SUMBANGAN / AMAL JARIAH

SUMBANGAN / AMAL JARIAH
jazakallahu khairan kathira

Monday, June 28, 2010

Beribadah Selazat Coklat - Tip Bagaimana Dapat Menikmati Amal Soleh Tanpa Bosan, Lemah Dan Malas

Coklat itu enak! Rasanya lazat bukan main! Tetapi dapatkah kita beramal soleh sehingga merasakan kelazatan yang luar biasa? Dapatkah amal soleh dilakukan tidak terasa sekadar ibadah rutin yang biasa? Pergi ke masjid, solat jemaah, puasa sunat dan bersedekah adalah contoh-contoh amalan badah yang rutin. Bolehkah kita mengubahnya menjadi sebuah kelazatan ibadah yang sangat nikmat?

Jika anda susah untuk mencari jawapannya dan tidak ada waktu untuk mencari jawapan, maka setidaknya biarlah buku ini membantu anda mewujudkan bibit-bibit kenikmatan beribadah. Bacalah petikan kata-kata ulama yang sangat bermanfaat dalam buku ini. Juga terkandung petikan firman-firman Allah berkenaan ibadah. Siapkan diri anda untuk perubahan yang maksimum. Jadikan ibadah anda sesuatu yang bukan sekadar ibadah yang membosankan. Tukarkan ibadah yang hambar kepada ibadah yang hangat dan menusuk jiwa. Semoga hati anda kembali segar dan hijau untuk menjalankan ibadah sehari-hari. - Penulis

KANDUNGAN

1. Adakah Lazat Sama Ertinya Dengan Nikmat?
2. Adakah Terdapat Hubungan Antara Nikmat Amal Soleh Dengan Nikmat Dunia?
3. Seperti Nikmat Apakah Amal Soleh Itu?
4. Resipi Mantap Yang Melazatkan Amal Soleh
5. Apa Yang Akan Anda Rasakan?
6. Halangan Daripada Memperoleh Nikmat Dalam Beramal Soleh
7. Lazatnya Beribadah
8. Nasihat Berharga
9. Bersyukur Dengan Meninggalkan Maksiat
10. Manusia Perlu Berusaha
11. Pandangan Islam Terhadap Ilmu-Ilmu Praktikal
12. Peradaban Islam
13. Di Manakah Kaum Muslimin?
14. Sekularisme: Gelombang Ateisme

Harga = RM14.00 (Sem) RM17.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 136

Penulis = Sami Bin Muhammad Bin Jadullah 'Isham Hasanain
Penterjemah = Ahmad Faroq & Hasmariza Md Hashim
Penerbit = Rijal Media

Khairu al-Ummah: Usaha Untuk Mengenali Jatidirinya

Allah telah berfirman:

كنتم خير أمة أخرجت للناس تأمرون بالمعروف وتنهون عن المنكر وتؤمنون بالله
Sesungguhnya kamu [ummat Islam] adalah sebaik-baik ummat yang dibangkitkan untuk manusia, kamu menyuruh perkara yang ma'ruf, kamu mencegah perkara mungkar dan kamu beriman kepada Allah.

Inilah dia ciri pokok bagi jatidiri ummah ini, ciri yang menjadikan ianya sebagai sebaik-baik ummah. Inilah dia 3 tiang utama kepada bangunan ummah ini. Anggota ummah secara individu dan ummah secara kolektif menyuruh diri sendiri, keluarga, masyarakat serta dunia dengan kebaikan; mencegah kemungkaran pada diri sendiri, keluarga, masyarakat dan dunia; bertindak serta berusaha untuk memperteguhkan keimanan kepada Allah pada diri, keluarga, masyarakat serta dunia. Keimanan kepada Allah mengandungi serta menghasilkan cabang-cabang yang banyak , sebagaimana yang terdapat pada huraian ulama tentang cabang-cabang iman. Antara huraian yang tersebar luas ialah huraian Imam Kirmani yang dipetik oleh Imam Ibnu Hajar di dalam kitab Fathu al-Bari, syarah bagi Sahih Bukhari.

Ummah ini menjadi kayu pengukur atau penunjuk bagi manusia lain dalam mengenali kebenaran serta di dalam menghayati kebenaran selagi mereka memiliki 3 ciri utama khairu al-ummah. Allah menyebut:

يأيها الذن ءامنوا اركعوا واسجدوا واعبدوا ربكم وافعلوا الخير لعلكم تفلحون وجهدوا فى الله حق جهاده هو اجتبكم وما جعل عليكم فى الدين من حرج ملة أبيكم ابرهيم هو سمكم المسلمين من قبل وفى هذا ليكون الرسول شهيدا عليكم وتكوا شهدا على الناس فأقيموا الصلوة وءاتوا الزكوة واعتصموا بالله هو مولكم فنعم المولى ونعم النصير --سورة الحج -78-77 -
"Wahai orang-orang yang beriman, ruku'lah kamu dan sujudlah kamu dan ibadatkanlah Tuhan kamu dan lakukan kebaikan agar kamu berjaya. Dan berjihadlah pada Jalan Allah dengan sebenar-benar jihad, Dia (Allah) telah memilih kamu , Dia tidak menjadikanan ke atas kamu kesusahan dalam urusan Agama; iaitu Millah bapa kamu Ibrahim, dialah yang menamakan kamu sebagai muslimun pada dahulunya dan pada sekarang ini; supaya Rasulullah menjadi saksi [kayu pengukur] ke atas kamu dan kamu menjadi saksi ke atas manusia [banyak]. Maka dirikan sembahyang, dan tunaikan zakat dan berpegang-teguhlah dengan Allah, Dialah Maula kamu, Dialah sebaik-baik Maula dan sebaik-baik Penolong"

Inilah peranan khairu al-Ummah. Mereka adalah ummah ibadat, ummah pelaku kebaikan, ummah jihad, ummah yang menjejaki millah dan perjuangan Bapa Tauhid yakni Saiyyidina Ibrahim, ummah muslimun, ummah yang dijadikan saksi(penentu aras) bagi manusia lain dalam memisahkan hak daripada batil, ummah yang mendirikan sembahyang (termasuk menjayakan sembahyang berjamaah), ummah yang menunaikan zakat serta sedeqah, ummah yang kuat bergantung hati mereka kepada Allah dengan zikir, tawakkal serta taqwa. Ummah yang dilindungi oleh Allah dengan Rahmat-Nya di dunia dan di Akhirat.

Dalam ayat lain Allah menyebut tentang peranan khairu al-Ummah ini :

والمؤمنون والمؤمنت بعضهم أولياء بض يأمرون بالمعروف وينهون عن المنكر ويقيمون الصلوة ويؤتون الزكوة ويطيعون الله ورسوله أولئك سيرحمهم الله ان الله عزيز حكيم وعد الله المؤمنين والمؤمنت جنت تجرى من تحتها الأنهر خلدين فيها ومسكن طيبة فى جنت عدن ورضون من الله أكبر ذلك هو الفوز العظيم سورة التوبة 71-72
Dan mukminun serta mukminah sebahagian mereka menjadi pelindung sebahagian yang lain, mereka menyuruh dengan kema'rufan serta mereka mencegah kemungkaran, dan mereka mendirikan sembahyang, dan mereka menunaikan zakat, mereka taat kepada Allah dan Rasul-Nya, merekalah golongan yang akan dirahmati Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa Maha Bijaksana. Allah telah menjanjikan untuk mukminin dan mukminat balasan syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Dan tempat tinggal yang tersangat baik di dalam syurga Aden. Keredaan daripada Allah lebih besar daripada itu. Yang demikian itu adalah anugerah yang agung.

Sehingga khairu al-ummah ini dikenali semenjak sebelum kehadiran mereka lagi, Rasul mereka dan hal-ehwal mereka telah pun disebut di dalam kitab-kitab terdahulu:

محمد رسول الله والذين معه أشداء على الكفار رحماء بينهم ترىهم ركعا سجدا يبتغوان فضلا من الله ورضونا سيماهم فى وجوهم من أثرالسجود ذتك مثلهم فى التورىة ومثلهم فى الانجيل كزرع اخرج شطئه فئازه فاستغلظ فاستوى على سوقه يعجب الزراع ليغيظ بهم الكفار وعد الله الذين ءامنوا وعملوا الصلحت منهم مغقرة وأجرا عظيما سورة الفتح 28
Muhammad adalah Rasulullah dan mereka yang bersamanya (para sahabat secara khusus, dan ummah secara amnya) tegas terhadap orang kafir, berkasih-sayang sesama sendiri. Kamu melihat hal mereka yang berkeadaan ruku' dan sujud, mereka mencari anugerah daripada Allah dan keredaaan-Nya, terdapat tanda pada wajah meraka daripada kesan sujud. Demikianlah misalan tentang mereka di dalam Taurah, dan misalan tentang mereka di dalam Injil. Seumpama tanaman yang mengeluarkan tunasnya, lalu tunas itu menyuburkan dan menguatkan tanaman itu lalu pokok itu membesar serta tumbuh meninggi di atas pangkal batangnya. Ianya menjadikan penanamnya ta'ajub [itulah umpamanya perkembangan ajaran Islam], supaya menjadikan orang kafir sakit hati dengan (perkembangan-perkembangan)nya. Dan Allah menjanjikan untuk orang-orang yang beriman dan beramal soleh daripada mereka dengan keampunan dan ganjaran yang besar.

Pokok serta tunas yang baik itu tumbuh dengan suburnya, pokok itu adalah penyaksian dengan Dua Kalimah syahadah. Allah menyebut:

الم تر كيف ضرب الله مثلا كلمة طيبة كشجرة طيبة أصلها ثابت فى الأرض وفرعها فى السماء تؤتى أكلها كل حين باءذن ربها ويضرب الله الامثال للناس لعلهم يتذكرون سورة ابراهيم 24-25
Tidakkah kamu melihat bagaimana Allah menjadikan perumpamaan Kalimah yang Baik dengan pokok yang baik, akar-umbinya teguh di dalam bumi, sementara ranting-ranting menyentuh langit, ianya memberikan buah-buahannya setiap musim seizin Tuhannya. Dan Allah membuat perumpamaan supaya mereka mendapat peringatan

Keteguhan iman mereka itu memperteguhkan pendirian mereka ketika pegangan selainnya telah goyah. Allah menyebut bagaimana dahsyatnya cabaran yang perlu ditongkah, yang sauh dan kemudi keselamatannya adalah keteguhan iman:

اذ جاءوكم من فوقكم ومن أسفل منكم واذ زاغت الأبصر وبلغت القلوب الحناجر وتظنون با الله الظنونا هنالك ابتلى المؤمنون وزلزالا شديداواذ يقول المنفقون والذين فى قلوبهم مرض ما وعدنا الله ورسوله الا غرورا سورة الأحزاب 10-12
Ketika datang kepada kamu(musuh yang menyerang) daripada arah atas kamu dan daripada arah bawah kamu, ketika itu pandangan kamu menjadi goyah kabur dan hati-hati kamu menyesak sampai ke kerongkong, kamu bersangka dengan Allah dengan bermacam sangkaan. Di situlah diuji (keyakinan) orang mukmin dan gementaran yang dahsyat. Ketika itu berkata orang munafiqun dan mereka yang mempunyai penyakit di dalam hati (dengan keraguan) :"tiadalah janji Allah dan rasul-Nyta kecuali tipu daya semata-mata"

الذين قال لهم الناس ان الناس قد جمعوا لكم فاخشوهم فزادهم ايمنا وقالوا حسبناالله ونعم الوكيل فانقلبوا بنعمة من الله وفضل لم يمسسهم سوء واتبعوا ر رصونالله والله ذو فضل عظيم سورة ال عمران 173-174
Mereka yang apabila dikatakan oleh manusia lainnya"sesungguhnya nmanusia telah berhimpun untuk menyerang kamu, maka takutilah mereka". Maka (dengan ugutan itu) bertambah keimanan mereka (orang yang beriman) dan mereka mengucapkan "memadailah Allah sebagai tempat kami berserah". Maka mereka kembali (dari peperangan) dengan (mendapat) nikmat daripada Allah dan anugerah-Nya. Mereka tidak disentuh keburukan. Mereka mengikut keredaan Allah. Allah yang memiliki kurniaan yang agung

Kekuatan keyakinan itu telah diperkukuhkan dengan mendengar ayat-ayat Allah, menjalani amalan membersihkan diri dari kesyirikan dan sifat-sifat buruk, mempelajari al-Quran dan sunnah, sehingga Allah mengajar mereka dengan apa yang mereka tidak mengetahui sebelumnya (yang terdapat di dalam pengajaran al-Quran dan sunnah serta melalui pengalaman, pengamatan, ilham dan rukyah).Sebagaimana di dlam firman Allah dalam surah al-Baqarah 151. Berikutnya Allah memerentah mereka :

فاذكرونى أذكركم وأشكروا لى ولا تكفرون يأيها الذى ءامنوا استعنوا بالصبر والصلوة ان الله مع الصبرين سورة البقرة 152-153
Maka ingatlah (berzikirlah) kepada Aku, niscaya Aku akan mengingati kamu, dan bersyukurlah kepada Aku dan jangan kamu kufur. Wahai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan melalui kesabaran dan sembahyang. Sesungguhnya Alllah bersama golongan yang sabar.

Apabila penjelasan dari Allah tentang sifat bentuk serta ciri kehidupan ummah ini dapat dihayati, maka Allah telah berjanji dengan kemenangan di dunia ini sebelum kejayaan hakiki di Akhirat kelak:

وعد الله الذى ءامنوا منكم وعملوا الصلحت ليستخلفنهم فى الأرض كما استخلف الذين من قبلهم وليمكنن لهم دينهم الذى ارتضى لهم وليبدلنهم من بعد خوفهم أمنا يعبدو ننى لا يشركون بى شيءا ومن كفر بعد ذلك فألئك هم الفسقون سورة النور 55
Dan Allah berjanji kepada orang yang beriman daripada kalangan kamu serta beramal soleh, Dia akan menjadikan mereka khalifah (penguasa) di dunia sebagaimana Dia telah menjadikan khalifah orang-orang yang sebelum mereka, Dia akan memperteguhkan bagi mereka Agama mereka yang Dia redakan bagi mereka, Dia akan mengantikan bagi mereka selepas ketakutan dengan kesentosaan. Mereka beribadat kepada-Ku, dan mereka tiada syirikkan-Ku dengan sesuatu apapun. Sesiapa yang kufur selepas yang demikian, maka mereka adalah golongan yang fasiq.

Itulah ciri-ciri muslim, itulah keteguhan pendirian muslim, itulah dia kaedah usaha muslim, itulah dia natijah usaha muslim.. Itulah keistimewaaan kefahaman dan usaha muslim, Itulah janji dari Tuhan! Inilah jalan kita, inilah dia sifir kita. Kita insyaallah tidak akan berganjak dari jalan kefahaman dan amalan ini walaupun manusia banyak tidak nampak masa depannya, walaupun manusia banyak akan mempertawakannya.

قل هذه سبيلى أدعوا الى الله على بصيرة أنا واتبعنى وسبحن الله وما أنا من المشركين سورة يوسف 108
Dan katakan (wahai Rasulullah): Inilah Jalan-ku, aku menyeru kepada Allah di atas Basirah (pemahaman yang jelas), (inilah keadaan) aku berserta orang yang mengikuti aku. Maha suci Allah . Bukan lah aku daripada golongan musyrikin (dari segi pegangan , kefahaman dan amalan)

Saturday, June 26, 2010

CERAMAH PERDANA & MAJLIS AQIQAH


CERAMAH PERDANA HANCURKAN ISRAEL

TARIKH: 26 JUN 2010

HARI: SABTU

MASA: SELEPAS SOLAT MAGHRIB

TEMPAT SURAU AL-IKHLAS BANDAR SG BUAYA RAWANG

PENCERAMAH:

PROF. MADYA DR.HAFIDZI MD NOOR
(Pensyarah Fakulti Perlindungan Tumbuhan, UPM/ aktivis Jamaah Islah Malaysia (JIM)/ Pengarah Palestine Center of Excellence (PACE))

MUSLIMIN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR

Saturday, June 19, 2010

Promosi Maksiat & Buka Aib Sendiri

Iman seseorang telah disepakati oleh para ulama boleh menaik dan menurun berdasarkan pelakuan di dalam kehidupan sehariannya. Jika dosa memenuhkan ruang kehidupannya dengan dosa, keimanan akan menurun, memberi kesan kepada seluruh amalan. Solat menjadi tidak khusyu' dan berat, demikian amalan kebaikan dirasa membosankan dan teramat menjemukan. Perasaan kesal dan rasa bersalah atas pelakuan dosa pula akan semakin pudar, hasilnya, keimanan di dalam hati menjadi semakin malap tanpa sinar.

Dosa dan pahala boleh bercambah dengan mudah, tanpa kawalan dan kesedaran sebaiknya, catatan amalan seseorang mungkin mengejutkannya di hari pembalasan kelak, sama ada disebabkan dosa yang di luar jangkaan atau timbunan pahala yang tidak disangka. Jika ia pahala, Alhamdulillah, namun bagaimana jika dosa yang memenuhi buku catatan amalan?.

Melalui artikel ini, sekadar ingin mengingatkan kita semua agar lebih peka terhadap salah satu punca percambahan dosa. Malah dosa yang kecil boleh berubah wajah kepada Kabair (dosa besar) akibatnya. Tujuan tulisan ini tidak lain agar kita semua dapat lebih berhati-hati terhadap dosa yang tidak disedari sedang dipromosi dan disebarkan.

FILEM, DRAMA DAN DOSA

Perlu kita semua fahami, manusia selain Rasulullah s.a.w tidak akan dapat lari dari dosa. Paling kurang dosa-dosa kecil. Sebagai contoh, dosa-dosa kecil amat mudah diperolehi apabila kita menonton televisyen sama ada melalui tontonan aurat lelaki wanita di dalam siri drama, filem iklan, hatta berita. Dosa kecil juga boleh berlaku apabila kerananya sekiranya seseorang itu melalaikan tanggungjawab agama yang lain dan pelbagai lagi kekurangan kerananya.

Telah dibincang panjang lebar oleh ulama Islam, TV dan filem adalah neutral, jika digunakan untuk tujuan kebaikan, maka pahala diperolehi, jika keburukan, dosa tentunya.

Sudah menjadi norma hari ini, hampir semua keluarga mempunyai TV walau setinggi manapun tahap keilmuan agamanya. Jika tiada TV, internet juga turut memasuki kebanyakan rumah umat Islam hari ini, segala jenis filem dapat ditontoni melaluinya.

Di ketika saya bersetuju dan tertarik dengan seruan para ilmuan dan pendakwah agar kita memboikot Yahudi Zionis dengan memboikot segala jenis hiburan melalaikan di televisyen atau internet, kerana itu adalah antara agenda penting mereka dalam merosakkan umat Islam. Namun begitu, sebahagian pendakwah ini mungkin terlupa menyedarkan, bahawa filem-filem dan drama yang biasanya ‘box office' karya Hollywood juga adalah karya hedonimse Barat dan Yahudi Zionis. Itu juga sepatutnya diboikot.

Namun, desakan nafsu dan Syaitan kerap mendorong sebahagian kita untuk terus melihat kisah-kisah paparan kreativiti karyawan Barat ini. Walau kita tahu ia bercampur baur adegan dosa ( berpelukan, bercium dan sebagainya) dan pemaparan aurat tentulah amat pasti.

DOSA KECIL YANG MEMBESAR DAN BERGANDA

Benar, secara umumnya, ia mungkin masih dianggap dosa-dosa kecil. Dosa kecil disebut oleh Nabi s.a.w boleh terhapus dengan solat fardhu, solat Jumaat, zikir, istighfar dan pelbagai amalan lain. Namun demikian, dosa kecil seperti itu boleh berganda sehingga adakalanya amalan seseorang tidak lagi mampu memadamkan keseluruhannya.

Bilakah itu?

Ia adalah apabila tontonan kita itu dikongsikan kepada orang lain melalui pendedahan kita sendiri sama ada di ketika bercerita berkenaannya, mungkin dalam ulasan kita. Atau lebih teruk lagi dipamerkan di FACEBOOK sebagai filem (movies) yang diminati, drama TV disukai, buku didambai, muzik dikagumi dan sebagainya.

Bagi saya, tindakan mengisi ruang itu dengan sebarang filem yang majoritinya mendedahkan aurat dan bercampur baur pengajarannya adalah sama seperti mempromosikannya, memberikan iklan percuma kepadanya, memaklumkan keredhaan kita terhadapnya.

Mungkin terkecuali jika kita menyiarkan minat kita terhadap movie pengajaran seperti Kung Fu Panda, Toy Stories, Cars, Omar Mukhtar atau dokumentari dan keagamaan seperti National Geographic, Discovery Channel, Berita, Al-Kuliyyah, Tanyalah Ustaz, Halaqah, Akademi al-Quran dan sebagainya.

Memaparkan minat kita rancangan TV atau Movie yang jelas bercampur aduk dosa dalam majoriti adegannya seperti ‘Desparate Housewives', ‘Friends', ‘Pretty Women', ‘Notting Hill', ‘Kuch Kuch Hota Hai', ‘HEROES' dan jutaan lagi filem sepertinya.

Walaupun seseorang itu memang meminati dan menontonnya, namun sedarilah tontonan itu mengakibatkan banyak dosa-dosa kecil. Tontontan itu tanda akibat kelemahan diri kita sehingga terjebak dalam dosa sebegitu.

Memaklumkannya kepada orang lain akan minat kita terhadap filem itu adalah dosa gandaan yang lain. Ia adalah sebuah promosi iklan secara percuma. Malah mendedahkan sokongan kita terhadap movie dan drama bermaksiat. Bukan sekadar movies sahaja malah hal yang sama terpakai buat promosi buku, novel, muzik dan public figure atau artis (khususnya di facebook).

Saya bimbang, keghairahan berkongsi segala-galanya di dalam facebook, blog dan forum akan tanpa sedar mempergandakan dosa seseorang.

Kecuali jika diyakini dengan ilmu dan iman bahawa pengajaran BAIK dari filem yang ingin dikongsi tersebut atau ditanda sebagai ‘like' itu MELEBIHI UNSUR DOSA DAN BURUK. Sebagaimana drama-drama bermesej islam, penuh pengajaran tetapi masih dilakonkan oleh pelakon mendedah aurat. Jika diyakini unsur positifnya melebihi dan negatif, tatkala itu mungkin wujudnya sedikit justifikasi untuk dipapar dan ditonjolkan dalam senarai drama diminati. Dengan niat agar orang lain turut mendapat pengajarannya.

Selain berkongsi minat terhadap hal yang disebut di atas, ada juga yang mendedahkan dosanya melalui gambar. Gambar seperti :

ketika sedang minum arak,
hadiri parti penuh maksiat,
hadiri majlis dosa,
sedang berpelukan lelaki wanita
atau bersentuhan wanita dan lelaki yang bukan mahram (walaupun bagi seorang doktor kerana keperluan, tetapi gambar sedemikian PATUT disembunyikan)

dan sebagainya,
Sekiranya semua yang disebut tadi dikongsi di facebook dan blog, kita bimbang individu terbabit tergolong di dalam kategori penyebar dosa dan pembuka aib diri sendiri. Nabi s.a.w memberi ingatan :-

كل أمتي معافى إلا المجاهرين، وإن من المجاهرة أن يعمل الرجل بالليل عملا، ثم يصبح وقد ستره الله عليه، فيقول: يا فلان عملت البارحة كذا وكذا، وقد بات يستره ربه، ويصبح يكشف ستر الله عليه
Ertinya : Setiap umatku (boleh) diampunkan keucali mereka yang mendedahkan (dosanya), ada di kalangan yang mendedahakn ini , melakukan suatu dosa di waktu malam, berpagi-pagi sedang Allah menutup keaiban dosa itu, namun tiba-tiba dia mendedahkan seraya berkata :" Wahai fulan, semalam aku lakukan itu dan ini" maka terhapuslah tutupan Tuhannya dan jadilah ia membuka (rahmat) Allah yang (sebelum ini) menutup keaibannya.( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

SEMBUNYIKAN DAN TAUBAT

Justeru itu, jadikanlah dosa peribadi disebabkan menonton filem bercampur maksiat, atau menyukai musik hedonisme, ata melakukan maksiat secara fizikal kerana zina, curi, tidak solat dan sebagainya, sama ada kecil atau besar yang dilakukan di rumah, tersembunyi adalah antara individu terbabit dengan Allah SWT. Tujuannya agar seseorang itu beroleh rahmat Allah dan diberi hidayah untuk bertaubat sebelum maut menjelma.

Mungkin disebabkan pendedahannya, apabila ia ingin atau telah bertaubat, sukar untuknya untuk memaklumkan kepada semua yang pernah mendengar atau mengetahui pendedahannya agar bertaubat sama, malah taubatnya juga mungkin diragui orang lain atau paling kurang, membawa masalah dalam hati seperti boleh menumbulkan riya'.

Justeru jalan terbaik atas apa jua bentuk dosa yang telah atau pernah dilakukan adalah SENYAP DAN SEMBUNYIKAN. Ia bukan hipokrit ! tetapi ia dituntut oleh Allah dan RasulNya dan usahakan bertaubat. Hiprokrit adalah bagi mereka yang berpura-pura baik, tetapi dalam hal ini, si pelau dosa hanyalah menyembunyikan dosanya. Tidak timbul persoalan dia cuba mengabui mata orang ramai dan berpura-pura baik. Rasulullah bersabda :

اجْتَنِبُوا هَذِهِ الْقَاذُورَةِ الَّتِي نَهَى الله عَنْهَا فَمَنْ أَلَمَّ فَلْيَسْتَتِرْ بِسَتْرِ الله وَلْيَتُبْ إِلَى الله. فَإِنَّهُ مَنْ يُبْدِ لَنَا صَفْحَتَهُ نُقِمْ عَلَيْهِ كِتَابَ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ.
Ertinya : "Jauhilah perkara-perkara keji (maksiat) yang telah dilarang oleh Allah, sesiapa yang telah melakukannya, hendaklah dia menyembunyikannya dengan tutupan (yang diberikan) Allah dan bertaubat kepada Allah SWT. Jika sesiapa menampakkan perkara keji (yang dilakukannya) kepada kami, kami akan menjatuhkan hukuman yang telah diperintahkan oleh Allah ‘Azza wa Jalla." [Dikeluarkan oleh al-Hakim dalam al-Mustadrak, hadis no: 7615 dan beliau berkata: "Hadis ini sahih atas syarat kedua-dua syaikh (al-Bukhari dan Muslim) dan mereka tidak mengeluarkannya." Ini dipersetujui oleh al-Zahabi.]

Pengecualiannya hanyalah apabila kes melibatkan aib dan dosa ini diajukan di mahkamah untuk menangani sesuatu kes, atau ketika merujuk kepada kaunselor diyakini untuk membantu dan ilmuan Islam untuk mengetahui hukum dan kaedah pemulihan.

Allah itu maha pengampun dan sentiasa menginginkan kita untuk bertaubat dan beristighfar, maka antara ciri taubat yang mudah diterima adalah apabila dosa tidak didedahkan. Di dalam sebuah lagi hadis sohih disebutkan :-

أن النبي صلى الله عليه وسلم قال : يدني الله عبده المؤمن ، فيضع عليه كنفه ويستره ، فيقول : أتعرف ذنب كذا ؟ أتعرف ذنب كذا ؟ فيقول : نعم ، أي ربِّ ، حتى إذا قرره بذنوبه ، ورأى في نفسه أنه قد هلك ، قال : سترتها عليك في الدنيا ، وأنا أغفرها لك اليوم
Ertinya : Nabi bersabda : (Di akhirat kelak) Allah akan menghampiri seorang hambanya yang mukmin lalu melindunginya lalu berkata : Adakah kamu tahu dosa kamu ini? Adakah kamu sedar dosa ini? Lalu jawab lelaki itu Ya Wahai Tuhan dan sehingga dia mengakui dosanya dan merasakan dia akan binasa (dihukum), Allah berkata : Aku telah menutupinya di dunia dahulu ( dari pengetahuan manusia), dan hari ini aku akan mengampunkannya ( Riwayat Al-Bukhari)

Jelas dari hadis di atas, dosa yang dilakukan dan tidak didedahkan berpeluang mendapat belas kasihan Allah di akhirat untuk diampuni. Namun bagi mereka yang telah lebih dahulu berbangga bercerita, mengiklan, promosi dan sebegainya sejak di dunia lagi, dibimbangi tidak cukup layak mendapat belas kasihan dan rahmat Allah serta pengampunannya.

KESIMPULAN

Segeralah memadam paparan minat dan keterlibatan terhadap apa jua aktiviti, tayangan, muzik, bacaan selain untuk Allah, Rasul dan apa yang mendekatkan diri kepada keredhaan Allah. Walau sebanyak, sedalam manapun minat, sejauh manapun keterlibatan, sembunyikan ia, bukan bertujuan untuk menipu manusia lain, tetapi agar dia tidak tergolong dalam kalangan berbangga dengan dosanya, mempromosi, membuka aib sendiri dan mengiklan kejahatan kepada orang lain.

Semaklah facebook anda, blog, website, forum dan sembangan harian agar tidak tersalah dan mempergandakan dosa.

Sekian
Zaharuddin Abd Rahman @ www.zaharuddin.net

Wednesday, June 9, 2010

Berjudi menjurus manusia kepada kelalaian, syirik

Berjudi adalah jalan singkat yang salah untuk mengejar kekayaan dan wang ringgit.

Judi disebut ‘Al-Maisir’ dalam Bahasa Arab dan ditafsirkan sebagai suatu bentuk permainan beradu nasib, menggunakan wang atau harta benda sebagai taruhan dengan pemenang akan mendapat hasil taruhan berlipat ganda.

Perjudian di negara kita amnya diamalkan dalam pelbagai bentuk antaranya menggunakan dadu, daun terup, jackpot, tikam, loteri, pertaruhan permainan sukan, mesin slot yang popular kini roulatte atau nombor ekor dan lebih canggih lagi, zaman sekarang berjudi turut diamalkan dengan mudah melalui internet.

Apabila berjudi, seseorang tidak perlu mengerah keringat dan tulang empat kerat.

Bahkan modal diperlukan tidak begitu besar.

Bak kata orang, goyang kaki pun boleh dapat hasil lumayan.

Inilah antara faktor menyemarakkan semangat kaki judi untuk terus terjebak dengan gejala buruk ini ditambah lagi jika pernah sekali dua ‘tuahnya terkena’ dan menang sejumlah wang, bertambah galak dan bersemangatlah si kaki judi melaburkan wangnya ke premis judi kononnya untuk mengaut keuntungan lebih besar lagi.

Sungguh menyedihkan melihat masih ramai umat Islam yang mengunjungi premis perjudian hari ini dan lebih memilukan adalah sesetengah mereka yang kental mengunjungi pusat atau premis perjudian ini boleh dikategorikan sebagai ‘warga emas’.

Sudahlah begitu, anak cucu sendiri pun kadang kala dibawa bersama singgah ke premis judi untuk membeli nombor atau bertaruh tanpa ada malu dan segan.

Jika kaki judi beranggapan bahawa judi adalah bentuk usaha untuk memperbaiki taraf kehidupan, mereka silap kerana sebenarnya berjudi tidak semestinya dapat mengubah hidup seseorang kerana kita sepatutnya berusaha bersungguh-sungguh, menggunakan saluran yang betul dan mengerah akal fikiran serta tenaga.

Islam meletakkan keutamaan kepada pencarian rezeki dan nafkah hidup yang bersih lagi halal.

Bukannya mencari jalan singkat mengumpul harta melalui judi yang hukumnya haram dari perspektif Islam.

Islam menegah umatnya daripada bergelumbang dengan perjudian yang ternyata bersifat keji dan amalan warisan syaitan.

Selaras dengan firman Allah bermaksud: “Wahai orang beriman bahawa sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala, mengundi nasib dengan batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) daripada perbuatan syaitan.

Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.

Sesungguhnya syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan mengerjakan solat.

Oleh itu, mahukah kamu berhenti daripada melakukan perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil” (Surah Al-Maidah, ayat 90-91) Dari segi akhlak, seseorang kaki judi itu akan menjadi lalai dalam beramal ibadah, malas untuk berusaha, tamak dan haloba, iri hati, dendam, khianat, suka berhutang, membazir, bercakap bohong serta berputus harap kepada Allah.

Apabila penyakit berjudi semakin kronik membelenggu, maka si kaki judi ini sanggup pula menggadaikan akidah mereka dengan melakukan perbuatan syirik dan menyekutukan Allah seperti bertilik nasib, memuja kubur, mendapatkan bantuan bomoh dan memakai tangkal azimat.

Perbuatan syirik seperti ini dimurkai Allah dan akan menerima balasan setimpal dengan perbuatan terkutuknya.

Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya Allah tidak mengampunkan dosa orang menyekutukan- Nya dan dia akan mengampunkan dosa selain itu bagi mereka yang dikehendaki-Nya” (Surah An-Nisa’, ayat 48).

Seseorang yang meraih hasil daripada perjudian ketahuilah ia sumber haram dan tidak diberkati Allah.

Maka, kesan seterusnya terpaksa ditanggung akibat berjudi adalah ahli keluarga sendiri.

Apabila rezeki haram disogok ke mulut isteri, anak dan sebati menjadi darah daging mereka, tidak mustahil kesan negatif akan terserlah sama ada dalam jangka masa pendek atau panjang.

Contohnya, luntur nilai silaturahim sesama keluarga, kehidupan porak-peranda, tiada kepercayaan dan hormat-menghormati, sukar mencapai kejayaan dalam apa juga yang dilaksanakan, terjebak dalam masalah sosial dan sebagainya dan di akhirat kelak, penderitaan terpaksa ditanggung adalah lebih dahsyat lagi.

Untuk itu, sebagai umat Islam yang bertanggungjawab, kita harus membendung gejala judi secara menyeluruh dalam kalangan masyarakat merentasi pelbagai umur.

Ada begitu banyak permainan berkonsepkan judi yang ada di kedai runcit, seperti permainan tikam dan telur plastik berisi hadiah.

Kata-kata nasihat, program bimbingan keagamaan dan kaunseling adalah kaedah berlembut yang mungkin boleh dipraktikkan untuk memberikan kesedaran kepada kaki judi.

Pengamal media boleh memainkan peranan melalui iklan, dokumentari, siaran perbincangan atau pun dalam bentuk drama dan filem.

Jika ia tidak memberi kesan, perlulah pihak berwajib melaksanakan tindakan penguatkuasaan undang-undang lebih ketat dan tegas yang mana berjudi membuatkan seseorang lalai dan ingkar dengan tuntutan Islam supaya mencari rezeki halal dan diredai Allah.

Thursday, June 3, 2010

Syahidah Pertama Dalam Sejarah: Sumayyah Bintu Khubath Radhiallahu Anha

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda “Bersabarlah wahai keluarga Yasir, kerana tempat yang dijanjikan bagi kalian ialah syurga”.

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam mendoakan keluarga Yasir, “Ya Allah, janganlah Engkau seksa seorang pun dari keluarga Yasir dengan api neraka”.

Keluarga yang agung dan mulia ini menghimpunkan segala sisi keutamaan. Keutamaan-keutamaan ini semerbak harum menebarkan aroma kemuliaan dan ia tersebar dari generasi terawal memeluk Islam sehinggalah ke generasi akhir zaman.

Pemimpin keluarga ini, Yasir bin Amir bin Malik berasal dari Yaman. Beliau datang ke Mekah bersama-sama Al-Harits dan Malik dalam rangka menjejaki saudaranya. Mereka berdua kembali ke Yaman, sebaliknya Yassir terus menetap di Mekah. Beliau kemudiannya menjalin persahabatan dengan Abu Hudzaifah bin Al-Mughirah bin Abdullah Al-Makhzumy, yang kemudiannya menikahkannya dengan seorang hamba wanita, Sumayyah bintu Khubath, lalu melahirkan seorang anak lelaki, bernama Ammar. Abu Hudzaifah kemudiannya memerdekakan Sumayyah manakala Yasir dan Ammar tetap bersama-sama dengan Abu Hudzaifah sehingga meninggal dunia.

Sumayyah bintu Khubath, nama yang tidak pernah dikenali di seluruh pelosok Mekah sebelum Islam hadir memancarkan sinarnya di Ummul Qura. Beliau seorang wanita yang bersosok besar, usianya telah memasuki usia senja. Namun, beliau memiliki akal yang jernih, dan jiwanya memancarkan keikhlasan, bara dan semangat!. Tidak berapa lama selepas Rasulullah memulakan dakwah baginda, keluarga Yasir muncul sebagai di antara manusia terawal mengimani risalah Islam dan membenarkan kerasulan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Keimanannya yang mendalam terhadap Allah menjadikan dirinya sebagai pelopor wanita-wanita yang sabar dan tegar mempertahankan akidah. Bahkan beliaulah adalah orang ketujuh yang masuk Islam dan di antara orang terawal yang menampakkan keislamannya. Hal ini disebutkan oleh Al-Imam Adz-Dzahaby Rahimahullah di dalam bukunya, Siyar A’lamin-Nubala’ menerusi riwayat Abdullah bin Mas’ud Radiallahu Anhu,

“ Yang pertama sekali menampakkan keIslaman mereka secara terang-terangan ada tujuh orang; Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, Abu Bakar, Ammar, ibunya Sumayyah, Shuhaib, Bilal dan Al-Miqdad. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam mendapat perlindungan dari bapa saudarany (Abu Talib). Abu Bakar mendapat perlindungan kaumnya. Yang lain-lain pula mengalami penyeksaan yang keras dari orang-orang musyrik, dikenakan baju besi lalu ditelantarkan di bawah terik matahari. Tidak seorang pun dari mereka kecuali harus memenuhi apa yang mereka inginkan, kecuali Bilal. Dia tidak peduli apa yang menimpa dirinya kerana Allah. Dia juga tidak peduli kepada kaumnya. Ketika dia diseksa, kanak-kanak kecil ikut sama mengerumuninya, dan dia hanya mampu mengucapkan, ‘Ahad, ahad, ahad”.

Keluarga Sumayyah turut sama berada di barisan hadapan. Kemarahan kaum Quraisy benar-benar memuncak. Hampir setiap nafas mereka adalah hembusan kebencian kepada orang-orang yang mengucapkan “Rabb kami adalah Allah”. Penyeksaan-penyeksaan tidak pernah menjadikan kaum Muslimin berundur, malah mereka tetap istiqamah dan terus mengikuti Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.

Sementara itu, baginda hanya mampu meniupkan kata-kata semangat dan motivasi keimanan kepada keluarga Sumayyah kerana tiada seorangpun yang mampu memberikan jaminan kepada keluarga tersebut. Keluarga itu menerima pelbagai jenis penyeksaan dari orang-orang musyrik yang terbakar oleh api dendam dan kebencian terhadap dakwah Islam. Mereka memuaskan keinginan yang gila dengan menyeksa Sumayyah dan keluarganya. Ibnu Atsir Rahimahullah menyebutkan di dalam kitabnya, Usdul Ghabah, tentang seksaan yang dialami oleh Sumayyah dengan berkata, “Dia termasuk orang-orang yang lebih dahulu masuk Islam dan dia juga termasuk di kalangan orang-orang yang mendapat seksaan yang keras kerana Allah”.

KELUARGA YANG SABAR

Tiada yang mampu dilakukan manusia kecuali terkagum terhadap keluarga Yasir, sebuah keluarga yang mulia, yang diberi kemudahan, dan yang mampu menggegarkan para pemimpin kaum musyrikin Mekah. Mereka yang sebelumnya dikenali sebagai orang-orang yang lemah lembut, tidak lagi mempunyai sifat itu tatkala berhadapan dengan kaum kafir yang cuba mengoyakkan keimanan mereka. Bahkan kaum musyrikin hampir hilang akal kerana rasa marah ketika melihat keluarga ini semakin tenang dan mantap, tidak gerun terhadap seksaan, tidak beranjak sedikit pun dari akidah mereka, malah tidak surut kesabaran mereka ketika dijemur di bawah terik matahari dalam keadaan kehausan. Ketegaran keluarga ini membuatkan kaum musyrikin kehairanan, bingung dan semakin berang. Mereka mengheret Ammar bersama kedua ibubapanya ke tengah-tengah padang pasir yang panas sepanasnya, agar mereka keluar dari Islam. Ironinya, keluarga sabar ini sentiasa bertambah keimanan mereka seiring dengan semakin pedihnya seksaan. Mereka semakin pasrah, terutamanya setelah mereka mendengarkan doa memohon pengampunan bagi diri mereka oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.

Salim Abul-Ja’d meriwayatkan, beliau berkata, “Utsman memanggil beberapa sahabat Rasulullah, di antaranya terdapat Ammar bin Yasir. Ustman berkata, ‘Aku akan menyampaikan kepada kalian hadis tentang Ammar. Aku bersama Rasulullah pergi ke Al-Bathha’ sehingga kami menemui Ammar berserta ibubapanya ketika kaum musyrikin menyeksa mereka. Yasir berkata kepada Rasulullah, “Apakah selamanya aku akan begini?”. Baginda bersabda, “Bersabarlah!”. Kemudian baginda bersabda, “Ya Allah, berilah ampunan kepada keluarga Yasir, kerana Engkau telah berbuat apa yang Engkau Perbuat” . [Ditakhrij oleh Ahmad]

PENENTANGAN SUMAYYAH

Kaum musyrikin Quraisy hampir tidak pernah menghentikan seksaan terhadap Sumayyah dan keluarganya. Selepas suaminya meninggal dunia akibat penyeksaan, Sumayyah semakin menentang dan memberikan reaksi keras terhadap Bani Al-Mughirah bin Abdullah bin Makhzum, yang dipelopori oleh Abu Jahal. Dia layaknya orang yang tidak waras dan tidak berperasaan ketika berhadapan dengan ketegaran Sumayyah mempertahankan akidahnya. Baginya, kedegilan Sumayyah ialah perlecehan terhadap dirinya. Sumayyah telah berjaya mencarik-carik kebesaran nama Abu Jahal di kalangan kaum musyrikin kerana kesabarannya terhadap kerasnya seksaan. Hati Abu Jahal hampir saja meledak kerana Sumayyah tidak mahu memperolok-olokkan dan mengeji nama Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, walau dengan hanya satu kata seperti yang dipaksakan Abu Jahal kepadanya.

Abu Jahal (semoga Allah menghinakannya), tidak membiarkan satu pun sarana untuk menghalangi manusia dari jalan Allah, melainkan dia akan menggunakannya. Dia tidak mendapatkan satu jalan pun untuk menekan orang-orang Mukmin, melainkan dia akan melaluinya. Ibnu Ishaq Rahimahullah, menyampaikan satu gambaran yang jelas tentang hal ini, dengan berkata,

“ Abu Jahal, orang jahat yang terperdaya di tengah-tengah kaum Quraisy, jika mendengar berita seseorang masuk Islam, dan orang itu adalah orang yang terpandang dan mendapat jaminan perlindungan,maka dia hanya akan mengingatkannya dan menegurnya dengan berkata, ‘Kau tinggalkan agama bapamu, padahal bapa-bapamu adalah lebih baik darimu. Kami benar-benar akan mengalahkan pendapatmu dan benar-benar akan menghinakan kehormatanmu.’

Jika yang dihadapinya adalah seorang pedagang, maka dia akan berkata 'Demi Tuhan, kami benar-benar akan membuatkan kamu rugi dalam perniagaanmu, dan kami benar-benar akan menghancurkan harta bendamu'. Jika yang dihadapinya adalah orang yang lemah, maka dia akan memukul dan menyeksanya semahu-mahunya. Semoga Allah melaknat dan memburukkannya”

SYAHIDAH PERTAMA

Sumayyah Radiallahu Anha adalah wanita pertama yang menampakkan keIslamannya, di samping menjadi syahid pertama yang mengorbankan dirinya di jalan Allah. Dalam peristiwa kesyahidannya itu, terkandung pelajaran-pelajaran berharga bagi sesiapa yang memiliki hati atau mempunyai pendengaran. Beliau menjadi sosok syahid yang sebenarnya dan mempamerkan hakikat sabar kepada para generasi seterusnya.

Setelah suaminya, Yasir meninggal dunia kerana penyeksaan yang sangat berat, Sumayyah Radiallahu Anha diserahkan pula oleh Abu Hudzaifah kepada Abu Jahal, sehingga si jahat itu dapat menyeksa dengan segala cara yang diinginkannya disamping mengejek-ejek diri Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dengan sejuta sumpah seranah dan umpat keji. Suatu petang, Abu Jahal bersikap keras kepada Sumyyah, kemudian berkata kepadanya, “Engkau tidak beriman kepada Muhammad melainkan kerana engkau tergila-gila kepada ketampanannya”.

Apa pula reaksi Sumayyah? Beliau memberikan jawapan yang tidak kalah kerasnya, lantaran kemarahannya yang tidak tertahan dengan tuduhan Abu Jahal itu. Keangkuhan Abu Jahal terbukti apabila beliau menikamkan tombak ke tubuh Sumayyah sehingga menyebabkan Sumayyah meninggal dunia sebagai syahid, rohnya naik kepada Penciptanya dalam keadaan redha dan diredhai, kerana telah memberikan kesaksian tidak berbelahbagi bahawa tiada Ilah selain Allah, dan bahawa Nabi Muhammad adalah Rasul Allah.

Mujahid Rahimahullah berkata, “Syahid yang pertama di dalam Islam ialah ibu Ammar, Sumayyah yang ditikam Abu Jahal dengan menggunakan tombak, tepat di ulu hatinya” .(Al-Bidayah Wan-Nihayah, 3/59)

Ibnul Jauzy Rahimahullah berkata,” Dia adalah syahid pertama di dalam Islam. Semoga Allah redha kepadanya sebagaimana Allah membuatkannya redha”.

IBNU SUMAYYAH

Sumayyah, nama ini dan sahabiyah ini tetap hidup abadi menebarkan keharuman setelah mati syahid dan beruntung telah meraih keredhaan Allah. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam terbiasa memanggil anaknya Ammar, dengan sebutan “Ibnu Sumayyah”. Maka, tidak dapat lagi dimungkiri bahawa panggilan yang diberkahi ini merupakan penghormatan terhadap sahabiyah yang sabar dan baik ini. Panggilan itulah yang lebih sering meluncur dari lisan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang mulia.

Abdullah bin Mas’ud Radiallahu Anhu pernah berkata, “Aku pernah mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda, ‘Jika manusia saling berselisih, maka Ibnu Sumayyah berada pada kebenaran”. (Kisah ini disebutkan di dalam Siyar A’lamin-Nubala, 1/415-416; Tarikhul Islam, Adz-Zahaby, 3/575)

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam juga sering menyebutkan nama Sumayyah dengan keutamaan dan kebaikan. Sewaktu Perang Badar, baginda menyampaikan khabar gembira bagi “orang baik yang mendapat kebaikan”. (Julukan untuk Ammar, kerana Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam pernah bersabda kepadanya, ‘Selamat datang wahai orang baik yang mendapat kebaikan’). Di dalamnya disebutkan juga nama Sumayyah. Peristiwa ini dikisahkan ketika musuh Allah, Abu Jahal terbunuh di dalam Perang Badar. Ketika itu Rasulullah menggembirakan Ammar dengan berkata “Allah telah membunuh orang yang membunuh ibumu”.

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam juga pernah mendoakan untuk Sumayyah dan keluarganya dengan doa yang diberkahi ketika Ammar mendatangi Rasulullah mengadu seksaan yang dihadapi oleh ibubapanya termasuk dirinya sendiri. Beliau berkata, “Wahai Rasulullah, kami mendapatkan seksaan yang sangat keras”. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda, “Bersabarlah wahai Abul Yaqzhan (julukan lain bagi Ammar). Ya Allah, janganlah Engkau seksa seorang pun dari keluarga Yasir dengan api neraka” (Al-Isti’ab, 4/325; As-Sirah Al-Halabiyah, 1/484)

NISA’ MUBASSYARAT BIL JANNAH!

Inilah kisah sahabiyah yang sabar, yang disajikan sirahnya sebagai wanita yang teguh hati pada kebenaran dan keimanan, sehingga menjadi pelopor di dalam perjuangan Islam sepanjang zaman. Ibnu Abdil-Barr Rahimahullah memuji Sumayyah dengan berkata, “Dia termasuklah orang yang diseksa kerana Allah, dan sabar di dalam menghadapi seksaan. Dia termasuklah wanita yang berbaiat, baik dan terutama” (Al-Isti’ab, 4/324)

Semoga Allah merahmati Sumayyah ibu Ammar, wanita dan orang pertama yang mati syahid di dalam Islam, ibu orang yang pertama membangun masjid dan digunakan untuk solat. Kesejahteraan bagi keluarga Yasir, kesejahteraan ke atas kalian kerana kesabaran kalian dan sesungguhnya kalian akan mendapat balasan yang sebaik-baiknya.

“Terimalah khabar yang baik wahai keluarga Ammar, kerana tempat yang dijanjikan bagi kalian adalah syurga” (Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang disampaikan oleh Ustman Al-Affan. Dipetik dari Thabaqat Ibnu Sa’ad, 3/249; Majma’ Az-Zawaid, 9/293; Tarikhul Islam Adz-Zahaby, 3/572)

Firman Allah SWT:
“Sesungguhnya Allah telah memberi dari orang-orang Mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang kerana Allah, lalu mereka membunuh dan terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam kitab Taurat, Injil dan Al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka, bergembiralah dengan jual beli yang telah kalian lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar” (At-Taubah: 111)

Sumayyah bintu Khubath Radiallahu Anha termasuk sejumlah wanita yang terawal menerima Islam dan bersegera memenuhi janji Allah serta membenarkan apa yang telah dijanjikan Allah kepada kaum Muslimin, sehingga beliau berhak mendapat khabar gembira sebagai orang yang dijanjikan syurga. Bagaimana pula dengan kita sebagai kaum muslimah akhir zaman? Semoga kisah ini menjadi obor penyuluh dan menyemarakkan lagi semangat kita dalam mendakwahkan agama Allah ini sehingga tiba janji Allah yang seterusnya, "akan berdiri semula kekhilafahan di atas manhaj kenabian" [HR Ahmad]

Wednesday, June 2, 2010

QUNUT NAZILAH UNTUK GHAZA PALESTIN

Qunut nazilah adalah suatu hal yang disyariatkan dan amat disunnahkan ketika terjadi musibah dan kezaliman

Bacaan Qunut Nazilah




LAFAZ QUNUT NAZILAH

Tidak ada hadis dari Nabi shallallahu `alaihi wa sallam yang menunjukkan adanya doa khusus dalam qunut nazilah. Siapa yang menelaah pendapat-pendapat para ulama, niscaya ia akan mendapati para ulama memberi keluasan dalam perkara ini. Oleh karena itu seseorang berdoa di dalam qunut nazilah dengan doa yang bersesuaian keadaan yang tertimpa musibah dan apa yang mereka perlukan. Bahkan Al-Qadli Iyadl rahimahullah menukil kesepakatan jumhur ulama bahwa tidak ada doa khusus dalam qunut. Ibnu Shalah menganggap orang yang berpendapat ada doa khusus dalam qunut adalah pendapat ang aneh dan tertolak, menyelisihi jumhur ulama.

Lihat Al-Majmu' 3/477, Majmu' Al-Fatawa 23/108.

Berikut ini saya akan menuliskan doa yang sesuai dengan musibah yang menimpa kaum muslimin di Iraq dan dunia Islam dan doa untuk saudara-saudara kita yang berangkat berjihad untuk menolong saudara mereka yang tertindas di sana.
* [ Lafaz doa adalah di dalam bahasa Arab ]

Terjemahannya:
Ya Allah, bantulah saudara-saudara kami para mujahidin di Iraq dan di semua tempat.
Ya Allah, bantulah mereka dan janganlah Engkau membantu musuh melawan mereka.
Ya Allah, bantulah mereka dan janganlah Engkau menolong musuh melawan mereka.
Ya Allah, berilah mereka (cara membuat) makar untuk menghadapi musuh-musuhnya dan janganlah Engkau memberi makar kepada mereka.
Ya Allah, tepatkanlah bidikan mereka dan kukuhkanlah kaki-kaki mereka serta berilah taufiq-Mu pada setiap langkah mereka.
Ya Allah, satukanlah barisan mereka dan kumpulkanlah segala upaya mereka.
Ya Allah, jadikanlah jihad mereka di jalan-Mu dan janganlah haramkan pahala jihad mereka atas kami.
Ya Allah, tolonglah kaum muslimin yang terdhalimi di Iraq dan semua tempat.
Ya Allah, tolonglah mereka (kaum muslimin) dan perbaikilah hubungan mereka.
Ya Allah, binasakanlah Amaerika dan sekutunya yang zalim, goncangkanlah dan hancurkan mereka.
Ya Allah, cerai beraikan barisan mereka dan luluh lantakkan kalimat mereka.
Ya Allah, janganlah Engkau memberikan kedudukani yang baik bagi mereka di muka bumi ini.
Ya Allah, lemparkanlah rasa takut dalam hati-hati mereka.
Ya Allah, hitunglah jumlah mereka, bunuhlah mereka dan jangan sisakan seorang pun dari mereka

Ahmedinejad : Serangan Itu Petanda Awal Kehancuran Israel

Presiden Iran Mahmud Ahmadinejad mengatakan bahawa serangan biadab Israel terhadap armada bantuan kemanusiaan untuk penduduk Jalur Gaza adalah indikator besar akhir kesudahan entiti Zionis.

Nejad mengatakan, Isnin (31/5), apa yang terjadi hari ini terhadap armada kebebasan adalah ujian sesungguhnya sejauh mana komitmen Negara-negara yang menyerukan HAM.

Nejad menegaskan akhir kesudahan Zionis Israel sudah dekat. Dia mengatakan, “Hari ini kita menyaksikan bagaimana entiti Zionis yang zalim membunuh para aktivis antarabangsa yang membawa bantuan untuk penduduk Jalur Gaza dan menculik sejumlah dari mereka. Sebahagian pihak memandang ini adalah bukti kekuatan entiti Zionis, namun sesungguhnya itu adalah indikator besar bahawa lenyapnya Israel sudah dekat dan awal kesudahannya.”

Nejad menyerukan kepada negara-negara yang mendukung entiti Zionis Israel dengan mengatakan, “Jika anda ingin memiliki kedudukan dan kredibiliti di dunia, maka hentikannya dukungan kalian kepada para penjahat Zionis yang mahir melakukan pembunuhan dan kehancuran.” – mran3238 / infopalestina