
Buang cinta dunia bukan bererti membuang atau menolak dunia. Dunia itu perlu dalam kehidupan. Dunia itu adalah wadah untuk menuju akhirat. Yang dikehendaki adalah menggunakan dunia itu dengan sebaik mungkin, tetapi hati tidak jatuh cinta dengannya. Hati tidak terpaut dengan dunia. Mudah sahaja dunia itu boleh dilepaskan. Dunia itu tidak mempengaruhi hati sehingga lalai daripada Tuhan. Dunia itu tidak memesong hati daripada cinta Tuhan.
Apakah tanda-tanda seseorang itu sudah cinta dunia, mari kita lihat
contoh-contohnya:
1. Bila tiba waktu sembahyang, seseorang itu dengan sengaja melewat-lewatkan
sembahyang kerana lebih mengutamakan kerjanya.
2. Orang yang suka pada jawatan malah berebut-rebut untuk menjadi pemimpin
3. Orang yang kaya tetapi bakhil untuk mendermakan hartanya untuk tujuan
kebaikan
4. Orang yang suka membazir pada barang-barang yang tidak perlu
5. Membuat kerja dengan mengharapkan pujian dan sanjungan orang
6. Membiarkan jiran-jiran dalam serba kekurangan padahal diri dan keluarga
hidup dalam bermewah-mewahan
7. Sangat cinta pada diri sehingga mudah merajuk dan sakit hati bila dirinya
ditegur dan dimarahi atas kesilapan yang dilakukannya
Moga-moga kita terhindar daripada cinta dunia dan menjadi orang yang hatinya
mencintai Tuhan. Sekian.
Wallahu'alam
Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM