Paksu dan Maksu adalah sepasang suami isteri warga emas yang sering berulang alik dari penempatan Felda, Jengka, Pahang ke taman perumahan aku kerana salah seorang anaknya tinggal di sini
walaupun usia Paksu sudah pun mencecah 70 tahun, namun kudratnya masih kuat dan penglihatannya agak baik..ini membolehkan dia memandu ulang alik dari Jengka ke sini walaupun ketika tengah malam
semalam Paksu dan isterinya pergi ke Rawang dan ketika mereka tiba di kawasan perkelahan Hutan Lipur Kanching yang terletak berhampiran Templer Park, Paksu memberhentikan keretanya berdekatan dengan sebuah perhentian bas untuk melepaskan lelah
ketika itu orang baru lepas selesai solat Jumaat
tiba-tiba datang sebuah kereta Perodua Myvi yang dinaiki tiga pemuda Arab dan berhenti betul-betul di depan kenderaan mereka
ketiga-tiganya yang berpakaian kemas serta lengkap bertali leher terus menuju ke kereta Paksu sebelum salah seorang daripadanya berpura-pura bertanyakan sesuatu kepada Paksu
bagaikan dipukau, Paksu dan isterinya tiba-tiba tidak dapat bergerak dan berkata-kata, serentak dengan itu juga ketiga-tiga pemuda Arab ini dengan selamba mengambil dompet pasangan warga emas berkenaan sebelum berlalu dari situ
” Selepas mereka beredar, baru Paksu sedar yang kami berdua telah dipukau, nasib baiklah kebetulan ada seorang anggota polis trafik lalu di situ, dialah yang membawa kami untuk buat laporan di Balai Polis Rawang,” katanya pada aku. Nampak jelas wajahnya yang pucat kesan daripada trauma yang dilalui dalam insiden berkenaan
memang sial punya Arab! Actually aku sendiri hampir dua kali dipukau oleh orang-orang Arab yang menggunakan modus operandi yang sama
pertama sewaktu aku sedang mengisi minyak, kedua sewaktu aku baru mengeluarkan wang dari mesin ATM
Allah melindungiku, pengalaman menjadi wartawan jenayah membuatkan aku cepat sedar dengan taktik-taktik golongan ini
Alhamdulilah, belum sempat mereka berbuat apa-apa, aku terlebih dahulu bertindak pantas dengan memaki-hamun pak sheikh-pak sheikh ini
aku harap sesiapa saja yang membaca entry ini, berhati-hatilah apabila didekati orang yang tidak dikenali terutamanya mereka yang dari kalangan warga Arab atau Amerika Latin
dah beratus-ratus kes telah diterima oleh pihak polis berkenaan dengan sindiket curi dan pukau sebegini
dan selalunya golongan sasar sudah tentu wanita dan warga emas seperti Paksu dan isterinya
ingat, tak mustahil benda-benda macam ni boleh berlaku pada kita semua, oleh itu hati-hatilah!