SUMBANGAN / AMAL JARIAH

SUMBANGAN / AMAL JARIAH
jazakallahu khairan kathira

Friday, November 6, 2009

Hukum Bersalam Selepas Solat

Al-Izz bi Abdus Salam berkata:

"Sesungguhya bersalaman selepas solat adalah daripada bida'ah yang diharuskan, tidak dikatakan makruh dan tidak dikatakan sunat."

Imam Nawawi telah mengulas pendapat Imam 'Izz degan berkata:

"Dan apa yang dikatakan oleh beliau adalah baik. Pendapat yang terpilih adalah: sekiranya seseorang itu bersalaman dengan orang yang bersamanya (dia sudah berjumpa) sebelum solat maka hukumnya adalah harus seperti yang kami sebut. Dan sekiranya dia bersalaman dengan orang yang tidak bersamanya sebelum solat (datang lewat-orang dah solat-bersalam lpas solat) maka hukumnya adalah sunat kerana bersalaman ketika bertemu adalah sunat menurut persepakatan ulama berdasarkan hadis-hadis yang sahih."

selamat beramal