Sering wujud dalam masyarakat anggapan dan tanggapan yang keliru mengenai ibadah solat berjama`ah, seperti berikut:
(1) Solat berjamaah sekadar untuk mendapat pahala lebih semata-mata. Tidak ada apa-apa celaan atau kutukkan Allah S.W.T. atau RasulNya. Oleh yang demikian, siapa yang melakukannya ia mendapat kelebihan dan siapa yang tidak melakukannya ia sekadar tidak mendapat pahala sahaja
(2) Mengagong dan membesarkan Allah S.W.T. hanya pada masa solat, ketika di atas kain sejadah sahaja, terutama pada hari Jum`at. Masa -masa lain tidak begitu penting dan terpulang pada kehendak masing-masing.
(3) Menganggap sembahyang tidak ada hubungan dengan pembentukan akhlak dan peribadi manusia. Seseorang yang menjadi baik tiada kena mengena dengan amalan solat.
(4) Menganggap sembahyang tidak kena mengena dengan penilaian seseorang itu berakhlak atau tidak. Kerana itu penilaian akhlak atau moral yang baik tidak diambil kira samaada seseorang itu melakukan solat atau tidak.
(5) Solat adalah amalan orang-orang dewasa dan orang-orang tua. Orang muda yang masih dalam keadaan yang sentiasa dipengaruhi oleh nafsu tidak sesuai untuk melakukan solat atau beribadat.
(6) Solat fardhu boleh diganti pada masa lapang jika sebok dengan urusan-urusan penting, seperti:
banyak kerja-kerja sekolah di rumah
alasan orang lain juga tidak mementingkan sembahayang
kesukaran mendapat air untuk wudhu’ - seperti dalam perjalanan
kerja pejabat atau jadual syarahan di IPT terlalu padat atau perlu disegerakan
ada tamu atau keluarga di rumah
terlibat dengan sukan program negeri atau negara yang perlu benar-benar dijaga supaya tidak tergendala
atau lain-lain alasan yang tidak munasabah dari segi syarak.
Wallahu'alam....
http://hasnulhadiahmad.blogspot.com/