SUMBANGAN / AMAL JARIAH

SUMBANGAN / AMAL JARIAH
jazakallahu khairan kathira

Friday, November 6, 2009

Waktu mustajab pada solat Jumaat.

Nabi s.a.w bersabda:

فيها ساعة لا يوافقها عبد مسلم وهو قائم يصلي يسأل الله شيئا إلا أعطاه


Maksudnya: “Pada hari Jumaat terdapat waktu yang mana Allah akan menerima permintaan seorang hamba yang muslim yang berdiri solat dan meminta sesuatu kepada Allah.” (Hr Bukhari dan Muslim)

Terdapat perselisihan berkenaan dengan waktu mustajabnya doa pada hari Jumaat berdasarkan hadis2 yang datang seperti berikut:

Pertama: Diantara Imam duduk diantara dua khutbah sehinggalah habis solat Jumaat. (Hr Muslim-sahih)

Kedua: Setelah selesai khutbah sehinggalah habis solat Jumaat imam. (Hr Tirmizi – Dhoif)

Ketiga: Waktu yang akhir dalam waktu asar. (Hr Abu Daud – sahih)

Keempat: Selepas solat asar sehinggalah terbenam matahari. (Hr Tirmizi – Hasan)

Abu Bakr al-Athram berkata:

“Hadis2 ini tidak lari daripada dua perkara: 1. Samaada sebahagian hadis ini lebih sahih daripada sebahagian yang lain. 2. Ataupun samaada waktu mustajabnya doa berpindah dari satu ke satu masa seperti berpindahnya malam qadar diantara 10 malam yang terakhir.”

Jika dikira dari segi kekuatan sanad hadis yang diriwayatkan Imam Muslim paling kuat.

Rujukan: Mukhtasar Minhajul Qasidin oleh Ibnu Quddamah al-Maqdisi dan Tahzibut Targib Wat at-Tarhib.