SUMBANGAN / AMAL JARIAH

SUMBANGAN / AMAL JARIAH
jazakallahu khairan kathira

Sunday, March 28, 2010

Di manakah Hidayah?

Assalammualaikum..

Hidayah merupakan suatu petunjuk yang diberikan oleh Allah hamba-hambaNya yang dikehendakiNya.Tanpa hidayah,hidup ini akan menjadi tidak tenang,tidak terurus dan terumbang-ambing. Hidayah Allah umpama kompas yang memandu kita mengembara di alam dunia yang penuh
dengan dugaan dan godaan ini.

Namun bagaimanakah caranya untuk kita memperoleh hidayah..?

Terdapat beberapa cara untuk kita sama-sama renungkan dalam mengejar hidayah Allah..

1.Kita mesti berpengang teguh dengan agama.
"Dan sesiapa berpegang teguh kepada (agama) Allah,maka sesungguhnya ia telah beroleh petunjuk hidayah ke jalan yang betul(lurus)."
(surah Ali'Imran:101)

2.Kita mesti beriman dengan Allah s.w.t dengan sebaik-baik iman.

Seseorang individu itu perlu ada kepercayaan dan keyakinan yang teguh kepada Allah tanpa ada sebarang keraguan pun di dalam hati .

"Dan sesiapa yang beriman kepada Allah , Allah akan memimpin hatinya(untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar)" (surah al-Taghabun:11)

3.Kita juga mesti mengamalkan apa-apa yang terkandung dalam al-Quran dan as-Sunnah.
"Maka sesiapa yang mengikut petunjuk-Ku itu nescaya ia tidak akan sesat dan ia pula tidak akan menderita azab." (surah Taha:123)

4.Kita seharusnya menjadi seorang yang berilmu.

Dengan ilmu,kita akan dapat mengenal Allah s.w.t dan memperoleh hidayahNya.Dengan ilmu juga kita akan mampu untuk berfikir merenung segala penciptaanNya yang begitu teratur dan hebat.

"Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut(melanggar perintah) Allah,dari kalangan hamba-hambaNya,hanyalah orang yang berilmu." (surah Fatir:28)

5.Hamba Allah ,bukannya hamba hawa nafsu.
Ibarat pandangan masyarakat Melayu; "Kita makan untuk hidup,bukan hidup untuk makan".
Jadi,jelas bahawa kita perlu menjadikan nafsu sebagai hamba kepada kita dan adalah tuan kepada nafsu itu dan bukan sebaliknya.

'Katakanlah lagi:"Aku tidak akan menurut hawa nafsu kamu, kerana kalau aku turut,sesungguhnya sesatlah aku,dan tiadalah aku dari orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk." (surah al-An'am:56)

WALLAHUA'LAM