“Tarbiyyah” bererti pendidikan (education). “Tarbiyyah Islamiyyah” bererti pendidikan yang membina dan membentuk manusia menyedari dirinya sebagai hamba Allah S.W.T. (`abd) dan khalifah di bumi.
Solat lima waktu berjama`ah, selain dari mendapat pahala berganda dua puluh tujuh atau dua puluh lima kali ganda, solat berjama`ah mempunyai kebihan yang banyak, terutama dalam membentuk individu dan masyarakat. Tegasnya solat berjama`ah beperanan besar dalam arina tarbiah Islamiyah, iaitu dalam pendidikan pendidikan Islam peringkat individu maupun pendidikan kemasyarakatan. Di antara peranan solat dalam agenda tarbiyah adalah seperti berikut:
(1) Aspek individu;
i. Mengelakkan dari gangguan syaitan, iaitu dorongan-dorongan yang membawa kepada mengabaikan perintah agama dan melakukan maksiat dan kemunkaran, samaada pada individu itu sendiri atau pada masyarakat. Dalil makksud ini ialah hadis Abu Darda’ yang diriwayatkan oleh Abu Daud seperti di atas dan juga hadis Anas r.a. dalam Sunan Abi Daud bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
Solat lima waktu berjama`ah, selain dari mendapat pahala berganda dua puluh tujuh atau dua puluh lima kali ganda, solat berjama`ah mempunyai kebihan yang banyak, terutama dalam membentuk individu dan masyarakat. Tegasnya solat berjama`ah beperanan besar dalam arina tarbiah Islamiyah, iaitu dalam pendidikan pendidikan Islam peringkat individu maupun pendidikan kemasyarakatan. Di antara peranan solat dalam agenda tarbiyah adalah seperti berikut:
(1) Aspek individu;
i. Mengelakkan dari gangguan syaitan, iaitu dorongan-dorongan yang membawa kepada mengabaikan perintah agama dan melakukan maksiat dan kemunkaran, samaada pada individu itu sendiri atau pada masyarakat. Dalil makksud ini ialah hadis Abu Darda’ yang diriwayatkan oleh Abu Daud seperti di atas dan juga hadis Anas r.a. dalam Sunan Abi Daud bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
"وَالَّذِىْ نَفْسِىْ بِيَدِهِ، إنِّىْ لأرَىْ الْشَّـيَاطِيْنَ تَدْخُـلُ فِىْ خَلَلِ الْصَّفِّ كَأنَهَاْ الحَذْفُ
Bermaksud: “Demi yang jiwaku di tanganNya, sesungguhnya aku melihat syaitan masuk ke celah sof (sof yang jarang) yang rupanya seperti anak-anak kambing.”
Akibat dari kelaziman seperti itu, ialah godaan dan pemesongan syaitan dan iblis terhadap diri orang yang solat dan kurang keberkesanan solat itu baginya.
ii. Latihan bagi individu untuk mengikut ketua, di mana keupayaan mengikut orang lain adalah merupakan amalan yang menuntut pengorbanan seseorang dari sifat mementing kehendak diri sendiri dan terlalu bertegas dengan pendapat sendiri tanpa bertolak ansur dengan kebenaran.
Imam solat adalah pemimpin yang memimpin pengikutnya ke arah mencari keredaan Allah S.W.T. dan mengikut perintahNya dengan mengikut hukum dan kaifiat pergerakan yang telah ditetapkanNya.
Abu Hurairah menyataka, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
"إنَّمَا جُعِلَ الإمَامُ لِيُوءْ تَمَّ بِهِ. فَإِذَا كَبَّرَ فَكَبِّرُوْ، وَلا تُكَبِّرُوْا حَتَّىْ يُكَبِّرُ"
Bermaksud: “Sesungguhnya di wujudkan imam adalah untuk diikut, maka apabila ia takbir maka hendaklah kamu takbir, dan janganlah kamu takbir melainkan sesudah ia takbir …”.
Riwayat Al-Bukhariyy dan Muslim serta Abu Daud.
Rasulullah s.a.w. juga menjelaskan keburukan orang yang tidak mengikut displin yang ditentukan oleh Allah S.W.T. itu, seperti disebutkan oleh Al-Kahlaniyy:
أَنَّهٌ (ص) تَوَعَّـدَ مَنْ سَـابَقَ الإمَامَ فِىْ رُكُوْعِهِ أوْ سُـجُوْدِهِ بِأنَّ اللهَ يَجْعَـلَ رَأسَـهُ رَأسَ حِمَـارِ
Bermaksud: “Bahawa ia (Rasulullah s.a.w.) menginggatkam orang yang mendahului imam pada ruku` atau sujudnya, bahawa Allah akan menjadikan kepalanya kepala himar.”
(Al-Kahlaniyy, Subul Al-Salam.)
Perintah mengikut imam di samping mengingatkan akibat buruk mendahului tindakan imam seperti di atas, mengikgatkan akibat buruk boleh berlaku kepada masyarakat Islam apabila ada kalangan mereka tidak mengikut imam atau ketua.
iii.Latihan displin yang tinggi, di mana setiap orang perlu meluruskan sof (barisan), merapatkan antara seorang dengan yang lain dan menyamakan kedudukan bahu, seperti dalam hadis Anas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Luruskan sof, rapatkan antara satu dengan yang lain dan samakan bahu.dan samakan tengkok.”
Riwayat Abu Daud, Al-Nasai dan Ibnu Habban.
Rasulullah s.a.w. juga menjelaskan keburukan orang yang tidak mengikut displin yang ditentukan Allah S.W.T. seperti dijelaskan oleh Al-Kahlaniyy di atas.
iv.Menuntut umat Islam supaya sentiasa bersikap positif dan berani. Hal ini adalah merujuk kepada hadis Abu Sa`id Al-Khudriyy r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. memerintahkan sahabatnya memenuhkan sof yang terhadapan supaya mara ke hadapan dan ikutnya dan mengikut mereka orang yang dibelakang mereka., dan kemudian Baginda bersabda;
" لا يَزَالُ قَوْمٌ يَتَأخَّـرُوْنَ حَتَّىْ يُؤّخِّرَهُـمُ الله"
Bermaksud: “Tidaklah sesuatu kaum itu sengaja mengambil tempat di (sof) belakang melainkan akan dikebelakangkan oleh Allah S.W.T.” -Riwayat Muslim.
v. Berjama`ah solat membina kesatuan pendapat dan pemikiran di kalangan anggota jama`ah. Dalam hubungan ini, An-Nu`man bin Basyir ada meriwayatkan dari Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
“Rasulullah s.a.w. menghadapkan muka kepada sahabat-sahabat (dalam sof solat) dan bersabda: lurus kamu (diulangkannya tiga kali). Demi Allah, samaada kamu luruskan sof kamu atau Allah s.a.w. menjadikan perbezaan di antara hati-hati kamu (sentiasa berbeza pendapat,tidak bersatu). (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim serta Abu Daud.)
Demikkian juga hadis Al-Barra’ bin `Azib, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
كَانَ رَسولُ الله (ص) يَتَخَلَلُ الصّفَ مِنْ نَاْحِيَةٍ إلَىْ نَاْحِيَةٍ يَمْسَـح صُدُوْرَنَا وَمَنَاْكِبِنَا وَيَقُوْلُ: لاتَخْلِفُوْا فَتَخْتَلِف قُلُوْبُكُمْ
Bermaksud: “Bahawa Rasulullah s.a.w. masuk ke celah-celah sof kami dari satu bahagian ke satu bahagian yang lain sambil memegang dada dan bahu kami dan bersabda: Jangan kamu berbeza kedudukan (tiada sama sof), nescaya akan berbeza hati-hati kamu…”
Riwayat Abu Daud.
vi. Latihan hidup bertolak Ansur; Perkara ini dapat difahami dari perintah menyamakan sof dan merapatkan diri antara satu dengan lain, di mana ia memerlukan sifat tolak ansur.
(2) Kemasyarakatan;
Semua sifat dan faedah dari solat yang dilakukan dalam sof solat berjama`ah menyumbang kepada persaudaraan seagama, pembinaan fikrah dan kesefahaman dan semangat amal jama`i yang amat menyumbang kepada perpaduan umat, yang merupakan pra syarat kepada kekuatan. Apa lagi jika solat berjama`ah itu disertai dan diimamkan oleh ketua dan pemimpin yang bertanggungjawab di negeri atau kawasan atau kariah berkenaan. Tentu usaha perpaduan ummah akan lebih berkesan.
Wallahu'alam....
http://hasnulhadiahmad.blogspot.com/