Suasana di ruang tamu cukup mendamaikan. di hujung sini, Pak Man duduk bersimpuh. sampinnya dibetul betulkan. Tepak sirih dilteak di depan. Wakil pihak lelaki cukup segak hari itu. Husin anak Pak Man tidak datang. biasalah. majlis tunang. biasanya yang lelaki ditinggalkan.
Haji Husin senyum senyum memandang Pak Man di depannya. kenalan lama yang bakal menjadi besannya.
"Terima kasih kepada rombongan lelaki yang hadir hari ini. Syukur pada Allah, hajat yang baik dari pihak lelaki, kami sambut baik. bak kata orang, kecik tapak tangan, nyiru kami tadahkan."
Haji Husin sambung bicara. yang perempuan duduk di bahagian belakang rumah pasang telinga. dengar dengar bicara pihak lelaki di ruang tamu.
"Dah terlanjur pihak lelaki datang ni,bolehla kita bincangkan sekali semua yang sepatutnya… .."
++++++++++++++++
Mak Bedah yang duduk di penjuru tepi dinding buat muka pelik. telinganya mendengar sesuatu. Dibisiknya pada Mak Esah di sebelah
"psssttt… dah terlanjur rupenye… "
Mak Esah buat muka terkejut.
"Aini anak Pak Husin ni? pssttt… . Dah terlanjur anak pak Husin ni"
bisik Mak Esah pada Gayah Gigi Jongang di sebelahnya.
"Ya ke..Aku memang dah agak. tengok perangai pun tahu. psssttt… pssstttt… Aini tu dah ditebuk"
Makcik Maznah buat muka selamba.
"aku dah tahu dah. pssttt… pssttt… Cik Tom, Aini dengan budak laki tu dah terlanjur sebenarnya."
"Ish ish ish. budak zaman sekarang. tak macam kite dulu ye. pantang jejak kaki ke tanah. nak keluar kene mintak izin."
++++++++++++++++++
dan petang itu majlis selesai.
dan petang itu juga heboh cerita satu kampung.
p/s…hati2 semasa bercakap