SUMBANGAN / AMAL JARIAH

SUMBANGAN / AMAL JARIAH
jazakallahu khairan kathira

Tuesday, September 15, 2009

CINTA DUNIA

Cinta dunia adalah ibu segala kejahatan. Bila dikatakan ibu itu maksudnya daripada cinta dunia lahirlah berbagai kejahatan lain. Boleh juga dikatakan ianya sebagai pokok kepada segala kejahatan. Daripada pokok cinta dunia itu,lahirlah buah-buah kejahatan lain. Maksudnya di sini, kalaulah hendak bebaskan diri daripada berbagai kejahatan, pokoknya kenalah ditebang. Iaitu,cinta dunia itu hendaklah dibersihkan daripada diri dan diganti dengan cinta Tuhan. Tidak akan bersatu dua cinta dalam satu hati. Kalau hati cinta dunia, mana mungkin cinta Tuhan akan duduk di dalam hati. Kalau hati cinta Tuhan,insyaAllah cinta dunia tak dapat duduk di dalam hati.

Buang cinta dunia bukan bererti membuang atau menolak dunia. Dunia itu perlu dalam kehidupan. Dunia itu adalah wadah untuk menuju akhirat. Yang dikehendaki adalah menggunakan dunia itu dengan sebaik mungkin, tetapi hati tidak jatuh cinta dengannya. Hati tidak terpaut dengan dunia. Mudah sahaja dunia itu boleh dilepaskan. Dunia itu tidak mempengaruhi hati sehingga lalai daripada Tuhan. Dunia itu tidak memesong hati daripada cinta Tuhan.

Apakah tanda-tanda seseorang itu sudah cinta dunia, mari kita lihat
contoh-contohnya:

1. Bila tiba waktu sembahyang, seseorang itu dengan sengaja melewat-lewatkan
sembahyang kerana lebih mengutamakan kerjanya.
2. Orang yang suka pada jawatan malah berebut-rebut untuk menjadi pemimpin
3. Orang yang kaya tetapi bakhil untuk mendermakan hartanya untuk tujuan
kebaikan
4. Orang yang suka membazir pada barang-barang yang tidak perlu
5. Membuat kerja dengan mengharapkan pujian dan sanjungan orang
6. Membiarkan jiran-jiran dalam serba kekurangan padahal diri dan keluarga
hidup dalam bermewah-mewahan
7. Sangat cinta pada diri sehingga mudah merajuk dan sakit hati bila dirinya
ditegur dan dimarahi atas kesilapan yang dilakukannya

Moga-moga kita terhindar daripada cinta dunia dan menjadi orang yang hatinya
mencintai Tuhan. Sekian.

Wallahu'alam
Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM

Kehidupan di Shoalin

Kehidupan di Shaolin , Perghh!!! Patutlah Terer Berkungfu

INI KALU KENE HUKUM GANTUNG PUN TAKDEHAL...KIHKIHKIH

TIANG LETRIK YANG BELUM DIPASANG...kehkeh
SEJUK GILOS!!!...
RILEX JE BERLARI KAT DINDING...IBARAT BERLARI2 DITEPI PANTAI...kihkihkihkih
JAMBATAN BARU...TOL 4.50
KERAS BETUL KEPALA MAMAT NI.. DEGIL..DEGIL..HEHE
MARI..MARI..DAGING SEJUK BEKU..
PEHH..KUAT BETUL JARINYE..BOLEH PECAH LOBANG IDUNG KALU KOREK GUNE JARI NIH...keskeskes
ROCKERS TAHAP GABAN...

Istilah antara Boss dan pekerja

Bila boss tetap pada pendapatnya,
itu bererti beliau konsisten.
Bila staff tetap pada pendapatnya,
itu bererti dia keras kepala !

Bila boss berubah-ubah pendapat,
itu bererti beliau fleksibel.
Bila staff berubah-ubah pendapat,
itu bererti dia plin-plan !

Bila boss bekerja lambat,
itu bererti beliau teliti.
Bila staff bekerja lambat
itu bererti dia tidak 'perform' !

Bila boss bekerja cepat,
itu bererti beliau 'smart'.
Bila staff bekerja cepat,
itu bererti dia terburu-buru !

Bila boss lambat memutuskan,
itu bererti beliau hati-hati.
Bila staff lambat memutuskan,
itu bererti dia 'telmi' !

Bila boss mengambil keputusan cepat,
itu bererti beliau berani mengambil keputusan.
Bila staff mengambil keputusan cepat,
itu bererti dia gelabah !

Bila boss terlalu berani ambil risiko,
itu bererti beliau risk-taking.
Bila staff terlalu berani ambil risiko,
itu bererti dia sembrono !

Bila boss tidak berani ambil r1siko,
itu bererti beliau 'prudent'.
Bila staff tidak berani ambil risiko,
itu bererti dia tidak berjiwa bisnes !

Bila boss mem-by pass prosedur,
itu bererti beliau proaktif-inovatif.
Bila staff mem-by-pass prosedur,
itu bererti dia melanggar aturan !

Bila boss curiga terhadap vendor/supplier,
itu bererti beliau waspada.
Bila staff curiga terhadap vendor/supplier,
itu bererti dia negative thinking !

Bila boss menyatakan : " Sulit "
itu bererti beliau prediktif-antisipat if.
Bila staff menyatakan : " Sulit "
itu bererti dia pesimistik !

Bila boss menyatakan : " Mudah "
itu bererti beliau optimis.
Bila staff menyatakan : " Mudah "
itu bererti dia meremehkan masalah !

Bila boss sering keluar ofis,
itu bererti beliau rajin ke customer
Bila staff sering keluar ofis,
itu bererti dia sering mengular !

Bila boss sering entertainment,
itu bererti beliau rajin melobi customer.
Bila staff sering entertainment,
itu bererti dia suka enjoy sakan !

Bila boss tidak pernah entertainment,
itu bererti beliau berhemat.
Bila staff tidak pernah entertainment,
itu bererti dia tidak pandai me-lobby customer !

Bila boss sering tidak masuk,
itu bererti beliau penat kerana kerja keras.
Bila staff sering tidak masuk,
itu bererti dia pemalas !

Bila boss minta fasiliti,
itu bererti beliau menjaga imej syarikat.
Bila staff minta fasiliti,
itu bererti dia banyak menuntut !

Bila boss membuat tulisan seperti ini,
itu bererti beliau humoris.
Bila staff membuat tulisan seperti ini,
itu bererti dia :

* frustrasi
* iri hati terhadap karier orang lain
* negative thinking
* memprovokasi
* tidak tahan banting
* sakit hati
* berpolitik di pejabat
* tidak produktif
* tidak sesuai dengan budaya yang ada

hahahahahaha. ... ..
Ibnu Muslim: Apapun Boss tetap Boss..Durian tetap durian, pusing kot mana pun,timun tetap kena lenyek..KERJA ITU IBADAH KALO IKUT SYARIAT DAN IKHLAS KERANA ALLAH..WSLM

Ibu mertua benci menantu


Suzana (nama sebenar)dan razman(nama sebenar) adalah pasangan yang paling bahagia dari sejak zaman sekolah..mereka sering kelihatan bersama di kantin, di dlm kelas mahupun waktu belajar di luar kelas...

Sesudah tamatnya zaman persekolahan, mereka menyambung pelajaran di sebuah U swasta yg terletak di sekitar kuala lumpur... mereka bagaikan belangkas yang x dapat di pisahkan lagi........ tetapi dalam setiap percintaan mesti ada dugaan nya..

Salmah seorang ibu yg bengis & terlalu mengongkong keluarganya untuk mengikuti sgala kehendak nya.. Salmah adalah ibu kpd Suzana.

Pada suatu hari, Salmah mendapat tahu bahawa anak tunggalnya keluar dgn seorang lelaki iaitu Razman. Dia mendengar khabar itu drpd jiran2 nya. Salmah pun naik berang dan sgt marah terhadap Razman & mnyimpan dendam terhadap Razman..

Salmah sanggup memberhentikan pengajian anaknya dari belajar di U itu........dengan niat utk memisahkan mereka.

Setelah 3 bulan Suzana berhenti, datanglah Razman dgn rombongan meminangnya ke rumah Suzana. Ibu nya terpaksa akur dgn perhubungan percintaan mereka kerana menyedari bahawa jodoh anaknya itu memang kuat untuk Razman.

Setelah setahun berlalu mereka pan di ijab qabul kan ...... Mereka berdua bercadang hendak pergi honeymoon ke Pulau Tioman...... .tapi malang telah menimpa mereka......

Razman dan Suzana telah mendapat kemalangan semasa dalam perjalanan ke Pulau Tioman. Salmah bertambah marah kerana kemalangan itu menyebabkan muka Suzana mengalami luka yang teruk sehingga kulit muka nya tersiat. Malah meninggalkan kesan yang amat menakutkan.. ....

Sejak kemalangan itu kebencian Salmah terhadap Razman begitu membuak2. Razman berasa kecewa akan sikap Ibu mertuanya... ...tambahan mengetahui berita tentang wajah isterinya anaknya menjadi cacat seumur hidup.

Razman cuba utk memperbaiki keadaan..... ...Razman bertemu dengan doktor bagi merawat muka isterinya dengan cara mendermakan kulitnya. Perkara ini Razman telah memohon agar doktor berjanji akan tidak menceritakan kepada isteri dan ibu mertuanya.

Setelah seminggu Suzana membuat pembedahan muka, Salmah begitu gembira melihat perkembangan muka anaknya dan memeluk cium muka anaknya. Namun dendamnya terhadap menantu tidak pernah padam. Doktor tersenyum melihat kegembiraan Suzana dan ibunya.

Salmah bertanya kepada doktor dengan penuh harapan siapakah insan yang sanggup mendermakan kulit untuk pembedahan muka anaknya. Doktor terdiam seketika lalu menjawab.... ..penderma tersebut menyuruh saya agar tidak memberitahu akan identitinya kepada puan. Salmah akur dan kecewa dengan jawapan dari doktor tersebut dan mencium muka anaknya berkali-kali.
........ ......... ....

Sebenarnya Doktor telah menyimpan rahsia Razman yang mana telah mendermakan kulit punggungnya untuk pembedahan muka isteri kesayangannya. Cuba lah kalau rahsia ini terbongkar dan Salmah (ibu mertuanya) tahu yang pipi anaknya di cium berkali-kalai itu adalah kulit punggung menantunya yang dibenci. Macamana erkkk reaksi ibu mertuanya kalo tau yg dicium itu bontot menantu yg paling dibencinya??????

Ibnu muslim: SETIAP PERBUATAN BAIK@BURUK YG KITA LAKUKAN ADA BALASANNYA..Berbaik2lah sesama insan kerana menghubungkan silaturrahim adalah tuntutan syarak...Jangan membenci sesama manusia kerana banyak rugi dari untung. SAYANGILAH MENANTU/MENTUA ANDA...(jgn cyang bontot plak..hehe)

Monday, September 14, 2009

50 tahun kita tertidur????

1 hari 24 jam
Satu TAHUN ?
12 Bulan
52 Minggu
365 Hari
8760 Jam
525600 Minit
31536000 Detik

Distribusi normal manusia meninggal dunia (tahun)
<> 70th
60th - 70th
(65th)

Chart
Kebanyakan manusia meninggal dunia antara usia 60 thn-70thn (majoriti) Puratanya manusia meninggal ± 65 th
"Baligh: Start untuk seseorang di perhitungkan amal baik atau buruknya selama hidup di dunia"
Laki-laki Baligh ± 15 tahun
Wanita Baligh ± 12 tahun
Usia Yang ada untuk kita beribadah kepada-Nya, puratanya:

Mati - Baligh = Baki Usia, :~ 65 - 15 = 50 tahun

50 tahun digunakan untuk apa?

Catatan:

50 tahun=18250 hari=458000 jam
12 jam siang hari
12 jam malam hari
24 jam satu hari satu malam

Gambaran kasarnya:
Mari kita muhasabah bersama..... ....!

Waktu kita tidur ± 8 jam/hari ;
Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai tidur 18250 hari x 8 jam=46000 jam=6 tahun 7 bulan; dibulatkan jadi 17 tahun
Logiknya: Alangkah sayangnya waktu 17 tahun habis di gunakan untuk tidur, padahal kita akan tertidur dari dunia untuk selamanya... ...

Waktu aktiviti kita di siang hari ± 12 jam
Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai untuk aktiviti:
18250 hari x 12 jam = 19000 jam = 5 tahun
Aktiviti disiang hari: Ada yang bekerja, atau bercinta, ada yang belajar atau mengajar, ada yang sekolah atau kuliah, ada yang makan sambil jalan-jalan, dan banyak lagi.

Waktu rehat ± 4 jam
Dalam 50 tahun waktu yang dipakai untuk rehat 18250 hari x 4 jam = 3000 jam = tahun
Rehat: menonton tv, atau mungkin dihabiskan termenung di buai khayalan.... ...

17 tahun + 25 tahun + 8 tahun = 50 tahun

Lalu Bila Nak Beribadah???
Padahal Allah ada berfirman yang bermaksud; "Tidak KUciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKU".
Maut datang menjemput tak pernah bersahut,
Malaikat datang menuntut untuk merenggut,
Manusia tak kuasa untuk berkata-kata,
Allah Maha Kuasa atas syurga dan Neraka,
Terimalah habuanmu seadanya..
Memang benar!!! Menuntut ilmu itu ibadah, kalau niatnya untuk ibadah, tetapi kebanyakannya belajar agar mudah mencari pekerjaan. Sekiranya belajar itu tidak membantu menambah pendapatan kita, kita tidak akan belajar...
Memang benar!!! Bekerja cari nafkah itu ibadah, tapi bekerja yang bagaimana? Ramai orang bekerja untuk hidup bermewah-mewahan dan amat kurang sedekahnya.
" Jarang ada yang menolak untuk dipuji dan dipuja tatkala berjaya "

Lalu Bila Nak Beribadah???
Oh! mungkin solat 5 waktu itu dianggap sudah mencukupi... !
Karena kita fikir; solat wajib besar pahalanya, solat amalan pertama yang dihisab, solat jalan untuk membuka pintu syurga...
Benarkah solat kita itu mencukupi dan diterima !!?

Berapa banyak solat kita dalam 50 tahun???
1 solat = 10 minit ..... 5x solat = 1 jam
Dalam waktu 50 tahun waktu yang terpakai utk solat =8250 hari x I jam 250 jam= tahun

Kesimpulan: waktu yang kita manfaatkan dalam 50 tahun di dunia cuma 2 tahun untuk solat (ini kalau yg solat 10minit! Kalau solat macam ayam patuk tanah..amacam? ) 2 tahun dari 50 tahun kesempatan kita....itupun belum tentu solat kita bermakna berpahala dan di terima.
Dan sekiranya pahala solat kita selama 2 tahun tidak sebanding dengan perbuatan dosa-dosa kita selama 50 tahun; dalam percakapan kita yang selalu dusta, baik yang sengaja ataupun tidak, dalam pertuturan kita yang sering mengguris orang tua kita, dalam harta kekayaan kita yang selalu kedekut terhadap orang faqir, dalam setiap perbuatan kita yang selalu bergelumang dosa...

Logiknya:
Bukan satu yang mustahil kita umat akhir zaman akan berhamburan di neraka untuk mendapatkan balasan kelalaian... .........
Terlalu banyak masa yang terbuang percuma selama manusia hidup di dunia dan semuanya itu akan menjadi bencana..... .......

Penyelesaian:
Tiada kata terlambat walaupun waktu berlalu cepat, isilah ia dengan sesuatu yang bermanfaat!! !!!!!
Ingatlah negeri kita...Akhirat

IBNU MUSLIM:
JOM SAMA2 KITA TINGKATKAN AMAL IBADAH KITA..SAMADA YANG WAJIB, SUNAT ATAU HARUS..JANGAN BUAT YANG HARAM DAN MAKRUH DAH LEE.

DUA ISTERI NAIK PELAMIN

Dua orang isteri naik pelamin serentak di Jordan. Kalau di Malaysia perang besar you'll see..