SUMBANGAN / AMAL JARIAH

SUMBANGAN / AMAL JARIAH
jazakallahu khairan kathira

Tuesday, October 4, 2011

Solat Jemaah Perisai Umat Islam


Assalamualaikum…
Solat

Solat Hajat

Ya Allah… Terharu rasanya melihatkan umat Islam ramai-ramai solat berjemaah bersama-sama. Tak cukup dengan terharu, gentar pun ada! Bayangkan, jika inilah fenomena umat Islam hari-hari, pasti kita akan semakin digentari oleh pihak kuffar! Pasti mereka tak akan berani untuk mempermainkan junjungan mulia Rasulullah dengan lukisan karikatur hinanya, mempermainkan syiar azan yang sememangnya lambang kekuatan umat Islam, menyembelih saudara-mara seislam kita di serata dunia, dan seribu satu macam lagi penghinaan yang tidak sempat kucoretkan.
Oleh itu duhai sahabat-sahabat seperjuangan sekalian, rajin-rajinkan lah diri kalian untuk sentiasa mengikuti jemaah di masjid-masjid, terutamanya tatkala solat Subuh. Manfaatkanlah usia, masa hidup kita dan kesihatan yang dikurniakan Allah kepada kita untuk sama-sama beristiqamah berjemaah di masjid. Ingat, umat Islam tak akan berjaya sekiranya kita semua culas untuk meredah dingin pagi melangkah ke masjid. Jangan lupa, kitalah generasi Islam yang bakal menggegarkan dunia! Kalau kita tak mampu nak kembali gemilangkan Islam, siapa lagi?
Sirru ala barakatillah!!!