SUMBANGAN / AMAL JARIAH

SUMBANGAN / AMAL JARIAH
jazakallahu khairan kathira

Sunday, October 18, 2009

Syirik Kerana Mahu Sembuh Penyakit?

"Demi sesungguhnya kami akan menguji kamu dengan dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan berasa) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang yang sabar."
(Surah al-Baqarah, ayat 155).

Berhadapan dengan ujian penyakit, ada yang mengambil langkah 'mudah' yakni dengan menggunakan rawatan yang jelas nyata khurafat dan syiriknya
Tidak kisahlah apa jua bentuk rawatan, cara yang mengikut syariat Islam atau tidak, yang penting mereka mahu sembuh.


Tatkala Nabi Ayub a.s. diuji dengan kemiskinan melarat, penyakit mengerikan, kematian anak, isteri tidak melayaninya, tidak sedikit pun Nabi Ayub a.s. berpaling daripada Allah swt.
Bahkan segala ujian itu hanya meningkatkan ketaqwaannya kepada Yang Maha Mencipta
Menurut Ibn Abbas, penyakit yang dihidapi Nabi Ayub a.s. berlanjutan sehinga 7 tahun, 7 bulan, dan 7 hari.

"Dan ingatlah akan hamba Kami, Ayub, ketika ia menyeru kepada Tuhannya, dengan rintihan; "Sesungguhnya ya Allah, saya diganggu syaitan dengan kesusahan dan keazaban." -Surah Shaad, ayat 41

Wajarkah dengan hanya ditimpa kesakitan didunia, kita mahu berpaling daripada Allah swt dan memilih sesuatu yang lain sebagai tempat bergantung?

Perlulah kita yakini bahawa hidup didunia ini bukanlah suatu tempat yang enak untuk kita bersukaria selamanya
Segalanya adalah ujian, samada terasa susah atau senang, sakit atau tidak, masa lapang atau sempit, kaya atau miskin, tidak lain melainkan ujian daripada Allah swt semata-mata.

Daripada Abu Said al-Khudri r.a., dan Abu Hurairah r.a., Nabi saw bersabda: "Tidak menimpa seseorang Mukmin suatu penyakit yang berpanjangan, kepayahan, sebarang jenis kesakitan, dan kesedihan malahan kedukacitaan, melainkan dihapuskan sebahagian dosa-dosanya"

Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, pada hal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antara kamu dan belum nyata orang-orang yang bersabar.” - Ali Imran,142

Yakinlah, hanya Allah swt yang mampu membantu kita:



Manzil - Ayat Penyembuh (klik sumber)

1)surah al-Fatihah
2)5 ayat pertama surah al-Baqarah
3)ayat 163 (al-Baqarah)
4)ayat 255-257 (al-baqarah)
5)ayat 284-286(al-baqarah)
6)ayat 18 (al-imran)
7)ayat 26-27 (al-imran)
8)ayat 54-56 (al-A'raf)
9)ayat 110-111 (surah al-isra')
10) ayat 115-118 (surah al-mu'minun)
11) ayat 1-11(surah al-saffat)
12) ayat 33-40(al-rahman)
13) ayat 21-24(al-hasyr)
14) awal surah aljin sampai ayat 4
15) surah al-kafirun
16) surah al-ikhlas
17) surah al-falaq
18) surah al-nas

Sama-samalah kita berdoa agar tidak dipesongkan iman kita terhadap Allah swt
Doa senjata rahsia seorang mukmin...