SUMBANGAN / AMAL JARIAH

SUMBANGAN / AMAL JARIAH
jazakallahu khairan kathira

Wednesday, September 29, 2010

Kesimpulan Hukum Solat Fardhu Berjama`ah

(1) Dalil tuntutan solat fardhu dilakukan secara berjama`ah amat kuat, sehingga mendorong ulamak memperturunkan hukum, bahawa berjamaa`ah solat fardhu adalah wajib `ainiyy (wajib atas setiap mukallaf) - seperti pendapat Hanabilah dan Hanafiyah - ke atas lelaki atau fardhu kifayah atau sunat mu'akkad (sunat yang kekuatan tuntutannya hampir menyamai wajib `ainiyy).

Oleh itu,sepakat para ulamak menekankan kepentingan solat berjemaah, sekalipun mereka khilaf tentang hukumnya. Ada yang menganggapnya fardu ain seperti Imam Auzaiey, Atoa', Ahmad, Dawuud az-Zohiri dan sebahagian muhaddisin mazhab Syafie seperti Ibnu Khuzaimah, Abu Thur dan Ibnu Hibban. Ada yang menganggapnya fardhu kifayah sebagaimana yang masyhur dalam mazhab Syafie dan ada yang menganggapnya sebagai sunat muakkadah. Imam Bukhari juga menganggap solat berjemaah itu wajib.

(2) Rasulullah s.a.w. amat memarahi lelaki yang tidak menunaikan solat fardhu berjama`ah, walaupun orang itu berpuasa dan bangun malam, sehingga disabdakan bahawa mereka dari ahli neraka.

(3) Kemarahan Rasulullah s.a.w. itu sehingga membandingkan bahawa mereka yang tidak menunaikan solat fardhu berjama`ah itu sama seperti orang munafiq dan rumah-rumah mereka layak dibakar suatu ancaman bagi mereka.

(4) Tuntutan solat fardhu bejama`ah itu sampai ke peringkat orang buta juga dituntut jika ada pemandu dan orang yang uzur juga dituntut jika ada orang yang boleh dipapahnya sampai ke sof solat.

(5) Keuzuran dari solat fardhu berjama`ah hanya layak bagi mereka yang sakit atau takut (khauf) sahaja atau berada dalam keadaan yang menghalang dari pergi ke tempat solat berjama`ah atau keadaan yang menuntut supaya tidal meninggalkan tempat berkenaan, bukan sebab sengaja.

(6) Syaitan sentiasa berusaha memesongkan masyarakat yang tidak mengambil berat tuntutan solat berjama`ah dengan berbagai-bagai cara.

(7) Semakin besar bilangan anggota jama`ah, semakin banyak kelebihan yang diperolehi.

wallahu'alam....
http://hasnulhadiahmad.blogspot.com/

KEKELIRUAN MENGENAI SOLAT BERJEMA'AH

Sering wujud dalam masyarakat anggapan dan tanggapan yang keliru mengenai ibadah solat berjama`ah, seperti berikut:

(1) Solat berjamaah sekadar untuk mendapat pahala lebih semata-mata. Tidak ada apa-apa celaan atau kutukkan Allah S.W.T. atau RasulNya. Oleh yang demikian, siapa yang melakukannya ia mendapat kelebihan dan siapa yang tidak melakukannya ia sekadar tidak mendapat pahala sahaja

(2) Mengagong dan membesarkan Allah S.W.T. hanya pada masa solat, ketika di atas kain sejadah sahaja, terutama pada hari Jum`at. Masa -masa lain tidak begitu penting dan terpulang pada kehendak masing-masing.

(3) Menganggap sembahyang tidak ada hubungan dengan pembentukan akhlak dan peribadi manusia. Seseorang yang menjadi baik tiada kena mengena dengan amalan solat.

(4) Menganggap sembahyang tidak kena mengena dengan penilaian seseorang itu berakhlak atau tidak. Kerana itu penilaian akhlak atau moral yang baik tidak diambil kira samaada seseorang itu melakukan solat atau tidak.

(5) Solat adalah amalan orang-orang dewasa dan orang-orang tua. Orang muda yang masih dalam keadaan yang sentiasa dipengaruhi oleh nafsu tidak sesuai untuk melakukan solat atau beribadat.

(6) Solat fardhu boleh diganti pada masa lapang jika sebok dengan urusan-urusan penting, seperti:

 banyak kerja-kerja sekolah di rumah
 alasan orang lain juga tidak mementingkan sembahayang
 kesukaran mendapat air untuk wudhu’ - seperti dalam perjalanan
 kerja pejabat atau jadual syarahan di IPT terlalu padat atau perlu disegerakan
 ada tamu atau keluarga di rumah
 terlibat dengan sukan program negeri atau negara yang perlu benar-benar dijaga supaya tidak tergendala
 atau lain-lain alasan yang tidak munasabah dari segi syarak.

Wallahu'alam....
http://hasnulhadiahmad.blogspot.com/

Solat Berjama`ah Sebagai Agenda Tarbiyah

“Tarbiyyah” bererti pendidikan (education). “Tarbiyyah Islamiyyah” bererti pendidikan yang membina dan membentuk manusia menyedari dirinya sebagai hamba Allah S.W.T. (`abd) dan khalifah di bumi.

Solat lima waktu berjama`ah, selain dari mendapat pahala berganda dua puluh tujuh atau dua puluh lima kali ganda, solat berjama`ah mempunyai kebihan yang banyak, terutama dalam membentuk individu dan masyarakat. Tegasnya solat berjama`ah beperanan besar dalam arina tarbiah Islamiyah, iaitu dalam pendidikan pendidikan Islam peringkat individu maupun pendidikan kemasyarakatan. Di antara peranan solat dalam agenda tarbiyah adalah seperti berikut:

(1) Aspek individu;

i. Mengelakkan dari gangguan syaitan, iaitu dorongan-dorongan yang membawa kepada mengabaikan perintah agama dan melakukan maksiat dan kemunkaran, samaada pada individu itu sendiri atau pada masyarakat. Dalil makksud ini ialah hadis Abu Darda’ yang diriwayatkan oleh Abu Daud seperti di atas dan juga hadis Anas r.a. dalam Sunan Abi Daud bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

"وَالَّذِىْ نَفْسِىْ بِيَدِهِ، إنِّىْ لأرَىْ الْشَّـيَاطِيْنَ تَدْخُـلُ فِىْ خَلَلِ الْصَّفِّ كَأنَهَاْ الحَذْفُ

Bermaksud: “Demi yang jiwaku di tanganNya, sesungguhnya aku melihat syaitan masuk ke celah sof (sof yang jarang) yang rupanya seperti anak-anak kambing.”

Akibat dari kelaziman seperti itu, ialah godaan dan pemesongan syaitan dan iblis terhadap diri orang yang solat dan kurang keberkesanan solat itu baginya.

ii. Latihan bagi individu untuk mengikut ketua, di mana keupayaan mengikut orang lain adalah merupakan amalan yang menuntut pengorbanan seseorang dari sifat mementing kehendak diri sendiri dan terlalu bertegas dengan pendapat sendiri tanpa bertolak ansur dengan kebenaran.

Imam solat adalah pemimpin yang memimpin pengikutnya ke arah mencari keredaan Allah S.W.T. dan mengikut perintahNya dengan mengikut hukum dan kaifiat pergerakan yang telah ditetapkanNya.

Abu Hurairah menyataka, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

"إنَّمَا جُعِلَ الإمَامُ لِيُوءْ تَمَّ بِهِ. فَإِذَا كَبَّرَ فَكَبِّرُوْ، وَلا تُكَبِّرُوْا حَتَّىْ يُكَبِّرُ"

Bermaksud: “Sesungguhnya di wujudkan imam adalah untuk diikut, maka apabila ia takbir maka hendaklah kamu takbir, dan janganlah kamu takbir melainkan sesudah ia takbir …”.

Riwayat Al-Bukhariyy dan Muslim serta Abu Daud.

Rasulullah s.a.w. juga menjelaskan keburukan orang yang tidak mengikut displin yang ditentukan oleh Allah S.W.T. itu, seperti disebutkan oleh Al-Kahlaniyy:

أَنَّهٌ (ص) تَوَعَّـدَ مَنْ سَـابَقَ الإمَامَ فِىْ رُكُوْعِهِ أوْ سُـجُوْدِهِ بِأنَّ اللهَ يَجْعَـلَ رَأسَـهُ رَأسَ حِمَـارِ

Bermaksud: “Bahawa ia (Rasulullah s.a.w.) menginggatkam orang yang mendahului imam pada ruku` atau sujudnya, bahawa Allah akan menjadikan kepalanya kepala himar.”

(Al-Kahlaniyy, Subul Al-Salam.)

Perintah mengikut imam di samping mengingatkan akibat buruk mendahului tindakan imam seperti di atas, mengikgatkan akibat buruk boleh berlaku kepada masyarakat Islam apabila ada kalangan mereka tidak mengikut imam atau ketua.

iii.Latihan displin yang tinggi, di mana setiap orang perlu meluruskan sof (barisan), merapatkan antara seorang dengan yang lain dan menyamakan kedudukan bahu, seperti dalam hadis Anas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

“Luruskan sof, rapatkan antara satu dengan yang lain dan samakan bahu.dan samakan tengkok.”

Riwayat Abu Daud, Al-Nasai dan Ibnu Habban.

Rasulullah s.a.w. juga menjelaskan keburukan orang yang tidak mengikut displin yang ditentukan Allah S.W.T. seperti dijelaskan oleh Al-Kahlaniyy di atas.

iv.Menuntut umat Islam supaya sentiasa bersikap positif dan berani. Hal ini adalah merujuk kepada hadis Abu Sa`id Al-Khudriyy r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. memerintahkan sahabatnya memenuhkan sof yang terhadapan supaya mara ke hadapan dan ikutnya dan mengikut mereka orang yang dibelakang mereka., dan kemudian Baginda bersabda;

" لا يَزَالُ قَوْمٌ يَتَأخَّـرُوْنَ حَتَّىْ يُؤّخِّرَهُـمُ الله"

Bermaksud: “Tidaklah sesuatu kaum itu sengaja mengambil tempat di (sof) belakang melainkan akan dikebelakangkan oleh Allah S.W.T.” -Riwayat Muslim.

v. Berjama`ah solat membina kesatuan pendapat dan pemikiran di kalangan anggota jama`ah. Dalam hubungan ini, An-Nu`man bin Basyir ada meriwayatkan dari Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

“Rasulullah s.a.w. menghadapkan muka kepada sahabat-sahabat (dalam sof solat) dan bersabda: lurus kamu (diulangkannya tiga kali). Demi Allah, samaada kamu luruskan sof kamu atau Allah s.a.w. menjadikan perbezaan di antara hati-hati kamu (sentiasa berbeza pendapat,tidak bersatu). (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim serta Abu Daud.)

Demikkian juga hadis Al-Barra’ bin `Azib, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

كَانَ رَسولُ الله (ص) يَتَخَلَلُ الصّفَ مِنْ نَاْحِيَةٍ إلَىْ نَاْحِيَةٍ يَمْسَـح صُدُوْرَنَا وَمَنَاْكِبِنَا وَيَقُوْلُ: لاتَخْلِفُوْا فَتَخْتَلِف قُلُوْبُكُمْ

Bermaksud: “Bahawa Rasulullah s.a.w. masuk ke celah-celah sof kami dari satu bahagian ke satu bahagian yang lain sambil memegang dada dan bahu kami dan bersabda: Jangan kamu berbeza kedudukan (tiada sama sof), nescaya akan berbeza hati-hati kamu…”

Riwayat Abu Daud.

vi. Latihan hidup bertolak Ansur; Perkara ini dapat difahami dari perintah menyamakan sof dan merapatkan diri antara satu dengan lain, di mana ia memerlukan sifat tolak ansur.

(2) Kemasyarakatan;

Semua sifat dan faedah dari solat yang dilakukan dalam sof solat berjama`ah menyumbang kepada persaudaraan seagama, pembinaan fikrah dan kesefahaman dan semangat amal jama`i yang amat menyumbang kepada perpaduan umat, yang merupakan pra syarat kepada kekuatan. Apa lagi jika solat berjama`ah itu disertai dan diimamkan oleh ketua dan pemimpin yang bertanggungjawab di negeri atau kawasan atau kariah berkenaan. Tentu usaha perpaduan ummah akan lebih berkesan.

Wallahu'alam....

http://hasnulhadiahmad.blogspot.com/

NERAKA SAQAR UNTUK SIAPA??

Saturday, September 25, 2010

KULIAH BULANAN - USTAZ AWANG BIN MAMAT

CERAMAH / KULIAH BULANAN

TARIKH: 26 SEPT 2010

MASA: SELEPAS MAGHRIB

TEMPAT: SURAU AL-IKHLAS BDR SG BUAYA

PENCERAMAH: USTAZ AWANG BIN MAMAT

KITAB: AHLI SUNNAH WAL JAMAAH KARANGAN HJ SA'ID HJ IBRAHIM (BEKAS MUFTI SABAH)

MUSLIMIN MUSLIMAT DI JEMPUT HADIR

Tuesday, September 21, 2010

Monday, September 20, 2010

Bolehkah Non-Muslim Masuk Ke Masjid?

Soalan:
Apakah hukum dlm Islam jika non-Muslims memasuki masjid utk membuat baik-pulih/ubah-suai, menyampaikan ucapan, atau belajar lebih lanjut mengenai Islam?

Jawapan oleh Syeikh `Atiyyah Saqr, & Syeikh Muhammad Saleh Al-Munajjid:

Adalah ditegaskan yg Islam menggalakkan toleransi dan kewujudan bersama secara aman antara Muslims dan non-Muslims. Jika non-Muslim masuk ke masjid utk menyampaikan ucapan yg boleh membawa kpd persefahaman lebih baik, maka ia amat di alu-alukan dan digalakkan mengikut pandangan agama. Islam ialah agama yg mengamalkan dialog yg bermanfaat dlm maksud sebenar. Sejarah Muslim ialah satu contoh yg baik berkenaan hal ini.

Sheikh `Atiyyah Saqr, bekas ketua Jawatankuasa Fatwa Al-Azhar Fatwa, menjelaskan pandangan Fuqaha berkenaan hal ini seperti berikut:

Allah SWT berfirman, (Hai orang-orang yang beriman, Sesungguhnya orang-orang yang musyrik itu najis (tidak suci), maka janganlah mereka mendekati Masjidil Haram sesudah tahun ini. Dan jika kamu khawatir menjadi miskin maka Allah nanti akan memberimu kekayaan kepadamu dari karuniaNya, jika Dia menghendaki. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.) (At-Tawbah 9: 28)

Allah SWT berfirman lagi, (Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu shalat, sedang kamu dalam keadaan mabuk, sehingga kamu mengerti apa yang kamu ucapkan, (jangan pula hampiri mesjid) sedang kamu dalam keadaan junub, terkecuali sekedar berlalu saja, hingga kamu mandi…) (An-Nisaa’ 4: 43)

Berpandukan ayat-ayat ini, majority Fuqaha, termasuk mereka dari Mazhab Fiqah Maliki, Shafi`i dan yg lain, menegaskan yg musyrikin/penyembah berhala tidak dibenarkan utk memasuki Masjidil Haram di Makkah. Bagaimanapun, mereka berpendapat tidak salah kalau Orang Kristian dan Yahudi memasukinya. Mereka berpendapat hukum ini diguna-pakai kpd Masjidil Haram di Makkah juga kawasan persekitarannya. Abu Hanifah, bagaimanapun, berpendapat musyrikin/penyembah berhala boleh masuk ke Masjidil Haram di Makkah selagi dia tidak tinggal atau menetap disitu. Dia menafsirkan tidak suci sebagai kekotoran spiritual (syirik).

Utk masjid lain selain Masjidil Haram di Makkah, Fuqaha Madinah melarang non-Muslims dari memasuki masjid kerana non-Muslims dianggap oleh al- Qur’an sebagai tidak suci. Imam Ahmad diriwayatkan berkata mereka boleh masuk ke masjid dgn kebenaran Muslims. Ini disokong oleh riwayat yg Rasululllah (SAW) membenarkan penduduk At-Ta’if utk tinggal di masjid sebelum mereka memeluk Islam. Baginda juga menerima Orang Kristians dari Najran dlm masjid baginda di Madinah. Apabila masa sembahyang mereka sampai, mereka bersembahyang di masjid mengadap arah timur. Maka Rasululllah (SAW) bersabda (kpd Sahabat), “Biarkan mereka (utk menunaikan sembahyang).”

Di bawah tajuk ‘Musyrik Masuk Ke Masjid’, Al-Bukhari, dlm Sahih nya menyebut yg Thamamah ibn Athal (sedangkan dia seorang Musyrik) diikat dlm masjid.

Dlm Fath al-Bari, Ibn Hajar menyebut terdapat pelbagai pendapat mengenai hal ini. Fuqaha Hanafi memberikan kebenaran tanpa syarat sedangkan ulama Maliki dan al-Mazni diriwayatkan melarang nya langsung. Ulama Shafi`i membezakan antara Masjidil Haram dgn masjid lain. Terdapat satu pendapat yg kebenaran itu dihadkan kpd Ahli Kitab tetapi ini di bantah dgn kes Thamamah yg disebutkan di atas.

Sheikh M. S. Al-Munajjid, penceramah dan pengarang Islam dari Arab Saudi, menyatakan:

Adalah diharamkan kpd Muslims utk membenarkan sebarang non-Muslim utk masuk ke Al-Masjid Al-Haram di Makkah dan persekitarannya yg suci, kerana Allah berfirman: (Hai orang-orang yang beriman, Sesungguhnya orang-orang yang musyrik itu najis (tidak suci), maka janganlah mereka mendekati Masjidilharam sesudah tahun ini. Dan jika kamu khawatir menjadi miskinmaka Allah nanti akan memberimu kekayaan kepadamu dari karuniaNya, jika Dia menghendaki. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.) (At-Tawbah 9: 28)

Berkenaan dgn masjid lain, beberapa Fuqaha Muslim berpendapat adalah dibenarkan kpd non-Muslims utk masuk ke dlm nya kerana tiada dalil utk menyebut keharaman perbuatan itu; yg lain berkata ia nya tidak dibenarkan, dgn qias kpd kes Al-Masjid Al-Haram.

Pandangan tepat ialah ia nya dibenarkan jika ia menepati matlamat Shari`ah atau menepati sebab penting, seperti jika non-Muslim perlu masuk ke masjid utk mendengar sesuatu yg mungkin menggalakkan nya utk memeluk Islam, atau dia perlu minum air, atau seumpamanya. Ini adalah tujuan cara Rasulullah (SAW) dlm hal ini; dia mengikat (tawanan baginda ) Thamaamah ibn Athal Al-Hanafi dlm masjid sebelum dia menjadi Muslim, dan rombongan dari Thaqif dan Kristian dari Najran tinggal di masjid sebelum mereka memeluk Islam. Sebenarnya, banyak manfaat diperolehi dari hal ini: mereka boleh mendengar ucapan dan khutbah Rasulullah (SAW) utk melihat orang solat dan membaca al- Qur’an, dan sebagainy. (Fatawa Al-Lajnah Al-Da’imah – Jawatan kuasa Tetap Utk Kajian Islam dan Ifta’)

Maka, jika non-Muslims memohon utk masuk ke masjid dgn tujuan utk melihat bagaimana Muslims bersolat, tiada salah dlm hal itu, selagi mereka tiada sesuatu yg boleh mencemarkan masjid itu, dan perempuan mereka tidak berpakaian menjolok mata, atau sebarang alasan lain yg menghalang mereka dari masuk ke masjid. Jadi mereka boleh masuk dan duduk di belakang Muslims utk melihat bagaimana mereka sembahyang.
Berdasarkan kpd Fatwa diatas , kita boleh katakan yg non-Muslim, termasuk Orang Kristians dan Yahudi, dibenarkan utk masuk ke masjid, tetapi mereka patut mentaati syarat berikut:

1- Non-Muslim dibenarkan utk masuk ke masjid – selain dari Masjidil Haram di Makkah – dgn kebenaran awal dari Muslim.
2- Mereka mesti ada alasan kukuh utk masuk ke masjid.
3- Mereka mesti menghormati kemuliaan masjid dan beringat yg itu ialah tempat suci utk beribadah.
4- Lelaki dan perempuan tidak dibenar membuka aurat semasa masuk ke masjid.


Berkenaan dgn hal baik-pulih/ubah-suai, Kita berpendapat yg Muslims mesti diberi keutamaan dlm melaksanakan kerja itu, melainkan jika ia sangat perlu utk meminta pertolongan dari non-Muslims. Ada keperluan yg memerlukan pertolongan dari mereka, terutamanya dlm hal berkaitan masjid.

Friday, September 17, 2010

PERISTIWA BERSEJARAH SYAWAL

Dalam kita bergembira di Bulan Syawal, wajarlah juga kita singkap peristiwa-peristiwa bersejarah yang pernah kita dan umat Islam lalui di bulan-bulan Syawal yang lepas.

Di antara peristiwa-peristiwa bersejarah Syawal, diantaranya;

Dikurniakan hari perayaan, Aidilfitri.

Pada tahun ke 2 Hijrah, ummat Islam mula difardhukan dengan kewajipan puasa dan pada tahun itu juga Rasulullah mengishtiharkan bahawa 1 Syawal adalah hari kebesaran ummat Islam sebagai lambang kejayaan ummat mengharungi cabaran Ramadhan dengan jayanya. Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah telah menggantikan untuk kamu dua hari yang lebih baik dari keduanya, yaitu hari raya Aidul- fitri dan Aidiladha".

Diriwayatkan dari Al-Nasa'i dan Ibnu Hibban dengan sanad shahih. Ummat Islam dikurniakan dengan 2 hari raya iaitu hari raya Aidilfitri yang dirayakan disetiap 1 Syawal dan hari raya Aidiladha yang disambut pada 10 Zulhijjah. Kedua-dua hariraya ini telah disambut penuh meriah oleh ummat Islam sehingga kini malah semakin hari semakin meriah. Namun begitu ummat Islam tidak patut lupa bahawa Rasulullah SAW juga telah mensyaratkan agar umat Islam bertakbir sepanjang menyambut dua hari perayaan tersebut. Sabda Rasulullah SAW: "Hiasilah hariraya kamu dengan takbir"

Berlaku Perang Uhud

Peperangan yang memberi tamparan dan pengajaran yang amat bernilai bagi ummat Islam. Ummat Islam yang mendapat kemenangan yang besar pada awalnya tetapi bertukar menjadi kacau-bilau ditewaskan oleh tentera Quraiysh dengan sekelip mata. Dinamakan Perang Uhud kerana peperangan ini berlaku di sebuah tempat yang dinamakan Uhud dan dikelilingi dengan bukit (Bukit Uhud) pada tahun ke 3 Hijrah. Pihak kafir Quraiysh begitu bernafsu untuk membalas dendam atas kekalahan mereka di Perang Badar tahun lepas.

Rasulullah SAW telah memerintahkan tentera pemanah Islam supaya tidak meninggalkan posisi masing-masing walau apapun yang berlaku. Disebabkan terpedaya dengan banyaknya harta rampasan perang, maka mereka membelakangkan arahan Rasulullah SAW dan meninggalkan bukit untuk mengutip harta rampasan. Maka tentera kafir Quraiysh berpatah balik dan mengambil posisi yang mereka tinggalkan dan mula menghujankan panah kepada tentera Islam yang sedang leka mengumpulkan harta rampasan perang. Kacau bilau tentera Islam dan banyak sahabat yang gugur syahid termasuklah Hamzah Asadullah, bapa saudara Rasulullah SAW.

Segera Rasulullah SAW menyusun semula tentera Islam dan berjaya menyekat kemaraan tentera kafir. Tamparan kepada ummat Islam bagaimana kemenangan bertukar kekalahan di saat tak sepatutnya kalah. Pengajaran kepada para sahabat dan ummat Islam seluruhnya bahawa kita perlulah sangat taat kepada Allah dan Rasul tidak cukup hanya dengan percaya sahaja.

Perang Khandak

Perang Khandak telah berlaku pada tahun yang kelima Hijrah. Ia juga dinamakan dengan peperangan Ahzab. Khandak membawa erti 'parit'. Nama ini diambil sempena peristiwa ummat Islam bersama-sama Rasulullah SAW telah menggali parit di sekeliling Madhinah untuk menghalang tentera kuffar dari melanggar Madhinah.

Dan dinamakan juga dengan peperangan Ahzab yang membawa erti 'bersekutu' kerana beberapa puak Quraiysh telah bergabung termasuklah beberapa puak Yahudi telah membentuk satu pakatan tentera bersekutu untuk melanggar Madhinah dan memerangi ummat Islam. Peperangan ini berlaku padatahun kelima Hijrah. Peperangan ini berakhir dengan kemenangan tentera Islam dengan bantuan Allah SWT.

Perang Hunain

Perang Hunain terjadi pada 3 Syawal tahun kelapan Hijrah, 15 hari setelah peristiwa Pembukaan Kota Makkah. Selepas Perang Uhud, ummat Islam sekali lagi telah mendapat pengajaran yang amat bernilai iaitu kuantiti bukan faktor utama kemenangan.

Semasa perang Hunain, diriwayatkan jumlah ummat Islam yang turut sama ikut keluar berperang tidak kurang dari 10 000 orang dan tentera kuffar hanyalah 2 puak kecil yang masih degil menentang Islam (puak Hawazan dan puak Tsaqif). Dengan jumlah tentera yang ramai, ummat Islam sudah mula berasa bongkak dan takabbur sehingga lupa tentang pertolongan Allah SWT.

Allah telah menguji tentera Islam dengan jebakan (helah) tentera musuh dan tentera Islam telah masuk perangkap. Kacau bilau dan ramai yang melarikan diri. Tentera Islam terpaksa berundur dan menyusun strategi dan bertahan sehinggalah Allah SWT mengurniakan kemenangan untuk tentera Islam.

Lahirnya Imam Bukhari

RH Muhammad ibnu Ismail adalah nama sebenar Imam Bukhari RH. Beliau lahir di Bukhara, Uzbekistan pada 194H dan meninggal dunia pada 256H. Kitab beliau yang terkenal ialah Shahih Bukhari. Sehingga kini beliau masih berhak digelar 'Ulamak Hadis Nombor Satu'.

Seluruh hidup beliau dihabiskan untuk mengkaji, menghafaz dan mencatit hadis-hadis Rasulullah SAW. Hadis-hadis yang diriwayatkan beliau adalah hadis-hadis shahih.