Adalah merupakan satu kesedihan kepada kita apabila disebabkan oleh kejahilan maka ramai umat Islam terpedaya dan disesatkan oleh Iblis dengan mudah. Benarlah pesanan para ulama salaf berkenaan kepentingan ilmu bahawa ianya ialah cahaya dan penerang malam yang gelap.
Hadis Anas bin Malik r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: "Di antara tanda-tanda hampir Kiamat ialah terhapusnya ilmu Islam, munculnya kejahilan, ramainya peminum arak dan perzinaan dilakukan secara terang-terangan." (hadis sahih riwayat Muslim, No. 4824)
Hadis Abdullah bin Amru bin Al-As r.a katanya: Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: "Allah s.w.t tidak mengambil ilmu Islam itu dengan cara mencabutnya dari manusia. Sebaliknya Allah s.w.t mengambilnya dengan mengambil para ulama sehingga tidak tertinggal walaupun seorang. Manusia melantik orang jahil menjadi pemimpin, menyebabkan apabila mereka ditanya mereka memberi fatwa tanpa berdasarkan kepada ilmu pengetahuan. Akhirnya mereka sesat dan menyesatkan orang lain pula." (Hadis sahih riwayat Muslim no. 4828)
Tanpa ilmu maka manusia akan mudah disesatkan.