SUMBANGAN / AMAL JARIAH

SUMBANGAN / AMAL JARIAH
jazakallahu khairan kathira

Sunday, March 28, 2010

KEDUDUKAN AYAHANDA, BONDA NABI SAW

Saya juga pernah berdepan soalan-soalan sebegini. Terlalu banyak pemikiran-pemikiran yang cuba mengolah dan mempakejkan semula Islam dalam bentuk baru, sehingga mencerca keluarga Nabi Muhammad SAW. Semoga umat ini dilindungi dari fitnah-fitnah sebegini. Selamat membaca artikel di bawah. Untuk membaca terus dari Utusan Malaysia, sila klik terus pada tajuk di atas.

KEDUDUKAN AYAHANDA, BONDA NABI SAW

Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN

ALHAMDULILLAH, sekali lagi kita diberi peluang melalui hari-hari bulan Rabiulawal yang sarat dengan kenangan dan ingatan terhadap Nabi dan kekasih kita Saiduna Muhammad SAW.

Memperingati dan meraikan kelahiran baginda SAW adalah suatu tanda dan bukti kecintaan kita terhadap baginda yang menjadi salah satu pokok ajaran dalam agama kita. Malangnya, tetap ada di sana, suara-suara yang mempertikaikan keperluan dan keutamaan menyambut Mawlid Nabi SAW.

Insya-Allah, di kesempatan yang akan datang ruangan ini akan membincangkan secara khusus berkenaan isu ini yang sepatutnya sudah tidak perlu ditimbulkan lagi.

Ruangan ini terpanggil untuk menjelaskan suatu persoalan yang jika tidak ditangani dengan baik boleh menyebabkan kita terlibat dengan perbuatan yang menyakiti Nabi SAW lantas bercanggah dengan dakwaan cinta-kasih kita terhadap baginda SAW.

Persoalan yang dimaksudkan adalah dakwaan bahawa ayahanda dan bonda Nabi SAW adalah di kalangan mereka yang musyrik serta ditempatkan ke neraka.

Kami terpanggil untuk menyentuh soal ini apabila mendapati dakwaan sebegini boleh menimbulkan kekeliruan.

Masyarakat Arab jahiliah

Zaman Jahiliah yang meliputi era kegelapan masyarakat Tanah Arab adalah suatu zaman yang dipenuhi dengan unsur syirik dan kepercayaan animisme yang tebal.

Manusia pada zaman tersebut melakukan amal ibadat berdasarkan kepercayaan nenek moyang mereka yang telah menyeleweng sekian lama.

Diriwayatkan bahawa pegangan asal masyarakat Arab pada peringkat awalnya ialah ajaran Nabi Ibrahim a.s. Lama-kelamaan ajaran ini ditinggalkan dan dipercayai bahawa bermulanya era penyembahan berhala ketika di bawa masuk ke Tanah Arab oleh Amru ibnu Luhay yang terkesan dengan cara penyembahan berhala masyarakat asing.


Berkata al-Hafiz Ibnu Kathir di dalam al Bidayah wa al Nihayah: "Adapun hal keadaan masyarakat Arab itu, mereka tetap sentiasa berada di atas agama Nabi Ibrahim AS sehinggalah 'Amru ibnu 'Amir al Khuza'i memerintah Mekah selepas merampas kuasa menjaga kaabah daripada datuk Nabi SAW. Maka 'Amru ibnu 'Amir telah mengasaskan penyembahan berhala dan amalan-amalan kaum jahiliah yang sesat."


Kesesatan ini tersebar meluas sehinggalah ia dihapuskan oleh Allah melalui perutusan Rasulullah SAW.


Ahli fatrah

Setelah sekian lama amalan penyembahan berhala berterusan dan jarak perutusan seorang nabi dengan nabi yang lain terlalu jauh, maka masyarakat penyembah berhala ini mendapat keuzuran daripada sebarang petaklifan.

Mereka inilah yang digelar sebagai ahli fatrah iaitu manusia yang hidup di suatu zaman yang tiada di sana perutusan sebarang rasul.

Golongan ini walaupun melakukan penyembahan berhala, akan tetap terselamat daripada seksaan neraka menurut jumhur Ahli Sunnah Wal Jamaah berdasarkan firman Allah SWT: Dan Tidaklah kami mengazab sesuatu kaum melainkan setelah kami utuskan buat mereka seorang Rasul yang menyampaikan seruan Islam. (al Isra': 15)


Agama dan kepercayaan

Dalam keadaan masyarakat yang begitu tebal kepercayaan mereka terhadap amalan penyembahan berhala, terdapat juga agama dan kepercayaan lain yang diamalkan di zaman jahiliah di antaranya; agama kaum Yahudi dan Nasrani yang telah terseleweng daripada acuan asalnya.

Demikian juga tidak sunyi pada zaman tersebut daripada sekelompok manusia yang masih berpegang teguh dengan ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Ibrahim a.s yang masyhur dikenali sebagai agama hanif.

Ajaran ini tidaklah tersebar luar sehingga menjadi amalan yang tersebar di seluruh Tanah Arab, akan tetapi ia tetap dipegang dan diamalkan oleh kebanyakan anak cucu Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail a.s.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya: Sentiasalah ada dari kalangan zuriat Nabi Ibrahim AS, satu golongan manusia yang tetap di atas fitrah (beriman) menyembah Allah.

Ada banyak fakta sejarah yang diriwayatkan yang mendokong beberapa hadis nabi SAW bahawa ramai di kalangan datuk moyang baginda SAW yang berpegang dengan agama hanif tanpa mencampuradukkan ia dengan amalan penyembahan berhala.

Daripada Ibnu Abbas RA berkata: Adalah Adnan, Ma'ad, Rabi'ah, Mudhar, Khuzaimah dan Asad berada di atas agama Ibrahim AS, janganlah sesekali kamu menyebut perihal mereka melainkan dengan ucapan yang baik.
Daripada perbahasan di atas secara ringkasnya kita mendapati bahawa kebanyakan mereka yang meninggal dunia sebelum perutusan Rasulullah SAW adalah terselamat daripada seksaan neraka, sama ada mereka dari kalangan penyembah berhala mahupun yang berpegang dengan ajaran Nabi Ibrahim.

Oleh yang demikian, tidak bolehlah kita melaung-laungkan suara bahawa nenda, ayahanda dan bonda Nabi SAW adalah dari kalangan penghuni neraka. Kerana ia secara jelas bersalahan dengan i'tikad Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Menyentuh tentang perbahasan akidah ayahanda dan bonda Rasulullah SAW, pendapat yang tepat dan terpilih adalah mereka ini dari kalangan yang mengamalkan ajaran Nabi Ibrahim a.sdaripada anak cucu Adnan. Ini juga kerana tidak terdapat nas yang thabit yang menunjukkan bahawa mereka adalah penyembah berhala.

Bahkan fakta-fakta sejarah yang dikutip daripada kitab-kitab sirah banyak merakamkan bukti yang jelas bahawa mereka adalah golongan yang beriman.

Dalam dalil yang umum pula, keimanan mereka dinyatakan melalui firman Allah SWT: Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua (Nabi Ibrahim dan Ismail), orang-orang Islam (yang berserah diri) kepada-Mu, dan jadikanlah daripada keturunan kami, umat Islam (yang berserah diri) kepada-Mu. (al-Baqarah: 128)

Dikeluarkan oleh Ibnu Jarir al-Tobari di dalam tafsirnya, daripada Mujahid mengenai pentafsiran ayat 35 surah Ibrahim yang bermaksud: Dan (ingatlah) ketika Ibrahim berkata: Wahai Tuhanku! Jadikanlah negeri ini (Mekah) negeri yang aman dan jauhkanlah aku dan anak-anak cucuku daripada menyembah berhala.

Ibnu Jarir berkata: "Allah telah memperkenankan doa Nabi Ibrahim untuk anak-cucunya, maka tiada seorang pun dari kalangan zuriatnya yang menyembah berhala".


Dikeluarkan oleh Ibnu Abi Hatim di dalam tafsirnya, Sufyan ibn 'Uyainah r.a ditanya: Adakah terdapat salah seorang daripada zuriat Nabi Ismail a.s yang menyembah berhala?

Beliau menjawab: Tidakkah kamu mendengar firman Allah SWT (bermaksud): Dan jauhkanlah aku (Nabi Ibrahim) dan anak-anak cucuku daripada menyembah berhala. (Ibrahim: 35)

Allah SWT berfirman (maksudnya): Yang melihat pergerakan dirimu di antara orang-orang yang sujud. (al Syu'ara': 219)

Mengenai penafsiran ayat ini, Ibnu Abbas RA berkata: "Dan dari seorang Nabi kepada seorang Nabi yang lain, kemudian kepada seorang Nabi sehinggalah dilahirkan Baginda SAW sebagai seorang nabi".

Ibnu Abbas r.a mentasirkan firman Allah SWT ini sebagai perpindahan benih daripada sulbi seorang nabi ke sulbi nabi seterusnya yang tergolong dari kalangan para sajidiin (mereka yang sujud dan beriman kepada Allah).

Daripada Ibnu Abbas, Rasulullah SAW bersabda: "Tidaklah aku dilahirkan daripada perzinaan kaum Jahiliah walau sedikitpun dan tidaklah aku dilahirkan melainkan daripada hasil pernikahan seumpama Islam".

Diriwayatkan dalam Dalail al Nubuwwah daripada Ummu Sama'ah binti Abi Ruhm, daripada ibunya berkata: Aku telah menyaksikan Aminah bonda Rasulullah SAW ketika gering dan Muhammad ketika itu berusia lima tahun duduk di sisi kepalanya. Maka Aminah memandang wajahnya seraya berkata: "Semoga Allah memberkatimu dari kecil, wahai anak daripada ayahandanya (Abdullah) yang ditakdirkan mati, tetapi telah terselamat dengan pertolongan Allah Raja Yang Memberikan Nikmat, dia telah ditebus pada keesokan paginya ketika hendak disembelih, dengan seratus ekor unta yang mahal. Sekiranya benar apa yang telah aku saksikan ketika tidur, engkau akan diutuskan kepada sekalian makhluk; dari sisi Tuhan Yang Mempunyai Keagungan dan Kemuliaan; Engkau akan diutuskan di Tanah Halal dan Haram; diutuskan juga dengan kebenaran dan Islam, agama datukmu Ibrahim yang mulia, maka Allah telah menghalangmu daripada mendekati berhala supaya kamu tidak menyembahnya bersama kaum jahiliah".

Mengambil kira pelbagai hujah berkenaan isu ini, jelaslah bahawa ruang untuk mengelakkan tanggapan buruk terhadap nasib kesudahan ayahanda dan bonda Nabi SAW adalah terbuka luas bagi kita.

Marilah kita mengambil sikap yang lebih selamat yang sebenarnya menjadi sikap ulama-ulama terbilang dulu dan kini termasuklah, Al-Imam al-Hafiz Jalaluddin al Suyuti r.a yang dilaporkan berkata: "Aku berfatwa sesungguhnya yang layak (dii'tikadkan), bahawa bonda Rasulullah SAW beriman dan mentauhidkan Allah serta kesudahannya adalah sepertimana mereka yang menganut agama hanif pada zaman jahiliah iaitu agama Nabi Ibrahim al-Khalil yang tidak melakukan amalan menyembah berhala".

Kita juga mendapati Mufti Mesir, Sheikh Dr. Ali Juma'ah dalam koleksi fatwanya (Al-Bayan Lima Yushghilu al-Azhan, ms.170) mengajak kita untuk memahami nas-nas yang bercanggah dengan kesimpulan ini dengan takwilan yang lebih selari dengan nas-nas yang lebih kukuh dan lebih sesuai dengan ketinggian darjat Nabi SAW.

Semoga kita sentiasa digolongkan di kalangan mereka yang memelihara kemuliaan dan menunaikan hak Baginda SAW dengan sebaik-baiknya.

Posted by Us Asmadi Mohamed

SURAH AL-QASAS 76-84

Sesungguhnya Qarun adalah ia dari kaum Nabi Musa, kemudian ia berlaku sombong dan zalim terhadap mereka; dan Kami telah mengurniakannya dari berbagai jenis kekayaan Yang anak-anak kuncinya menjadi beban Yang sungguh berat untuk dipikul oleh sebilangan orang Yang kuat sasa. (ia berlaku sombong) ketika kaumnya berkata kepadanya: "Janganlah Engkau bermegah-megah (dengan kekayaanmu),

Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang Yang bermegah-megah. (seperti lagakmu itu). "Dan tuntutlah Dengan harta kekayaan Yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah Engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya Yang melimpah-limpah); dan janganlah Engkau melakukan kerosakan di muka bumi; Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang Yang berbuat kerosakan ".

Qarun menjawab (dengan sombongnya): "Aku diberikan harta kekayaan ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian Yang ada padaku". (Kalaulah Qarun bijak pandai) tidakkah ia mengetahui dan pandai memahami, Bahawa Allah telah membinasakan sebelumnya, dari umat-umat Yang telah lalu, orang-orang Yang lebih kuat daripadanya dan lebih banyak mengumpulkan harta kekayaan ? dan (ingatlah) orang-orang Yang berdosa (apabila mereka diseksa) tidak lagi ditanya tentang dosa-dosa mereka, (kerana Allah sedia mengetahuinya).

Kemudian Qarun keluar kepada kaumnya Dengan memakai perhiasannya. (pada saat itu) berkatalah orang-orang Yang semata-mata inginkan kesenangan kehidupan dunia: "Alangkah baiknya kalau kita ada kekayaan seperti Yang didapati oleh Qarun! Sesungguhnya Dia adalah seorang Yang bernasib baik". Dan berkata pula orang-orang Yang diberi ilmu (di antara mereka): "Janganlah kamu berkata demikian, pahala dari Allah lebih baik bagi orang Yang beriman dan beramal soleh; dan tidak akan dapat menerima (pahala Yang demikian) itu melainkan orang-orang Yang sabar".

Lalu Kami timbuskan Dia bersama-sama Dengan rumahnya di Dalam tanah, maka tidaklah ia mendapat sebarang golongan Yang boleh menolongnya dari azab Allah" dan ia pula tidak dapat menolong dirinya sendiri. Dan orang-orang Yang pada masa dahulu bercita-cita mendapat kekayaan seperti Qarun - mulai sedar sambil berkata: "Wah! Sesungguhnya Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa Yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya, dan Dia lah juga Yang menyempitkannya kalau tidak kerana Allah memberi pertolongan kepada kita tentulah kita akan dibinasakan Dengan tertimbus di Dalam tanah (seperti Qarun).

Aduhai! Sesungguhnya orang-orang Yang kufurkan nikmat Allah itu tidak akan berjaya!" Negeri akhirat (yang telah diterangkan nikmat-nikmatnya) itu, Kami sediakan bagi orang-orang Yang tidak bertujuan hendak mendapat pengaruh atau kelebihan di muka bumi dan tidak ingat hendak melakukan kerosakan; dan kesudahan Yang baik adalah bagi orang-orang Yang bertaqwa. Sesiapa Yang datang membawa amal baik (pada hari akhirat) maka baginya balasan Yang lebih baik daripadanya; dan sesiapa Yang datang membawa amal jahat, maka mereka Yang melakukan kejahatan tidak di balas melainkan Dengan apa Yang mereka kerjakan.

Di manakah Hidayah?

Assalammualaikum..

Hidayah merupakan suatu petunjuk yang diberikan oleh Allah hamba-hambaNya yang dikehendakiNya.Tanpa hidayah,hidup ini akan menjadi tidak tenang,tidak terurus dan terumbang-ambing. Hidayah Allah umpama kompas yang memandu kita mengembara di alam dunia yang penuh
dengan dugaan dan godaan ini.

Namun bagaimanakah caranya untuk kita memperoleh hidayah..?

Terdapat beberapa cara untuk kita sama-sama renungkan dalam mengejar hidayah Allah..

1.Kita mesti berpengang teguh dengan agama.
"Dan sesiapa berpegang teguh kepada (agama) Allah,maka sesungguhnya ia telah beroleh petunjuk hidayah ke jalan yang betul(lurus)."
(surah Ali'Imran:101)

2.Kita mesti beriman dengan Allah s.w.t dengan sebaik-baik iman.

Seseorang individu itu perlu ada kepercayaan dan keyakinan yang teguh kepada Allah tanpa ada sebarang keraguan pun di dalam hati .

"Dan sesiapa yang beriman kepada Allah , Allah akan memimpin hatinya(untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar)" (surah al-Taghabun:11)

3.Kita juga mesti mengamalkan apa-apa yang terkandung dalam al-Quran dan as-Sunnah.
"Maka sesiapa yang mengikut petunjuk-Ku itu nescaya ia tidak akan sesat dan ia pula tidak akan menderita azab." (surah Taha:123)

4.Kita seharusnya menjadi seorang yang berilmu.

Dengan ilmu,kita akan dapat mengenal Allah s.w.t dan memperoleh hidayahNya.Dengan ilmu juga kita akan mampu untuk berfikir merenung segala penciptaanNya yang begitu teratur dan hebat.

"Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut(melanggar perintah) Allah,dari kalangan hamba-hambaNya,hanyalah orang yang berilmu." (surah Fatir:28)

5.Hamba Allah ,bukannya hamba hawa nafsu.
Ibarat pandangan masyarakat Melayu; "Kita makan untuk hidup,bukan hidup untuk makan".
Jadi,jelas bahawa kita perlu menjadikan nafsu sebagai hamba kepada kita dan adalah tuan kepada nafsu itu dan bukan sebaliknya.

'Katakanlah lagi:"Aku tidak akan menurut hawa nafsu kamu, kerana kalau aku turut,sesungguhnya sesatlah aku,dan tiadalah aku dari orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk." (surah al-An'am:56)

WALLAHUA'LAM

Akal vs Al Quran

Kenapa aku tak dapat apa yang aku idamkan??

“…Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya..."
Al Baqarah 216.

Mengapa ujian seberat ini??

“…Allah tidak memberati seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya... “ Al Baqarah 286.

Rasa frust dan kecewa..

“…Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa Yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh Dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang beriman…"
Ali Imran 139.

Bagaimana harus aku menghadapinya??

“…Wahai orang-orang Yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara kebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)…” Ali Imran 200.

“…Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) Dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan Sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang Yang khusyuk…” Al Baqarah 45.

Apa yang aku dapat daripada semua ini??

“…Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan balasan syurga,..” At Taubah 111.

Kepada siapakah aku bergantung harap??

“..Katakanlah (Wahai Muhammad): "Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan dia; kepadanya Aku berserah diri(tawakkal),..” At Taubah 129.

Saturday, March 20, 2010

TANPA ILMU MANUSIA SESAT

Adalah merupakan satu kesedihan kepada kita apabila disebabkan oleh kejahilan maka ramai umat Islam terpedaya dan disesatkan oleh Iblis dengan mudah. Benarlah pesanan para ulama salaf berkenaan kepentingan ilmu bahawa ianya ialah cahaya dan penerang malam yang gelap.

Hadis Anas bin Malik r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: "Di antara tanda-tanda hampir Kiamat ialah terhapusnya ilmu Islam, munculnya kejahilan, ramainya peminum arak dan perzinaan dilakukan secara terang-terangan." (hadis sahih riwayat Muslim, No. 4824)

Hadis Abdullah bin Amru bin Al-As r.a katanya: Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: "Allah s.w.t tidak mengambil ilmu Islam itu dengan cara mencabutnya dari manusia. Sebaliknya Allah s.w.t mengambilnya dengan mengambil para ulama sehingga tidak tertinggal walaupun seorang. Manusia melantik orang jahil menjadi pemimpin, menyebabkan apabila mereka ditanya mereka memberi fatwa tanpa berdasarkan kepada ilmu pengetahuan. Akhirnya mereka sesat dan menyesatkan orang lain pula." (Hadis sahih riwayat Muslim no. 4828)

Tanpa ilmu maka manusia akan mudah disesatkan.

PERMOHONAN ORANG KAYA DAN ORANG MISKIN

Nabi Musa AS memiliki umat yang jumlahnya sangat banyak dan umur mereka panjang-panjang. Mereka ada yang kaya dan juga ada yang miskin. Suatu hari ada seorang yang miskin datang menghadap Nabi Musa AS. Kerana kemiskinannya, pakaiannya compang-camping dan sangat lusuh.
Si miskin itu kemudian berkata kepada Nabi Musa AS: "Ya Nabiullah, tolong sampaikan kepada Allah SWT permohonanku ini agar Allah SWT menjadikan aku orang yang kaya." Nabi Musa AS tersenyum dan berkata kepada orang itu: "Saudaraku, banyak-banyaklah kamu bersyukur kepada Allah SWT." Si miskin itu agak terkejut dan kesal, lalu ia berkata: "Bagaimana aku banyak bersyukur, aku makan pun jarang, dan pakaian yang aku gunakan pun hanya satu lembar ini sahaja!" Akhirnya si miskin itu pulang tanpa mendapatkan apa yang diinginkannya.

Beberapa waktu kemudian, seorang kaya datang menghadap Nabi Musa AS. Orang tersebut bersih badannya juga rapi pakaiannya. Ia berkata kepada Nabi Musa AS: "Wahai Nabiullah, tolong sampaikan kepada Allah SWT permohonanku ini agar dijadikannya aku ini seorang yang miskin, terkadang aku merasa terganggu dengan hartaku itu."

Nabi Musa AS pun tersenyum, lalu ia berkata: "Wahai saudaraku, janganlah kamu bersyukur kepada Allah SWT." "Ya Nabiullah, bagaimana aku tidak bersyukur kepada Allah SWT? Allah SWT telah memberiku mata yang dengannya aku dapat melihat, telinga yang dengannya aku dapat mendengar. Allah SWT telah memberiku tangan yang dengannya aku dapat bekerja dan telah memberiku kaki yang dengannya aku dapat berjalan, bagaimana mungkin aku tidak mensyukurinya," jawab lelaki kaya itu. Akhirnya lelaki kaya itu pun pulang ke rumahnya.

Selepas peristiwa itu, Allah SWT menambah kekayaan kepada lelaki kaya itu kerana ia selalu bersyukur. Dan lelaki miskin menjadi bertambah miskin. Allah SWT mengambil kesemua kurnianNya sehingga lelaki miskin itu tidak memiliki sehelai pakaianpun yang melekat di tubuhnya. Ini semua kerana ia tidak mahu bersyukur kepada Allah SWT.

KISAH NABI SULAIMAN DENGAN SEEKOR SEMUT

Pada suatu masa, kerajaan Nabi Sulaiman AS sedang mengalami musim kering yang begitu lama. Sudah lama hujan tidak turun membasahi bumi. Nabi Sulaiman AS mulai didatangi oleh umatnya untuk mendapatkan pertolongan dan memintanya memohon kepada Allah SWT agar menurunkan hujan untuk membasahi kebun-kebun dan sungai-sungai mereka.

Nabi Sulaiman AS kemudian memerintahkan satu rombongan besar pengikutnya yang terdiri dari bangsa jin dan manusia berkumpul di tempat lapang untuk berdoa memohon kepada Allah SWT agar musim kemarau segera berakhir dan hujan kembali turun.

Apabila mereka tiba di tempat tersebut, Nabi Sulaiman AS melihat seekor semut kecil berada di atas sebuah batu. Semut itu berbaring kepanasan dan kehausan. Nabi Sulaiman AS kemudian mendengar si semut mulai berdoa memohon kepada Allah SWT:

"Ya Allah pemilik segala khazanah, aku berhajat sepenuhnya kepada-Mu, Aku berhajat akan air-Mu. Tanpa air-Mu, ya Allah, aku akan kehausan dan kami semua kekeringan. Ya Allah, aku berhajat sepenuhnya pada-Mu akan air-Mu, kabulkanlah permohonanku," doa si semut kepada Allah SWT.
Mendengar doa si semut maka Nabi Sulaiman AS kemudian segera memerintahkan rombongannya untuk kembali pulang sambil berkata pada mereka: "Kita segera pulang, sebentar lagi Allah SWT akan menurunkan hujan-Nya kepada kalian. Allah SWT telah mengabulkan permohonan seekor semut." Kemudian Baginda Sulaiman dan rombongannya pulang kembali ke kerajaan.

Suatu hari Baginda Sulaiman AS sedang berjalan-jalan. Ia melihat seekor semut sedang berjalan sambil mengangkat sebutir buah kurma. Nabi Sulaiman AS terus mengamatinya, kemudian beliau memanggil si semut dan bertanya padanya: "Hai semut kecil, untuk apa kurma yang kau bawa itu?" Si semut menjawab: "Ini adalah kurma yang Allah SWT berikan kepadaku sebagai makananku selama satu tahun."

Nabi Sulaiman AS kemudian mengambil sebuah botol lalu ia berkata kepada si semut: "Wahai semut kemarilah engkau, masuklah ke dalam botol ini. Aku telah membagi dua kurma ini dan akan aku berikan separuhnya padamu sebagai makananmu selama satu tahun. Tahun depan aku akan datang lagi untuk melihat keadaanmu". Si semut lalu mematuhi perintah Nabi Sulaiman AS.

Setahun telah berlalu. Nabi Sulaiman AS datang kembali melihat keadaan si semut. Ia melihat kurma yang diberikan kepada si semut itu tidak banyak berkurang. Nabi Sulaiman AS bertanya kepada si semut: "Hai semut mengapa engkau tidak menghabiskan kurmamu?"

Jawab si semut: "Wahai Nabiullah, aku selama ini hanya menghisap airnya dan aku banyak berpuasa. Selama ini Allah SWT yang memberikan kepadaku sebutir kurma setiap tahunnya, akan tetapi kali ini engkau memberiku separuh buah kurma. Aku takut tahun depan engkau tidak memberiku kurma lagi kerana engkau bukan Allah Pemberi Rezki (Ar-Razak)."

Wallahua'lam.

Monday, March 15, 2010

PANGLIMA ROMAWI YANG BERTAUBAT

Dalam kegemparan terjadinya peperangan Yarmuk, salah seorang panglima Romawi yang bermana George memanggil Sayidina Khalid bin Walid. Kedua orang panglima itu saling mendekat sampai kedua kepala kuda mereka saling bertemu.

Kepada Khalid, George bertanya: “Wahai Khalid, aku meminta kamu berbicara dengan jujur dan jangan berdusta sedikitpun, karena Tuhan Yang Maha Mulia tidak pernah berdusta, dan jangan pula kamu menipuku, karena sesungguhnya orang yang beriman itu tidak akan berdusta di sisi ALLAH.”

“Tanyalah apa yang ingin engkau tanyakan,” kata Khalid.

“Apakah ALLAH menurunkan kepada NabiNya Muhammad SAW sebuah pedang dari langit kemudian diberikannya kepadamu sehingga jika kamu pakai pedang itu untuk berperang, pasti kamu akan menang?”

“Tidak!” Jawab Khalid.

“Apakah sebabnya kamu digelar dengan Saifullah (Pedang ALLAH)?” Tanya George.

Khalid menjawab: “Ketika ALLAH SWT mengutus Nabi Muhammad SAW, seluruh kaumnya sangat memusuhinya termasuk juga aku, aku adalah orang yang paling membencinya. Setelah ALLAH SWT memberikan hidayahNya kepadaku, maka aku pun masuk Islam. Ketika aku masuk Islam Rasulullah SAW menerimaku dan memberi gelaran kepadaku “Saifullah” (pedang ALLAH).”

“Jadi tujuan kamu berperang ini untuk apa?” Tanya George.

“Kami ingin mengajak kamu supaya bersaksi bahawa tidak ada Tuhan melainkan ALLAH dan Muhammad itu adalah utusan ALLAH dan kami juga ingin mengajak kamu untuk mempercayai bahwa segala apa yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW itu adalah benar.” Jawab Khalid.

George bertanya: “Apakah hukumannya bila orang itu tidak mau menerimanya?”

Jawab Khalid: “Hukumannya adalah harus membayar jizyah, maka kami tidak akan memeranginya.”

“Bagaimana kalau mereka tidak mau membayar?” Tanya George.

“Kami akan mengumumkan perang kepadanya,” kata Khalid bin Walid.

George bertanya: “Bagaimanakah kedudukannya jika orang masuk Islam pada hari ini?”

Khalid menjawab: “Di hadapan ALLAH SWT, kita akan sama semuanya, baik dia orang yang kuat, orang yang lemah, yang dahulu maupun yang kemudian masuk Islam.”

“Apakah orang dahulu masuk Islam kedudukannya akan sama dengan orang yang baru masuk?” Tanya George.

Khalid menjawab: “Orang yang datang kemudian akan lebih tinggi kedudukannya dari orang yang terdahulu, sebab kami yang terlebih dahulu masuk Islam, menerima Islam itu ketika Rasulullah SAW masih hidup dan kami dapat menyaksikan turunnya wahyu kepada baginda.

Sedangkan orang yang masuk Islam kemudian tidak menyaksikan apa yang telah kami saksikan. Oleh karena itu siapa saja yang masuk Islam yang datang terakhir maka dia akan lebih mulia kedudukannya, sebab dia masuk Islam tanpa menyaksikan bukti-bukti yang lebih meyakinkannya terlebih dahulu.”

George bertanya: “Apakah yang kamu katakan itu benar?”

“Demi ALLAH, sesungguhnya apa yang aku katakan itu adalah benar,”jawab Khalid. George berkata: “Kalau begitu aku akan percaya kepada apa yang kamu katakan itu, mulai saat ini aku bertaubat untuk tidak lagi memusuhi Islam dan aku menyatakan diri masuk ke dalam agama Islam, wahai Khalid tolonglah ajarkan aku tentang Islam.”

Lalu Khalid bin Walid membawa George ke dalam kemahnya, kemudian menuangkan air ke dalam timba untuk menyuruh George bersuci dan mengerjakan sholat dua rakaat.

Ketika Khalid bersama dengan George masuk ke dalam kemah, maka tentara Romawi mengadakan serangan besar-besaran terhadap pertahanan umat Islam.

Setelah selesai mengerjakan sholat, maka Khalid bin Walid bersama dengan George dan kaum Muslimin lainnya meneruskan peperangan sampai matahari terbenam dan di saat itu kaum Muslimin mengerjakan sholat Dzuhur dan Asar dengan isyarat saja.

Dalam pertempuran itu, George yang telah bergabung dengan barisan kaum Muslimin itu terbunuh, dan dia hanya baru mengerjakan sholat dua rakaat bersama dengan Khalid bin Walid. Walaupun demikian, ia telah menyatakan keIslamannya dan berjanji untuk tidak akan kembali lagi kepada agama lamanya. Semoga ALLAH menempatkan George ke dalam golongan orang-orang yang mati syahid. Amin.

Menjadikan Kuliah Sebagai Ibadah

Dalam masyarakat, termasuk di kalangan ulama-ulama serta mubaligh-mubalighnya, sepertinya telah menjadi darah daging sebuah pernyataan iaitu: "Kejarlah akhirat, tapi kejar pula dunia. Fifty-fiftylah, 50% untuk dunia, 50% untuk akhirat". Pada mereka yang berfahaman fifty-fifty ini hanya dengan melaksanakan sembahyang, haji, puasa, doa, baca Al Quran itu saja yang dikiranya amalan akhirat. Sedangkan bila bertani, berdagang, berkebun, berternak, menjadi pejabat, pekerja pabrik, memimpin masyarakat dianggap sebagai amalan dunia. Dengan demikian amalan dunia itu tidak perlu lagi diselaraskan dengan ajaran Islam. Seolah-olah amalan dunia dan amalan akhirat itu terpisah. Perkara dunia sendiri, perkara akhirat sendiri.

Kekeliruan ini perlu dibetulkan. Mari bersama-sama kita kaji ketidakbenaran dalam memberikan pengertian dunia dan akhirat. Sebelum itu, mari kita lihat pengertiannya yang sebenarnya satu persatu.

Apa itu dunia? Dunia yang dimaksudkan di sini ialah sesuatu yang dibuat atau dikerjakan yang tidak mendatangkan pahala di akhirat atau tidak mendapat keredhoaan ALLAH SWT.

Apa itu akhirat? Akhirat ialah sesuatu perkara yang dibuat atau yang dikerjakan sehingga kita mendapat pahala dan ganjaran atau mendapat keredhaan ALAH SWT. Amalan atau pekerjaan akan menjadi amalan akhirat bila mengikuti lima syarat berikut:

1. Niatnya betul.
2. Perkara yang hendak dilakukan tidak melangar syariat
3. Pelaksanaan mengikuti syariat
4. Hasilnya tidak digunakan untuk hal yang melanggar syariat
5. Tidak meninggalkan ibadah asas dalam ajaran Islam (Shalat, Puasa, Zakat).

Tegasnya, sesuatu perkara atau pekerjaan yang kita laksanakan akan jadi amalan akhirat (diberi pahala) bila memenuhi lima syarat tadi. Jika sebaliknya, jadilah amalan itu sebagai amalan dunia. Artinya tidak mendapat keredhaan ALLAH SWT (ia tidak dapat pahala). Bahkan adakalanya amalan tersebut bisa membawa kepada dosa.

Sekarang kita lihat bagaimana kegiatan kuliah yang kita jalani bisa menjadi sebuah ibadah kepada ALLAH dan menjadi amalan akhirat.

1. Niatnya betul Niat yang benar dalam menuntut ilmu adalah untuk merasakan kebesaran Tuhan. Boleh juga berniat untuk melepaskan diri dari kebodohan atau menuntut ilmu fardhu kifayah sehingga dapat menyelesaikan masalah umat Islam dalam bidang ekonomi, sains dan teknologi, dan seni budaya. Jangan belajar karena menginginkan gaji, nama atau pangkat, untuk bermegah-megah dan ingin masyhur. Ketika diniatkan besok kalau lulus bisa kerja di perusahaan multi nasional dan bisa dapat gaji, maka kuliah selama 4 tahun (kalau lancar) hanya akan jadi amalan dunia dan tidak akan berarti apa-apa di akhirat.

2. Ilmu yang dipelajari mesti sah mengikut syariat dan tidak melanggar syariat. Contohnya: ilmu usuluddin, fiqih, kedokteran, engineering, pertambangan, dan lain-lain. Jangan belajar ilmu yang haram seperti ilmu sihir.

3. Pelaksanaannya mengikuti syariat Islam. Umpamanya tidak bergaul bebas lelaki Perempuan, tidak membuka aurat.

4. Hasil dari belajar tadi, ilmunya digunakan untuk manfaat diri dan masyarakat. Masyarakat jadi cerdik dan tidak jahil dengan adanya mereka. Baik dengan lahirnya pakar-pakar dalam Ilmu Islam atau ilmu kemahiran seperti engineer, perawat, dokter, guru, peneliti, dan berbagai spesialisasi lainnya. Dengan demikian, semua ini dapat membantu membangun syiar Islam di semua aspek kehidupan dan Islam akan jadi mulia dengan adanya ahli-ahli ilmu yang bertanggungjawab.

5. Dalam belajar tadi, jangan sampai meninggalkan ibadah-ibadah yang asas seperti mempelajari ilmu fardhu ain, sembahyang, dan puasa. Terkadang, karena sibuk belajar dalam kuliah atau mengerjakan tugas, shalat kita lalaikan atau dilaksanakan di akhir waktu. Jika demikian adanya, walaupun 4 syarat terdahulu sudah dapat dilaksanakan tetapi ketika syarat terakhir ini diabaikan maka belajar kita hanya akan jadi amalan dunia saja.

Taqwa, Aset Perjuangan Islam

Pada zaman khalifah Umar bin Khattab, beliau pernah suatu ketika memerintahkan pasukannya ke medan perang sambil berpesan: “Aku lebih takut dosa-dosamu dari pada musuh-musuhmu. Karena kalau kamu berdosa maka ALLAH akan membiarkan kamu kepada musuh-musuhmu “.

Kemudian pada suatu peperangan tentara Islam pernah tidak menang dan tidak kalah selama tiga bulan pertempuran. Ketika sayidina Umar bin Khattab tahu hal itu maka beliau pergi memeriksa pasukannya.

Ternyata didapati mereka sudah tidak halus taqwanya. Mereka lalai bersugi (menyikat gigi) dan tidak meluruskan shaf-shaf shalat. Dan setelah hal-hal tersebut diperbaiki maka pasukan Islam pun dengan mudah memenangkan peperangan itu. Kalau kita lihat, baru tidak menyikat gigi dan tidak lurus shaf pun ALLAH hukum dan tidak membantu.

Apalagi kalau pejuang-pejuang Islam tidak shalat, membuka aurat, melakukan riba, bergaul bebas, jatuh-menjatuhkan, menjelekkan, tamak dan berebut kuasa.

Fikir-fikirkanlah....

Monday, March 8, 2010

JAWATAN ADALAH AMANAH BERAT DI HARI KIAMAT

Jawatan adalah amanah besar yang terpaksa dipikul di dunia, dan ia terpaksa pula menjawab dihadapan Allah di hari akhirat, maka selayaknya seseorang itu menangis dengan jawatan yang dipegangnya.

Bukan menangisi bila ia tidak dipilih; bahkan kalaulah kita menyedari betapa beratnya amanah ini, nescaya kita akan mengucapkan 'terima kasih' kepada sahabat yang tidak memilihnya, kerana mereka telah menolong meringankan kita di hadapan Allah di akhirat.

Mari kita meneliti pesanan Rasulullah s.a.w. kepada Abu Zar al-Ghifari yang datang memohon jawatan kepada Rasulullah s.a.w.;

"Wahai Abu Zar, kamu lemah sedangkan jawatan yang kamu minta ini adalah amanah. Dan dengannya (jawatan) kelak di hari akhirat kamu akan menyesal dan dukacita; melainkan kamu ambil kerana kamu layak memikulnya, dan kamu tunaikan pula amanah itu."
Abu Zar adalah sahabat nabi yang pernah pengsan kerana takutkan Allah, jauh berbeza dengan kita hari ini.
Sabdanya lagi: "Mana-mana pemimpin yang mengkhianati rakyatnya, maka ia di dalam neraka." (Riwayat Tabrani)

Sebenarnya terlalu banyak hadis yang sangat menggerunkan bagi orang yang memikul amanah, namun dikhuatiri akan tiada orang yang sanggup menerima jawatan yang diamanahkan kepadanya, maka memadailah dengan peringatan ini, menyebabkan ia takut untuk menerima jawatan yang diberi.

Antara menerima dan menolak amanah memimpin

Lalu ada yang bertanya kalau demikian, apakah kita harus biarkan jawatan disandang oleh orang yang tidak layak untuk menguruskan organisasi kita. Kita melihat tidak timbul soal tidak layak, kerana semua pendokong kepimpinan yang ada adalah mereka yang sangat layak memikulnya.
Kita hanya memilih yang terbaik dari yang baik-baik, kerana itu sifat yang ada kepada kita adalah tidak melampau dalam mengharapkan jawatan untuk dimenangi, sehingga sekiranya kita tidak terpilih kita melakukan sesuatu diluar adab berjamaah, sehingga tindakan kita tidak menguntungkan jamaah bahkan menyusahkan jamaah.

Kalau diperingkat awal kita menyatakan 'saya hanya menawar diri', apa makna kalau kita tewas atau tidak dipilih kita rasa kecewa, melarikan diri dari jamaah, mendiamkan diri, mengharapkan dalam hati agar yang menang gagal dan kerjanya, bahkan lebih malang lagi kita mengambil sikap memusuhi pesaing kita.

Pendokong jamaah harus sedar dengan perangkap syaitan dan hawa nafsu yang sangat licik, untuk merosakkan dirinya dan menjauhkannya dari perjuangan Islam. Lantaran itu ucaplah tahniah kepada pesaing kita yang menang dan katakan kepadanya: "Tahniah atas kejayaan anta demi jamaah, dan ana akan bantu anta dalam urusan ini". Kata-kata begini dan seumpamanya akan melemahkan hawa nafsu jahat dan mengecewakan syaitan dari merosakkan kita.

Jawatan bukan untuk direbut

Jawatan bukanlah sesuatu yang perlu direbut, tetapi menerima penyelesaian secara syura adalah baik. Sama ada untuk jamaah atau untuk diri penerima jawatan.

Kita perlu menyedari bagaimana Baginda Rasulullah s.a.w. mengingatkan kita:
"Sesiapa yang menghendaki jawatan, sedang jamaah tidak meredainya, maka ia tidak akan ditolongi Allah dalam mengatasi masalahnya, dan sesiapa yang menerima jawatan sedang jamaah mengharapkannya, maka Allah akan membantunya dalam segala urusannya." (mafhum dari Hadis rasulullah s.a.w.)

Menerima kaedah syura bermakna redha dengan keputusan yang dibuat oleh jamaah ke atas diri kita, dan tidak dianggap redha seandainya kita meluahkan rasa kecewa di luar majlis itu. Demikian juga adalah malang bagi pimpinan seandainya menyatakan bangkangan kepada apa yang telah diputuskan oleh jamaah.

Apa makna berada dalam jamaah seandainya kita tidak boleh redha dengan keputusan jamaah? Lebih malang lagi bilamana kita merasa bahawa kita lebih penting dari jamaah atau merasai jamaah akan lemah kerana tiadanya kita.

Tidak boleh lari dari amanah

Menolak sesuatu jawatan yang diamanah juga merupakan suatu yang bertentangan dengan sifat jamaah. Seseorang pendokong jamaah hendaklah meletakkan kepentingan jamaah lebih dari kepentingan dirinya dan keluarganya, kerana itu ia tidak boleh lari dari menerima jawatan yang diamanah kepadanya.

Kita bukan berhadapan dengan budaya merebut jawatan, sebaliknya kita berhadapan dengan sikap ahli yang tidak mahu menerima jawatan. Sikap ini juga tidak membantu jamaah dalam membina kekuatan.

Terkadang sikap ahli dan sebahagian pendokong jamaah yang enggan menerima jawatan diamanahkan kepadanya, menyebabkan timbul dua keadaan:

1) Jamaah kehilangan tenaga yang berwibawa, dan keadaan ini melambatkan kejayaan dalam perjuangan Islam.

2) Tindakannya mendedahkan jamaah kepada mehnah, fitnah sama ada akan ada yang menganggap jamaah membelakangkan orang yang dianggap layak; atau ia menjadi golongan yang suka komplen dan kritik kelemahan jamaah. Kerana mereka yang berada diluar padang sangat senang mengkritik pemain yang bermengah-mengah di tengah padang.

Saturday, March 6, 2010

CERAMAH MAULIDURRASUL/ISU SEMASA&SENSASI TERKINI


CERAMAH PERDANA

TARIKH: 7 MAC 2010

HARI: AHAD

MASA: SELEPAS MAGHRIB

TEMPAT: SURAU AL-IKHLAS BDR SG BUAYA RAWANG

PENCERAMAH: AL-FADHIL USTAZ NAZMI ABDUL KARIM
(PENCERAMAH BEBAS DARI TTDI JAYA)

TAJUK: ISU SEMASA/ ISU SENSASI TERKINI /MAULIDURRASUL

SELURUH MUSLIMIN MUSLIMAT DI JEMPUT HADIR UNTUK MENAMBAHKAN ILMU PENGETAHUAN DUNIA DAN AKHIRAT

Wednesday, March 3, 2010

Fudhail bin Iyadl At-Tamimy

Profil ulama akhirat, zuhud, wara', dan tidak rakus kekuasaan

Beliau adalah keturunan Bani Yarbu', biasa dipanggil dengan Abu Ali. Lahir di kota Khurasan. Setelah dewasa ia pindah ke Kufah dan belajar hadits di sana serta memperbanyak ibadahnya. Kemudian pindah ke Makkah dan wafat di sana.

Ishaq bin Ibrahim berkata, "Setiap malam, beliau menghamparkan tikar di dalam masjid, lalu melakukan shalat malam. Apabila mengantuk, beliau tidur sebentar, kemudian bangun dan melakukan shalat lagi. Apabila mengantuk, beliau tidur sebentar lalu bangun dan melakukan shalat lagi. Begitulah yang beliau lakukan sampai datang waktu shubuh."

Ishaq berkata lagi, "Aku mendengar Fudhail r.a. berkata, 'Apabila kamu tidak mempu melakukan shalat malam dan puasa di siang hari, maka ketahuilah, bahwa kamu adalah orang yang terhalang dari rahmat Allah, dan terbelenggu oleh kemaksiatanmu."

Diceritakan oleh Fadhl bin Rabi', bahwa pernah suatu tahun, khalifah Harun Ar-Rasyid melaksanakan haji. Lalu ia mendatangi Fadhl bin Rabi'. Kemudian mereka berdua mendatangi beberapa ulama untuk bertanya. Ternyata para ulama tersebut menyatakan bahwa sebaiknya khalifahlah yang memanggil mereka dan mereka datang, bukan khalifah yang datang kepada mereka. Pun para ulama, tersebut mau diberi hadiah oleh khalifah, dan hutang-hutang mereka dilunasi.
Lalu tibalah mereka berdua di rumah Fudhail bin Iyadl r.a. Khalifah berkata kepadanya, "Ambillah hadiah ini". Jawab Fudhail r.a., "Sesungguhnya ketika Umar bin Abdul Aziz memegang khilafah (kerajaan), beliau mengundang beberapa ulama untuk diajak musyawarah. Beliau berkata kepada mereka, 'Aku telah diuji Allah dengan ujian yang berat. Maka berilah aku pendapat'. Sesungguhnya Umar bin Abdul Aziz menganggap memegang kekuasaan adalah suatu ujian. Tetapi kamu dan para pejabat lainnya menganggapnya sebagai nikmat.
Diantara para ulama tersebut ada yang berkata kepada beliau, 'Jika kamu ingin selamat dari adzab Allah SWT, maka cintailah Muslimin sebagaimana kamu mencintai dirimu, dan bencilah mereka sebagaimana kamu membenci dirimu sendiri'. Sesungguhnya aku mengkhawatirkan kamu tentang suatu hari yang waktu itu banyak kaki-kaki terpeleset (masuk neraka). Maka, adakah orang yang memberimu pendapat?"

Mendengar itu, Harun Ar-Rasyid menangis histeris, dan berkata kepada Fudhail r.a., "Tambahilah nasehatmu kepadaku". Fudhail berkata, "Sesungguhnya Abbas, paman Rasulullah SAW pernah meminta jabatan kepada beliau. Maka Rasulullah SAW bersabda, 'Sesungguhnya kepemimpinan adalah kesengsaraan dan penyesalan di hari kiamat. Jika kamu bisa menolak supaya tidak jadi pemimpin, maka lakukanlah".
Harun Ar-Rasyid menangis lagi, dan meminta tambahan nasehat seperti tadi. Fudhail r.a. berkata, "Hai orang yang tampan rupa, esok pada hari kiamat, Allah SWT akan meminta pertanggungjawabanmu tentang rakyatmu. Maka jika kamu dapat menjaga wajahmu itu dari neraka, maka lakukanlah, dan janganlah menipu rakyatmu, karena Nabi SAW bersabda, 'Barangsiapa yang masuk waktu pagi dalam keadaan menipu, maka ia takkan mencium bau syurga".
Khalifah menangis lagi, dan bertanya, "Apakah kamu punya hutang, sehingga saya dapat melunasinya?" Fudhail menjawab, "Ya, saya punya hutang kepada Rabbku. Ia akan menanyakan tentang hutang itu. Celakalah aku jika Rabbku menanyaiku. Celakalah aku, jika Ia membicarakannya". Khalifah berkata, "Ini ada seribu dinar. Terimalah buat nafkah keluargamu, dan untuk memperkuat ibadahmu". Fudhail r.a. berkat, "Subhanallah, aku telah menunjukimu pada jalan keselamatan, tapi engkau malah memberiku imbalan seperti ini. Semoga engkau diselamatkan Allah SWT".
Lalu keluarlah khalifah dari rumah tersebut, sambil berkata kepada Fadhl bin Rabi', "Jika kau menunjukkan kepadaku seorang alim, maka tunjukkanlah aku pada orang yang seperti ini (Fudhail)".
Fudhail bin Iyadl r.a. wafat pada tahun 687 H. Semoga Allah merahmatinya, amiin . . . . .

(Disarikan dari Shifatu Ash-Shofwah, 11/159-164).

REBUTLAH PANGKAT ISTERI SOLEHAH

Hmmm....tak mudah rupanya...tapi tak susah sebenarnya..

Allah swt Maha Pemurah dan Penyayang ke atas hamba-hambanya. Bagi kaum wanita ada 4 tiket untuk mereka masuk ke syurga, iaitu apabila mereka berjaya menjaga sembahyang fardhu, puasanya di bulan Ramadhan, ketaaatan kepada suami dan kehormatannya. Melalui empat perkara ini juga menyebabkan seseorang wanita itu boleh mencapai taraf solehah dan bertaqwa.

Begitu Penyayangnya Allah kepada insan yang bergelar wanita. Tetapi cuba kita renungkan kembali sejauh manakah kita telah berjaya meraih keempat-empat perkara ini dengan sebaik-baiknya. Sembahyang fardhu kebanyakannya tidak khusyuk. Semasa bersembahyang sahaja aurat ditutup tetapi selepas itu kita kembali dengan pakaian yang mendedahkan aurat. Puasa kita sekadar menahan lapar dan dahaga tetapi mulut masih mengumpat. Ketaatan kepada suami dibuat sambil lewa malah suami kadangkala dijadikan seperti lembu yang diikat hidungnya dengan tali (disuruh membuat itu dan ini). Ada yang menjadi pelacur dan menjual maruahnya untuk mendapatkan wang.

Sepatutnya kita kena banyak menangisi diri yang gagal menunaikan amanah Allah itu. Rasulullah selepas di Isyrak Mikrajkan, baginda tidak henti-henti menangis kerana terlalu amat sedih dan sentiasa berdoa kepada Allah swt supaya kaum wanita dan umat-umat yang disayanginya diselamatkan dari azab api neraka. Bayangkanlah, baginda saksikan bahawa di dalam neraka itu 75% adalah terdiri dari kaum Hawa. Badan-badan kita akan disambar oleh api neraka dan terbakar rentung dan akan diperbaharui lagi daging-daging tubuh lalu dibakar lagi hingga mengikut sebanyak mana dosa yang telah kita lakukan itu. Beruntunglah bagi mereka-mereka yang beramal soleh. Wanita-wanita yang solehah akan disambut oleh 'wildan-wildan'nya (suami) diiringi dan serta diperelokkan kedudukannya di dalam syurga.

Bila diceritakan mengenai peribadi wanita bertaqwa dan solehah pastilah mereka-mereka ini mendapat pendidikan agama yang secukupnya. Bila ilmu telah dipelajari lantas terus diamalkannya. Maka jadilah mereka insan-insan yang terdidik untuk mentaati segala perintah Allah dan menjauhkan segala larangannya. Orang-orang yang banyak menangis kerana takutkan neraka Allah. Orang-orang yang sanggup berkorban apa saja demi kepentingan hari akhirat. Orang-orang yang sanggup hidup susah dengan berbagai ujian dan rintangan; tidak putus asa serta selalu ingat mati demi rindunya mereka untuk melihat wajah Allah swt dan Rasulullah.

Rebutlah pangkat wanita solehah yang bertaqwa kerana ianya tidak dapat dijual beli dengan dunia ini. Malahan tarafnya jauh lebih tinggi jika dibandingkan dengan apa jua pangkat nilaian di dunia ini. Semua kemegahan-kemegahan dunia ini tidak kekal lama dan biasanya kalau seseorang itu telah pencen ia akan kesepian dan dilupakan.

Seorang isteri yang solehah, dia akan melayani suaminya begitu baik sekali sebab itu merupakan tuntutan yang telah diwajibkan ke atasnya untuk dilaksanakan setelah diikat dengan ikatan ijab dan kabul. Inilah perbezaannya taraf seorang isteri dengan seorang pelacur di mana dia juga memberikan layanan yang baik kepada pelanggannya. Tetapi layanannya itu atas dasar untuk mendapatkan wang. Manakala seorang isteri yang solehah setiap perkara yang dilakukan semata-mata untuk mentaati Allah, demi untuk mendapat keredhaan-Nya.

Bila suami berhajat, hendaklah segera mendapatkannya dan tinggalkan kerja-kerja yang sedang dilakukan. Hiasilah diri dengan pakaian yang menarik, bersolek dan memakai bau-bauan. Jangan bimbangkan anak-anak yang menangis ketika itu kerana para malaikat sentiasa menjaga mereka sehingga kita selesai menunaikan amanah Allah terhadap suami kita dan mereka mendoakan semoga kita dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. Generasi yang bakal mengamankan dunia!

Ramai juga kaum wanita hari ini berjaya melayani suaminya dengan baik tapi bila saja suami sebut hendak kahwin seorang lagi dia mula tarik muka empat belas, hempas itu, hempas ini malah boleh jadi perang besar. inilah yang dinamakan cinta nafsu. Dia mahu dia seorang sahaja menguasai kasih sayang suami. Padanya bermadu itu suatu yang hina dan tidak mengapa kalau si suami memiliki perempuan simpanan walau sebanyak manapun.

Seorang isteri yang bertaqwa, dia tidak peduli samada hidupnya terpaksa bermadu dua, tiga atau empat sekalipun sebab itu bukan urusannya malah sebuah ketentuan dari Tuhan untuk menguji sejauh mana keikhlasannya melayani suami. Dia tidak akan ambil kisah sekiranya suaminya mengecilkan hatinya malah di hati kecilnya akan sering berkata, "Ini tugas aku dengan Allah, aku mesti laksanakan". Akhirnya tidak timbul perkelahian bila bermadu bila setiap isteri telah faham dengan kedudukannya.

Hanya isteri solehah saja yang gembira bila dimadukan sebab suaminya telah menyelamatkan seorang lagi hamba Allah bila dikahwinkan. Bila seseorang itu telah berkahwin, InsyaAllah sembahyangnya akan lebih khusyuk kerana sebagagian dari agamanya telah diselamatkan. Di samping itu berkahwin juga boleh melembutkan hati dan menenangkan fikiran.

Untuk mencapai makam isteri yang solehah dan bertaqwa bukanlah semudah yang diucapkan. Kita mesti berusaha untuk mengikis sebanyak mungkin mazmumah yang terdapat dalam diri dan selalu berharap kepada Allah supaya dimasukkan sifat-sifat mahmudah dan dibantu ketika sedang bermujahadah di dalam menghadapi berbagai ujian.

Pecahkan hati dengan banyak menangis, bukan menangis kerana sayangkan harta dunia, takut dimadu dan sebagainya tetapi menangislah kerana takutkan azab Allah yang sangat pedih dan selalulah berindu-rindu untuk melihat wajah Allah. Sesiapa yang merindui Allah, Allah juga akan merinduinya dan Rasullah akan memberi syafaat kepada sesiapa yang merinduinya dan mereka akan bersama-samanya di dalam syurga kelak.

Banyakkan berselawat kepada baginda. Hanya baginda saja yang diberi keistimewaan untuk mengenali umat-umatnya sedangkan nabi-nabi lain gagal berbuat demikian. Berkat umat-umatnya yang bersungguh-sungguh menjaga tujuh anggota lahirnya (mata, telinga, perut, kemaluan, mulut, kaki dan tangan) dari berbuat maksiat dan mengamalkan sungguh-sungguh lima hukum (wajib, sunat, makruh, halal dan haram) yang telah Allah tetapkan. Hanya mereka-mereka ini sajalah yang akan bercahaya-cahaya di Padang Mahsyar kelak dan dipimpin oleh Rasulullah untuk menuju ke syurga.

Amanah Jangan Dikhianati

Amanah merupakan suatu perkara yang sangat penting dalam kehidupan manusia. Ia menentukan masa hadapan sesebuah masyarakat. Semua peranan yang dimainkan oleh setiap individu berkisar AMANAH yang telah diletakkankan ke atas dirinya.

Manusia tidak boleh melepaskan dirinya dari menunaikan amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepadanya oleh kehendak-kehendak kehidupan. Salah satu daripadanya ialah urusan-urusan pentadbiran yang merupakan satu urusan yang mesti dipelihara dan dikawal tanpa dicemari oleh unsur-unsur yang merosakkan.

Setiap individu bertanggungjawab untuk memperbaiki sebarang kerosakan yang berlaku dalam urusan pentadbiran kerana itu adalah satu amanah yang dipikulkan kepadanya. Setiap orang mesti menunaikan amanah kepada Tuhannya, dirinya, keluarganya, majikannya, negaranya dan masyarakat seluruhnya.

Khalifah Umar bin Abdul Aziz adalah salah seorang daripada khalifah kerajaan Bani Umayyah yang terkenal dengan sifat amanahnya. Pada suatu malam ketika Baginda sedang tekun menyiapkan kertas rasminya dalam bilik istana, tiba-tiba salah seorang puteranya telah masuk untuk membincangkan suatu hal yang berhubung dengan urusan keluarga. Setelah puteranya duduk, baginda pun memadamkan lampu yang berada di atas meja yang digunakan oleh baginda ketika baginda bekerja pada malam itu.Puteranya merasa hairan lalu bertanya,

"Kenapa ayahanda padamkan lampu ini? Bukankah lebih baik kita berbincang di bawah cahaya lampu yang terang."

Khalifah Umar pun menjawab,"Benar katamu wahai anakku, tetapi engkau harus ingat, lampu yang sedang ayahanda gunakan untuk bekerja sebentar tadi adalah kepunyaan kerajaan, minyak yang digunakan itu dibeli dengan wang kerajaan, sedangkan perkara yang hendak kita bincangkan ini adalah urusan keluarga."

Kemudian baginda menyuruh seorang pelayan supaya membawa lampu yang lain dari dalam biliknya.Setelah lampu itu dinyalakan maka baginda pun berkata kepada puteranya,

"Sekarang lampu yang baru kita nyalakan ini adalah kepunyaan keluarga kita, minyaknya pun kita beli dengan wang kita sendiri. Sila kemukakan apa yang hendak anakanda bincangkan dengan ayahanda."

PERINGATAN:
-JANGAN KHIANATI AMANAH UNTUK KEPENTINGAN DIRI, KELUARGA DAN SUKU SAKAT-