SUMBANGAN / AMAL JARIAH

SUMBANGAN / AMAL JARIAH
jazakallahu khairan kathira

Friday, November 6, 2009

Berjual beli ketika azan Jumaat

Larangan bermuamalat bermula dari azan yang kedua berkumandang.

Firman Allah s.w.t:

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman apabila dikumandangkangkan azan pada hari Jumaat hendaklah kamu segera untuk mendengar khutbah Jumaat dan meninggalkan jual beli. Demikian itu adalah lebih baik bagi kamu sekiranya kamu mengetahui.” ( 9 : al-Jummu’ah )

Daripada ayat ini ulama mazhab Syafie menyatakan haram kepada mereka yang wajib solat jumaat melakukan urusan muamalat sperti jual beli, hutang, sewa dan sebagainya yang melewatkan untuk hadir ke masjid yang diadakan khutbah dan solat Jumaat. Larangan ini bermula dari azan yang ke dua. Adapun azan yang pertama hanya makruh sahaja. Begitu juga orang yang tidak wajib solat jumaat sperti wanita dan lelaki yang bermusafir untuk berurusan sperti jual beli dan lainnya dengan orang yang wajib solat jumaat. Larangan ini sehinggalah habis solat jumaat.

Perhatian: Larangan ini banyak dilanggar manusia samada orang yang diwajibkan solat jumaat atau tidak. Mereka melakukan pelbagai perkara ketika sudah azan ke dua berkumandang. Wanita2 berjual beli atau urusan muamalah yg lain dengan lelaki yang diwajibkan solat Jumaat. Perkara ini adalah diharamkan. Malahan dalam mazhab Hanafi menyatakan pengharaman bermula dari azan pertama lagi. Pendapat ini disokong oleh Dr Wahbah az-Zuhaili.