Faedah mendirikan solat
1)Solat menjadikan seseorang terhalang dari melakukan perkara keji dan mungkar(al-Ankabut : 45)
Sesiapa yang ingin berhenti dari melakukan dosa dan kemungkaran mestilah memulakan langkah tersebut dengan mendirikan solat. Lama-kelamaan solat akan mengubah naluri seseorang dari kecenderungan untuk melakukan dosa kepada bencikan maksiat dengan sendirinya.
2)Solat adalah pra-syarat memperolehi taqwa. Taqwa pula menyebabkan seseorang mendapat barakah dari Allah (al-A’raaf : 96)
Dengan melazimi solat, Allah akan mengurniakan barakah terhadap kehidupan seseorang dan menjauhkannya dari kesulitan dan bencana hidup. Allah akan memberikan ketenangan hati dan kebahagian hidup didunia dan akhirat. Kebahagiaan bukanlah diukur berdasarkan jumlah pendapatan dan perbelanjaan, tetapi diukur berdasarkan barakah yang dikurniakan Allah.
3)Kesan seseorang yang sentiasa sujud mendirikan solat akan terpancar diwajahnya sebagai pengenalan orang beriman(al-Fath : 29)
4)Mendirikan solat merupakan pengampunan terhadap dosa yang dilakukan oleh seseorang hamba selagimana tidak melakukan dosa-dosa besar(Hud : 114)
Hidup seseorang sentiasa terdedah kepada dosa samada dalam keadaan sedar ataupun tidak. Manusia seringkali melihat , mendengar , mengucapkan atau memikirkan sesuatu yang tidak halal baginya. Maka Allah memberikan ruang pengampunan untuk kesemua dosa-dosa selain dosa besar dengan jalan mendirikan solat.
Tidaklah seseorang hamba itu mendirikan solat lima waktu, berpuasa dibulan Ramadhan dan mengeluarkan zakat serta menjauhi tujuh dosa-dosa besar melainkan akan dibuka kepadanya pintu-pintu syurga(Hadith R. al-Nasa’i)
Kesan meninggalkan solat
~Meninggalkan solat merupakan diantara sebesar-besar dosa yang melayakkan seseorang mendapat kehinaan didunia dan akhirat. Bahkan dosa meninggalkan solat lebih besar dari membunuh , merompak , berzina dan minum arak.(Ibn Qayyim : al-Solat wa hukmu taarikuhu)
~Meninggalkan solat beerti seseorang terlepas dari perlindungan Allah dan jaminan keselamatan di akhirat(H.R. Ahmad & Ibn Majah)
~Sesiapa yang meninggalkan solat asar sekali sahaja seolah-olah mendapat kerugian seperti orang yang tidak melakukan sebarang amalan sepanjang hari.(H.R. al-Bukhari)
~Meninggalkan solat menyebabkan seseorang mendapat kerugian dan keburukan yang sentiasa mendampinginya serta diancam dengan sebuah lembah yang jauh didalam neraka serta makanan-makanan yang buruk.(Tafsir Ibn katsir : Maryam : 59)
~Sesiapa yang meninggalkan solat, maka tercabutlah daripadanya tanda seorang Muslim serta dirinya disamakan dengan orang kafir. (H.R Muslim)