang kita study untuk soalan exam yang kita tak tau lagi apa soalannya tak semestinya kita dapat ambik exam tu..sebabnya kita tak tau bila masa Allah nak ambik kita punya nyawa..tapi yang pasti soalan yang dah terang-terang bocor yang nak ditanya masa exam dalam kubur nanti dah habis ke kita "study"...??? ..Jadi tepuk dada check iman,..bukan korang je..sama gak lah dengan orang yang menaip nih..semoga kita berjaya bukan je kat dunia..tapi akhirat lebih-lebih lagi..amin..

Ps:sembahyang mayat adalah secara berjemaah....

IBNU MUSLIM : SAMA2LAH KITA BERFIKIR, BERMUHASABAH DAN BERUBAH