SUMBANGAN / AMAL JARIAH

SUMBANGAN / AMAL JARIAH
jazakallahu khairan kathira

Thursday, September 3, 2009

HUKUM TELAN KAHAK KETIKA PUASA


MUKADDIMAH

Banyak ditimbulkan persoalan berkenaan dengan kahak ketika puasa. Oleh itu saya amat kasihan kepada mereka yang ditimpa banyak kahak. Jadi disini saya bagitau secara ringkas hukum telan kahak ketika puasa.

DEFINASI

Kahak (Expectorate) adalah rembesan mukus yang keluar dari tekak samaada dengan cara senghaja atau tidak.

HUKUM MENELAN KAHAK MENURUT FUQAHA

Para ulama berselisih pendapat berdekenaan dengan hukum menelan kahak ketika puasa kepada dua pendapat:

PENDAPAT PERTAMA:

Menelan kahak tidak membatalkan puasa.
Ini pendapat Mazhab Hanafi, pendapat muktamad dalam mazhab Maliki dan satu riwayat dalam Mazhab Hambali.

DALIL

Mereka menyamakan dengan hukum menelan air liur.

PENDAPAT KEDUA

Menelan kahak membatalkan puasa.
Ini pendapat mazhab Syafie dan mazhab Hambali.

KESIMPULAN

Seeloknya kita ikut pendapat yang mengatakan kahak membatalkan puasa, untuk keluar dari kancah khilaf. Lebih-lebih lagi ramai diantara kita yang bermazhab Syafie. Namun sekiranya seseorang itu memang kahaknya tidak putus-putus dan amat sukar untuknya sentiasa membuang kahak, maka bolehlah dia mengikut mazhab Hanafi dan Maliki yang mengatakan menelan kahak itu tidak membatalkan puasa.

Rujukan: Mausuah Tibbiah Feqhiah oleh Dr Ahmad Kan'an dan Mausuah Feqhiah (Kuwait).

IBNU MUSLIM: ALHAMDULILLAH, TAK TAHU BERTANYA..INSYAALLAH SEMOGA PUASA KITA DITERIMA ALLAH..BERPUASALAH DENGAN BERILMU...WALLAHUA'LAM