SUMBANGAN / AMAL JARIAH

SUMBANGAN / AMAL JARIAH
jazakallahu khairan kathira

Friday, September 4, 2009

KENAPA MALAS KE MASJID/SURAU?


Assalamualaikum w.b.t

Muslimin dan Muslimat yang dirahmati dan dilindungi oleh Allah, khususnya jamaah kariah Surau Al-Ikhlas,Bandar Sg. Buaya dan penduduk di Bandar Sg Buaya Rawang Selangor Darul Ehsan.

Tulisan kali ini ingin menyentuh satu fenomena yang banyak melanda kita kaum muslimin. Ramai di antara kita apabila diajukan pertanyaan "kenapa tidak ke Masjid/Surau?". Jawapan yang diberikan ialah "saya sibuk". Betulkah kita sibuk? Atau ia hanya alasan untuk sebab yang lain? Jika kita terlalu sibuk, apakan daya. Pada hakikatnya semua kita bekerja dan dikejar oleh kesibukan.

Akan tetapi mengapa masih ramai di antara kita yang bekerja dan dikejar kesibukan masih mampu meluangkan masa untuk ke rumah Allah? (sekurang-kurangnya sekali seminggu). Jika mereka boleh, mengapa tidak kita ?

Bersama tulisan ini kita ingin mengajak Muslimin untuk sama-sama bertanya:-

Tanyakan diri kita – adakah kita terlalu sibuk (untuk urusan dunia) hinggakan pada hari cuti pun kita tak berkesempatan untuk mengunjungi rumah Allah.

Tanyakan diri kita – tidakkah boleh kita korbankan sedikit masa kita untuk bersama-sama jemaah lain memakmurkan Surau kita untuk solat berjamaah, mendengar kuliah/tazkirah, bersama2 dalam majlis ilmu.

Hanya diri kita sendiri yang mampu menjawab segala soalan ini. Apapun kita melihat hanya terdapat satu penyelesaian kepada fenomena "sibuk" yang kita perkatakan "hendak seribu daya, tak nak seribu cara".

Mulai hari ini marilah kita bermuhasabah memperbaiki diri. Marilah kita melakukan sedikit pengorbanan masa. Marilah kita pergunakan masa yang ada di dunia ini untuk menggandakan sebanyak mungkin pahala kebaikan untuk hari akhirat kita. Insya Allah.

Masjid/Surau adalah untuk kita; orang Islam. Semasa di masjid/surau kita akan dapat mengeratkan lagi tali sirahturahim dan berkenal-kenalan serta menambahkan lagi sahabat di kawasan kariah Surau al-Ikhlas Bandar Sg Buaya.

Kita akan senang hati apabila datang ke Surau al-Ikhlas yang mana para jumaahnya adalah orang yang "freindly" serta baik tambahan pula suasana surau yang ceria, penceramah yang berkaliber, menarik. Kita juga dapat menambah dan menimba ilmu serta mendapat pahala dari Allah Subahanahuwataala sebagai bekalan di mahsyar nanti, insyaallah.

Wassalam.

IKHLAS DARI:
PIHAK PENGURUSAN SURAU AL-IKHLAS,
BANDAR SUNGAI BUAYA, RAWANG,
SELANGOR DARUL EHSAN.