suraualikhlas@rocketmail.com / Jalan Melatisari 3D/2, Bandar Sungai Buaya, 48010 Rawang
SUMBANGAN / AMAL JARIAH
jazakallahu khairan kathira
Wednesday, March 9, 2011
ILMU ITU CAHAYA, JAHIL ITU BAHAYA
Di akhir zaman ini ramai dari kalangan ahli abid tertipu dengan banyaknya ibadah yang dilakukan. Berlakunya ini semua kerana si ahli abid merasakan setiap ibadah yang dikerjakan tanpa menyandarkan perbuatan dan amalannya itu dengan izin dan rahmat Allah jua. Tanpa keizinan Allah, tanpa rahmat dan kasih sayang Allah serta tanpa kudrat dan Iradah dari Allah swt, kita semua lemah tidak mampu berbuat apa-apa. Kalau tidak Allah izinkan, hendak gerakkan lidah untuk bertutur bicara pun kita tidak akan mampu apatah lagi untuk duduk bangun, rukuk, sujud menyembah Allah swt.
Maka patutkah kita berbangga dan sombong dan berasa hebat kiranya kita berjaya dan berkebolehan dalam melaksanakan sesuatu amalan? Kalau kita mampu bangun malam beribadah dan banyak sembahyang sunat hingga kita menjadi abid, siapakah yang hebat? Kita hebatkah atau Allah yang hebat? Tentulah Allah yang hebat kerana Allah telah memberikan kita kemampuan untuk beribadah, kalau kita bersembahyang, berpuasa, menutup aurat, mampu menulis artikel dan sebagainya, apakah itu semua keupayaan kita? Tidak itu semua dengan rahmat dan kasih sayang Allah. Tanpa rahmat dan kasih sayang Allah tentu kita engkar dan sesat seperti orang lain juga.
Ingatlah, pembaca budiman kiranya kita angkuh, riak, ujub dan takabur dengan apa yang ada pada kita, tidak mustahil suatu hari Allah akan tarik balik nikmat-Nya yang dikurniakan kepada kita. Katalah ketika ini kita tergolong ke dalam golongan orang yang berharta, kaya raya, harta melimpah ruah kita pun tidak sedar diri. Kononnya kitalah manusia yang paling mewah dan kaya raya di dunia ini. Hasil dari sifat takabur dan angkuh itu sudah tentu kita menjadi seorang yang kedekut, bakhil, tamak dengan harta, mahu keluarkan sepuluh sen pun untuk membantu anak-anak yatim dan fakir miskin fikir seribu kali.
Harta itu hanya pinjaman Allah, sekelip mata Allah boleh papa kedanakan si kaya yang sombong. Andaikata seseorang itu dikurniakan ilmu kepadanya sehingga dengan ilmunya itu jadilah dia orang terkenal, di sanjung di puja maka mulalah penyakit hati menyerang jantung kalbunya jadilah dia seorang ahli ilmu yang bongkak, rasa diri lebih, lebih bijak dari orang lain, pandangan dan pendapat orang lain semuanya salah, pandangannya sajalah yang tepat dan betul. Golongan ini sungguh tertipu dan rugilah ia kalau ia tidak cepat-cepat bertaubat.
Walaupun kita menjadi seorang alim ulama atau penulis artikel tapi itu semua bukannya membuktikan kehebatan kita, bukan juga kepandaian dan kepintaran kita tetapi itu semua rahmat dan pinjaman dari Allah semata-mata. Itu satu amanah dari Allah, di akhirat kelak Allah akan persoalkan.. ... “Ilmu yang penuh di dalam dadamu wahai hambaku..... ke mana kamu salurkan? Adakah untuk mengajak manusia menyembah Aku atau dengan ilmu itu engkau menyesatkan dirimu juga orang lain?” Alangkah malangnya ketika itu kiranya jawapan demikian kita persembahkan kepada Allah swt (kerana di akhirat nanti tidak boleh lagi kita berbohong dan berselindung apa-apa dari Allah): “Tuhanku, aku gunakan ilmu yang Engkau kurniakan untukku dahulu ke jalan kemurkaan-Mu, dengan ilmu itu kuambil peluang untuk mencari publisiti, cari nama dan kemasyhuran, cari kemewahan, memandang rendah dan hina pada si jahil yang sepatutnya aku yang bertanggungjawab membasmi kejahilan di dada hamba-hamba- Mu, semakin aku lupa pada-Mu, semakin aku ego, sombong dan rasa diriku tuan, malah bila orang lain sesekali buat kesalahan, aku hukum mereka, seolah-olah aku Tuhan.....”
Maka menangislah golongan ahli ilmu yang tertipu dengan ilmunya itu. Menurut Matan Zubat: “Ahli ilmu yang fasik akan dibenci Allah dan akan dihumbankan ke dalam lubuk neraka lebih dahulu daripada orang kafir penyembah berhala.” Wal ‘iyazubillah. Alangkah beruntungnya ketika Allah minta pengakuan dari hambanya di Yaumil Mahsyar kelak kita dapat menjawab sekurang-kurangnya begini: “Wahai Tuhanku, sesungguhnya dengan ilmu yang Engkau kurniakan padaku, kugunakan sebaik-baik penggunaan. Aku mengajak manusia yang jahil ke arah kebenaran, aku menyeru umat manusia agar menyembah-Mu, sujud syukur pada-Mu, aku mengajak manusia beriman pada-Mu, pada Rasul-Mu dan pada hari kemudian, pada syurga dan neraka-Mu, kuajak lagi manusia agar berfikir tentang keagungan dan kehebatan-Mu menjadikan alam yang luas terbentang ini.....” Begitulah jawapan orang yang alim yang terpimpin lagi di kasihi Allah. Semakin berilmu semakin ia rendah diri, semakin ia merasakan dirinya lebih banyak dosa kalau hendak dibandingkan dengan orang lain, seringkali merasakan dirinya tiada apa-apa hanya yang ada seribu kelemahan dan kekurangan. Inilah resmi padi, makin berisi, semakin tunduk ke bawah. Selamatlah golongan ini. Ilmu yang beginilah yang dikatakan membawa cahaya kepada mereka yang berilmu. Ilmu merupakan cahaya yang menerangi hidup seseorang insan yang sedang teraba-raba dalam kegelapan.
Ilmu yang mengajak manusia mengenal dan mentauhidkan Allah. Bukannya ilmu yang semakin didalami semakin ia lupa pada Allah, semakin tinggi ilmunya semakin ia kufur dengan Allah. Tanda ilmu itu tidak berkat, semakin kita menuntut ilmu semakin angkuh dan sombong, samada dengan Allah mahupun sesama manusia. Semakin berilmu semakin rasa diri hebat, tidak langsung merasa hebatnya dan Maha Kuasanya Allah. Semakin menuntut ilmu, penyakit hati semakin tebal bersarang dalam dada seperti sombong, ego, riak, ujub, takabur, merasa diri mulia, memandang rendah pada orang lain dan sebagainya. Andai kata kita tidak sempat bertaubat sedangkan dalam diri kita penuh dengan penyakit-penyakit hati itu, ingatlah tempat yang selayaknya adalah lubuk neraka yang terbawah sekali. Lebih berat lagi para alim ulama yang tidak beramal dengan ilmunya dan tidak menyampaikan ilmu yang ada dalam dadanya pasti akan mendapat laknat Allah. Mereka masuk neraka lebih dulu dari penyembah berhala. Marilah sama-sama kita berdoa agar kita semua menjadi ahli ilmu yang bakal menerangi alam fana ini dengan cahaya ilmu yang kita pelajari.
Sematkan dalam dada dan hati: “Aku akan membasmi kejahilan kerana kejahilan itu bahaya dan bisa menjerumuskan diriku ke neraka dan bisa menghancurkan perpaduan umat Islam di dunia ini.”
Friday, February 25, 2011
Pemergiannya satu istirehat
Hadith:
Abu Qatadah Ibnu Rib'i al-Ansari r.a menerangkan bahawasanya satu jenazah telah dibawa berlalu di hadapan Rasulullah SAW maka berkatalah baginda :Orang yang beristirahat atau orang yang pergi supaya orang lain beristirahat daripadanya. Para sahabat bertanya: Ya Rasulullah, siapakah orang yang pergi beristirahat dan siapakah orang yang pergi supaya orang lain beristirahat daripadanya? Nabi menjawab : Hamba yang mukmin pergi beristirahat daripada kepayahan dunia dan gangguannya kepada rahmat Allah. Dan hamba yang fasiq, beristirahat daripadanya segala hamba Allah, negeri, pohon dan binatang.
Huraian Hadith:
Sesungguhnya orang yang meninggal dunia itu terdiri dari dua golongan iaitu golongan orang yang beriman meninggal dunia menuju ke suatu tempat yang aman yang membahagiakan. Mereka sudah terlepas daripada kepayahan dan ujian dunia menuju kepada rahmat Allah SWT. Sedangkan orang yang buruk akhlaknya, kematiannya itu merupakan satu kerehatan untuk penghuni dunia daripada terus berhadapan dengan kejahatan dan kemungkaran yang dilakukannya. Kematiannya dituruti dengan kesengsaraan dan balasan azab daripada Allah SWT.
Thursday, February 17, 2011
Tuesday, February 8, 2011
Tazkirah - Memuliakan Tetamu

AL-BUKHARI dan Muslim meriwayatkan daripada Abu Hurairah, beliau berkata: "Pernah datang seorang lelaki kepada Nabi, lalu berkata: Sesungguhnya aku sangat lapar. Baginda pun menyuruh seseorang untuk meminta bantuan kepada salah seorang isteri Baginda, namun isteri Baginda berkata: Demi Tuhan yang mengutusmu dengan kebenaran, aku tidak memiliki apa-apa selain air. Baginda pula lalu menyuruh seseorang untuk meminta bantuan kepada isteri Baginda yang lain, namun isteri Baginda ini juga mengatakan hal yang sama, sehingga semua isteri Baginda juga mengatakan hal yang sama, iaitu: Demi Tuhan yang mengutusmu dengan kebenaran, aku tidak memiliki apa-apa selain air.
Nabi lalu berkata kepada sahabat: Adakah daripada kamu yang mahu menjamu orang ini malam ini? Seorang daripada kalangan Ansar berkata: Saya, wahai Rasulullah. Seterusnya, orang itu pun membawa orang tadi ke rumahnya. Sesampai di rumah, dia berkata kepada isterinya: Muliakanlah tetamu Rasulullah ini.
Dalam riwayat lainnya disebutkan bahawa dia berkata kepada isterinya: Adakah engkau mempunyai makanan? Isterinya menjawab: Tidak, kecuali hanya sebatas yang cukup untuk makan anak-anak kita.
Dia berkata: Lakukanlah sesuatu yang boleh membuat mereka lupa makan. Jika mereka teringat minta makan, maka dodoikanlah mereka. Seterusnya, jika tetamu kita sudah siap untuk bersantap apa yang kita hidangkan, padamkanlah lampunya dan tunjukkanlah tanda bahawa kita seakan-akan juga ikut makan.
Akhirnya, mereka duduk bersama di ruang makan dan tetamu itu pun menyantap makanan, sementara tuan rumah melalui malam harinya dengan perut kosong. Pagi harinya, orang Ansar tadi melaporkan apa yang diperbuatnya semalam kepada Nabi dan Baginda berkata: Sesungguhnya Allah merasa gembira terhadap apa yang kamu lakukan terhadap tetamu kamu malam tadi.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Sumber: Buku Ringkasan Riyadhus Solihin
sumber : http://www.srikasih.co.cc/search/label/Renungan?max-results=999
Nabi lalu berkata kepada sahabat: Adakah daripada kamu yang mahu menjamu orang ini malam ini? Seorang daripada kalangan Ansar berkata: Saya, wahai Rasulullah. Seterusnya, orang itu pun membawa orang tadi ke rumahnya. Sesampai di rumah, dia berkata kepada isterinya: Muliakanlah tetamu Rasulullah ini.
Dalam riwayat lainnya disebutkan bahawa dia berkata kepada isterinya: Adakah engkau mempunyai makanan? Isterinya menjawab: Tidak, kecuali hanya sebatas yang cukup untuk makan anak-anak kita.
Dia berkata: Lakukanlah sesuatu yang boleh membuat mereka lupa makan. Jika mereka teringat minta makan, maka dodoikanlah mereka. Seterusnya, jika tetamu kita sudah siap untuk bersantap apa yang kita hidangkan, padamkanlah lampunya dan tunjukkanlah tanda bahawa kita seakan-akan juga ikut makan.
Akhirnya, mereka duduk bersama di ruang makan dan tetamu itu pun menyantap makanan, sementara tuan rumah melalui malam harinya dengan perut kosong. Pagi harinya, orang Ansar tadi melaporkan apa yang diperbuatnya semalam kepada Nabi dan Baginda berkata: Sesungguhnya Allah merasa gembira terhadap apa yang kamu lakukan terhadap tetamu kamu malam tadi.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Sumber: Buku Ringkasan Riyadhus Solihin
sumber : http://www.srikasih.co.cc/search/label/Renungan?max-results=999
Monday, February 7, 2011
Qunut dan Solat Sunat Rawatib
Assalamualaikum ustaz,
Saya ada beberapa soalan berhubung hal ibadah:
1. Apakah hukum membaca doa qunut ketika solat subuh? Sejak di bangku sekolah kita telah didedahkan untuk membaca doa qunut. Bolehkah kita meninggalkan doa qunut tersebut. Jika kita tinggalkan, perlukah kita ganti dengan sujud sahwi?
2. Saya agak keliru dengan solat sunat rawatib. Bolehkah ustaz jelaskan ada berapa kali solat sunat rawatib yang boleh kita kerjakan? Ada bermacam pendapat mengenai ini. Dan, adakah wujud solat sunat rawatib sebelum dan selepas solat Jumaat? Memandangkan solat jumaat berbeza dengan solat subuh.
Mohon penjelasan sejelasnya, in sha’ Allah.
Wallahu’alam.
Jawapan:
Permasalahan yang anda tanya termasuk dalam perkara yang diperselisihkan oleh para ulama. Sudah tentu jawaban yang diberi akan wujud perbezaan kerana ia adalah masalah yang telah lama berlaku perselisihan pandangan dikalangan ulama.
1) Hukum membaca doa qunut ketika solat subuh adalah sunat pada mazhab Shafi’e. Para ulama mazhab Shafi’e telah membawa hujah bagi menyokong pandangan mereka. Jika anda meninggalkan bacaan qunut atau terlupa, anda perlulah melakukan sujud sahwi dan jika terlupa sujud sahwi solat anda tetap sah.
2) Rawatib dalam Bahasa Arab bermaksud kerap dan berterusan. Ini bererti solat rawatib adalah solat sunat yang dilakukan oleh baginda saw secara konsisten. Sabda nabi saw:
من ثابر على ثنتي عشرة ركعة من السنَّة بنى الله له بيتا في
الجنة أربع ركعات قبل الظهر وركعتين بعدها وركعتين بعد المغرب وركعتين بعد العشاء وركعتين قبل الفجر.
Maksudnya: “ sesiapa yang menjaga 12 rakaat sunat, Allah swt menyediakan baginya rumah di dalam syurga iaitu sebelum zohor 4 rakaat, selepas zohor 2 rakaat, selepas maghrib 2 rakaat, selepas insyak 2 rakaat dan sebelum subuh 2 rakaat.”
(Al-Tirmizi : 379)
Terdapat juga dalam riwayat yang lain menyatakan 10 rakaat sunat sahaja iaitu 2 rakaat sebelum zohor. Kesimpulannya, solat sunat rawatib adalah solat sunat yang mengiringi solat fardhu samada sebelum atau selepas solat yang dilakukan secara konsisten oleh baginda saw iaitu sebelum zohor 2 atau 4 rakaat, selepas zohor 2 rakaat, selepas maghrib 2 rakaat, selepas insyak 2 rakaat dan sebelum subuh 2 rakaat. Jumlah keseluruhan iaitu sebanyak 10 atau 12 rakaat. Terdapat juga dalam kalangan ulama yang menamakannya sebagai sunat muakkad (diberi penekanan). Manakala solat-solat sunat yang mengiringi solat fardhu tetapi tidak termasuk dalam kategori tersebut dinamakan sebagai ghair muakkad (tidak diberi penekanan) atau sunat yang tidak dilakukan secara konsisten oleh baginda saw seperti sunat sebelum Maghrib, sebelum Isyak dan sebelum Asar. Ini bukan beerti sunat-sunat tersebut tidak harus dilakukan. Secara umumnya solat sunat tersebut masih termasuk dalam gesaan nabi saw yang bermaksud: “sembahyanglah di antara dua azan” yakni di antara azan dan iqamah.
Nawafil bermaksud melakukan sesuatu melebihi fardhu. Apabila dikaitkan dengan solat nawafil maka ia merujuk kepada solat-solat sunat yang tidak dikaitkan mengiringi solat fardhu seperti solat dhuha, tahajjud, witir, aidil fitri, hajat, istikharah dan sebagainya. Sekalipun terdapat perbezaan antara istilah rawatib dan nawafil namun hakikatnya kedua-dua istilah tersebut merujuk kepada amalan atau solat yang disunatkan iaitu (ma zida ala al-fardh – tambahan daripada solat fardhu).
Adapun solat sunat sebelum solat Jumaat juga termasuk dalam permasalahan yang diperselisihkan ulama. Yang melakukannya berpandukan kepada hadis “sembahyanglah di antara dua azan” dan perbuatan sahabat Abdullah bin Mas’ud seperti yang diriwayatkan oleh Imam Tirmizi. Manakala solat sunat selepas solat Jumaat berdasar hadis riwayat Imam Muslim bahawa nabi saw bersabda: “Apabila seseorang kamu mendirikan solat Jumaat maka hendaklah dia mendirikan solat (sunat) selepas itu empat rakaat.
Sekian والله أعلم
Disediakan oleh:
Dr Ridzuan Ahmad
Ahli Panel MUIS
Dr Ridzuan Ahmad
Ahli Panel MUIS
Solat tahajud lepas isyak
Assalamualaikum ustaz, andainya selepas solat fardu Maghrib, saya tertidur. Apabila jam 1 pagi, saya terbangun dan saya menunaikan solat Isya' seterusnya menunaikan solat Tahajjud. Apakah tahajjud itu diambil kira?
Jawapan:
الحمدلله رب العالمين و الصلاة و السلام علي أشرف الأنبياء و المرسلين
وعلي آله وأصحابه ومن تبعهم بإحسان إلي يوم الدين ، أما بعد
وعلي آله وأصحابه ومن تبعهم بإحسان إلي يوم الدين ، أما بعد
Ya, solat tahajud tersebut diambil kira. Ini merujuk kepada makna tahajud yang telah disebut sebelum ini. Iaitulah 'tahajud' merujuk kepada solat sunat selepas bangun daripada tidur malam seperti firman Allah swt:
(ومن الليل فتهجد به نافلة لك (الإسراء: ٧٩Maksudnya: Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah sembahyang tahajud padanya sebagai sembahyang tambahan bagimu (al-Isra':79)
Oleh kerana anda belum solat fardhu isyak selepas terbangun daripada tidur, maka wajar bagi anda melakukan solat isyak terlebih dahulu. Selepas itu tunaikanlah solat sunat ba'diyyah isyak dan selepas itu barulah tunaikan solat sunat tahajud.
Sekian والله أعلم
Rujukan:
1) Islam Online
1) Islam Online
Disediakan oleh:
Ahmad Zainal Abidin
Setiausaha MUIS
Ahmad Zainal Abidin
Setiausaha MUIS
Friday, January 21, 2011
Perkahwinan Yang Diberkati Allah
Posted by @ayesha
Tahniah kepada semua ahli keluarga yang telah melalui proses perkahwinan yang diredhai Allah. Pengantin yang mengharapkan perkahwinan yang diberkati Allah, InsyaAllah bakal melahirkan zuriat yang soleh dan solehah. Zuriat inilah kelak yang akan menyejukkan hati ibu bapa sepanjang hayat bahkan yang penting sekali bakal membahagiakan ibu bapanya di akhirat kelak. Matlamat mendirikan ‘masjid’ atau baitul muslim (rumah tangga Muslim) mestilah berbeza dengan rumah tangga ‘non muslim’.Bahagia rumah tangga Muslim tidak sama dengan bahagia rumah tangga non-muslim. Matlamat kebahagiaan rumah tangga Muslim tidak terpisah dari matlamat untuk mendapatkan keredhaan dan pujian dari Allah SWT. Inilah visi kehidupan suami isteri Muslim. Allah adalah matlamat kita. Sebaliknya bahagia rumah tangga non-muslim semata-mata mengharapkan ganjaran dunia dan kepuasan hawa nafsu. Dunia dan hawa nafsu ini kelak yang akan mengheretnya ke jurang neraka.
Bertaubat dan betulkan kesilapan
Ramai ahli masyarakat tidak sedar bahawa cara mengadakan majlis perkahwinan dan pertunangan banyak memberi kesan positif atau negatif kepada planning mereka untuk melahirkan zuriat yang soleh. Mereka hanya tahu bersungut jika anak degil tak minat atau tidak cenderung pada agama Islam. Tapi mereka lupa apa yang mereka telah lakukan sebelum, semasa dan selepas mereka berkahwin. Sejarah hitam pasti berulang jika kita tidak ’break’ dengan ilmu dan penghayatan agama yang mendalam seikhlas hati.
Sketsa I
Anak : Ibu dan ayah tak nak tengok ke gambar pertunangan Laila? Terkejut beruk tengoknya...dah le ’make-up’ tebal macam pelakon wayang Cina, baru bertunang dah ambil gambar bersalam dan cium tangan tunang...
Ayah : Astaghfirullah al ’azim, betul ke? Patut le di Mekah lagi hati ayah ni tak nak menanya-nanya pasal majlis pertunangan tu, jauh lagi nak ucap Tahniah. Kita ucap takziah pada keluarganya kerana adanya campur aduk maksiat dalam pertunangan keluarga Islam.
Ibu : Nampaknya usaha buat tazkirah lebih setahun dalam keluarga ni... macam mencurah air di daun keladi, tak berkesan langsung di hati ibu bapa dan anak- anak. Ibu kesiankan ayah, berusaha mati-matian demi keluarganya tapi disia-siakan oleh ahli keluarganya sendiri (adik beradik dan anak-anak saudara).
Lihatlah siang tadi, adik perempuan kandung ayah keluar rumah macam nyonya tak pakai tudung, tak ada rasa berdosa langsung. Kesian tengok ayah, nak tegur tapi nak jaga hati adik. Anak ibu jangan sekali-kali kecewakan ayah, ayah penat!..(tergenang air mata)
Ayah :Hati mereka belum rasa nak faham Islam. Ayah bersyukur, ramai sahabat-sahabat yang menghargai dan menjadi pendukung yang kuat dalam kerja dakwah ini. Isteri dan anak ayah adalah sahabat yang paling memahami hasrat ayah. Penat macam mana sekalipun, tugas ayah dalam keluarga ayah akan ayah teruskan sampai mati. Anak ayah akan teruskan tugas ini kalau ibu dan ayah dah tiada lagi di dunia ini.
Anak : Insya Allah, doakan panjang umur dan dapat ’sebaik-baik perhiasan di dunia’.
Ibu : Itulah yang ibu doakan sepanjang berada di Mekah dan Madinah dan di waktu sujud terakhir setiap kali solat. ”Ya Allah , jodohkanlah anakku dengan sebaik- baik wanita yang bakal menghuni syurga-Mu”. Ibu doa sampai menitis air mata, penuh harap Allah kurniakan sebaik-baik perhiasan dunia untuk anak ibu.
Ayah : Tepat pilihan anak ayah. Sabda Nabi saw ”sebaik-baik perhiasan dunia adalah isteri solehah”. Barulah doa ”ya Allah kurniakan kebaikan untukku di dunia dan akhirat” akan dimakbulkan oleh Allah. Insya Allah. Anak ayahlah satu-satunya harapan yang akan meneruskan majlis walimah yang diberkati Allah. Mudah-mudahan cucu cicit ayah kelak lebih soleh dan solehah, dan menyenangkan hati anak dan menantu ayah. Insya Allah.
Sketsa II
Babak I
Hj Inal : Jom kita sandingkan anak Hj Ali ni. Mak bapak dia dulu tak nak bersanding. Takut kempunan nanti.
Hj Imiahus: Ha cepat, naik pelamin tu. Orang semua kawin bersanding, mak bapak kau haram tak nak bersanding. Jangan menyalahi adat kita. Bersanding tu kan adat Melayu....
Babak II
Anak Hj Ali : Kesian Pak Inal dan Pak Imiahus, dah pergi Haji dan umrah banyak kali, tapi tak faham-faham bersanding tu adat Hindu, rukun Hindu ke – 13. Apa hukum kita campur adukkan rukun Hindu dengan Islam ayah?
Hj Ali : Kalau sayangkan AQIDAH, lebih baik jauhi perkara-perkara yang boleh membatalkan syahadah kita. Kahwin ini adalah planning seumur hidup. Cuba fikir, mungkinkah Allah berkati dan redhai perkahwinan yang bercampur aduk dengan rukun Hindu?
Isteri Hj Ali :Yang nak bersanding sangat tu Nafsu bukan Iman. Sahabat-sahabat Rasulullah saw, salafus soleh dan Tabiien tak bersandingpun tapi lihat zuriat mereka, Masya Allah hebat-hebat belaka dalam mendukung Deen Allah.
Sebaik-baik Perhiasan Dunia
Rasulullah saw. sendiri termasuk orang yang mencintai wanita. Beliau bersabda, "Dijadikan aku menyukai wanita dan wangi-wangian. Dan, dijadikan kesejukan mata hatiku di dalam shalat."
(HR An-Nasai dan Hakim).
Selain itu, diterangkan dalam hadis lain, "Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah. Jika ia (suami) memandangnya, dia (isteri) menyenangkannya. Jika suami memerintahkannya, dia mentaatinya. Jika suami tidak berada di sisinya, dia senantiasa menjaga dirinya dan harta suaminya."
(HR Muslim, Nasai, dan Ibnu Majah).
Meskipun sudah tahu bahawa kehidupan akhirat lebih utama, tetapi kebanyakan manusia tidak menempuh jalan untuk menggapainya. Jika manusia disuruh untuk memilih dua hal berikut: "mulia di dunia tetapi sengsara di akhirat dan mulia di akhirat namun sengsara di dunia". Manusia akan membuat satu pilihan lain iaitu mulia di dunia dan mulia di akhirat. Itu memang idealnya. Atau, minima dia akan mulia di akhirat meskipun sengsara di dunia. Itu pilihan mereka, tapi pada kenyataannya itu hanya pilihan belaka dan mereka tidak mau mengambil risiko, atau berusaha sekuat tenaga untuk mendapatkan kemuliaan di akhirat, yang kemuliaan tidak semudah itu.
Jadi, seharusnya segala hal yang kita upayakan dan semua aktiviti yang kita lakukan adalah "akhirat oriented", agar setiap langkah kita yang gerakkan, setiap keringat yang kita cucurkan, dan setiap pengorbanan yang kita persembahkan mempunyai nilai di sisi Allah SWT dan menjadi catatan kebaikan bagi kita yang akan sangat dibutuhkan kelak.
Jangan sampai kita banyak mengorbankan sesuatu, tetapi pengorbanan itu sia-sia saja di sisi Allah, sebaliknya tidak mendapatkan kebahagiaan akhirat melainkan hanya dunia saja. Kerana, boleh jadi sebahagian orang telah disegerakan balasan kebaikannya di dunia ini, iaitu apa yang mereka upayakan sudah dibalas oleh Allah pada kehidupan dunia. Tapi sayangnya jika kita mengenepikan syariat Allah atau mencampur adukkan syariat Allah dengan budaya bukan Islam (bersanding, tiup lilin kek hari jadi, bersalaman dengan tunang dsb) kita hanya dapat menikmati dunia dan menuruti hawa nafsu sepuasnya, sebaliknya akan diazab di akhirat nanti. Na'udzubillah. Bertaubatlah. Break segala kejahilan ini dengan ilmu Islam. Hayati Islam sejujurnya, barulah keluarga kita semua akan selamat dari generasi ke generasi.
src : http://topdaik.blogspot.com/2008/06/perkahwinan-yang-diberkati-allah.html
IKHLASKAH KITA ??

Ikhlaskah kita dalam melaksanakan perintah Allah, umpamanya solat? Adakah kita melaksanakannya sekadar melepaskan rasa tanggungjawab atau kita mengerjakannya kerana rasa cinta dan rindu yang mendalam untuk bertemu dengan Kekasih kita?
Beratkah hati kita untuk menghulurkan derma sekadar RM 1 kepada anak-anak kecil yang datang meminta sedekah daripada kita? Atau kita bersedia dengan penuh kerelaan menghulurkan wang lebih dari apa yang dijangka? Bagaimana pula dengan pertolongan yang kita berikan ? Adakah kita membantu mereka yang memerlukan atas dasar ukhuwah Islamiyyah dan kasih sesama insan, atau kita membantu supaya kita dikenali dan dikenang sebagai orang yang budiman?
Apa perasaan kita tatkala kita diminta ketua untuk melaksanakan sesuatu tugasan? Kecewakah kita andai pekerjaan yang kita lakukan selama ini tidak dihargai orang? Lantaran kecewa, kita memutuskan untuk tidak lagi memberikan yang terbaik.
Buat sekadarnya kerana beranggapan manusia tidak melihat apa yang kita lakukan. Usaha yang dilakukan dirasakan tidak bererti andai tidak mendapat pujian dan pengiktirafan manusia kerana rasa riak tumbuh subur di hati.
Amat sukar untuk menentukan keikhlasan seseorang. Kita boleh sahaja membohongi manusia lain dengan mengatakan bahawa kita ikhlas untuk melakukan sesuatu perkara.
Namun, hakikat sebenarnya. Allah lebih mengetahui sejauh mana keikhlasan kita. Adakah kita melakukan sesuatu kerana mengharapkan keredhaan Allah semata, mahupun kita melakukannya kerana mengharapkan pujian daripada manusia. Sebahagian ulama’ menyatakan bahawa amat sukar untuk mengetahui keihklasan seseorang. Ia umpama seekor semut hitam di atas batu hitam di malam yang kelam. Segalanya menjadi gelap.
Kita boleh sahaja merujuk Surah Al-Insan bermula ayat 8-9 ini untuk lebih memahami definisi ikhlas :
“ Mereka juga memberi makan benda-benda makanan yang dihajati dan disukainya, kepada orang miskin dan anak yatim serta orang tawanan,(8) Sambil berkata dengan lidah atau dengan hati): Sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu kerana Allah semata-mata; kami tidak berkehendakkan sebarang balasan dari kamu atau ucapan terima kasih(9)
Antara kupasan ringkas berhubung ikhlas dalam ayat di atas adalah, kita akan dianggap ikhlas sekiranya kita memberikan atau menginfaqkan sebahagian daripada makanan mahupun harta yang kita sayangi kepada orang lain. Bukan menjamu makanan yang sudah tidak elok mahupun lebihan yang ingin dibuang.
Begitu juga dengan harta-harta yang lain. Kita tidak memberikan seuatu yang sudah buruk,rosak mahupun tidak berharga lagi. Ini kerana, golongan miskin dan mereka yang memerlukan juga memiliki maruah dan harga diri yang perlu kita raikan. Kita memberi untuk menggembirakan mereka, bukan untuk menghina mereka.
Sekiranya kita ikhlas dalam pemberian mahupun amalan, ini bermakna bahawa kita sesekali tidak mengharapkan balasan atas apa yang telah diberikan.Kita melakukannya semata-mata untuk mendapatkan keredhaan Allah jua. Kita beramal ibadah bukan untuk menagih syurgaNya semata-mata, tetapi kita lakukan kerana cinta terhadap DIA. Kita menghulurkan bantuan dan pertolongan kerana hati benar-benar ikhlas membantu. Bukan kerana mengharapkan nama, pujian dan sanjungan daripada manusia.
Kita langsung tidak mengharapkan balasan mahupun ucapan terima kasih. Sebahagian ulama’ berpendapat bahawa ikhlas belum lagi wujud sekiranya di hati kita masih menunggu dan mengharapkan ucapan terima kasih daripada orang yang dibantu.
Allah hanya menerima amalan yang disertai dengan sifat ikhlas. Derma sebanyak satu sen yang diberikan adalah lebih tinggi nilainya di mata Allah jika dibuat dengan ikhlas, berbanding sumbangan jutaan ringgit yang diberikan untuk mendapatkan perhatian dan pujian manusia. Allah tidak melihat kepada natijah atau hasil daripada apa yang kita kerjakan namun DIA menilai kepada kesungguhan dan usaha yang kita lakukan.
Sesuatu amalan yang tidak disertai sifat ikhlas hanya akan mengundang kemurkaan Allah. Selain itu, sesuatu yang dikerjakan tanpa dihadiri perasaan ikhlas juga tidak akan mendapat ganjaran pahala darinya.
“Dan juga orang-orang yang membelanjakan hartanya dengan menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak), dan mereka tidak pula beriman kepada Allah dan tidak juga beriman kepada hari akhirat. Dan sesiapa yang (mengambil) Syaitan itu menjadi kawannya, maka seburuk-buruk kawan ialah syaitan.”
(Surah An-Nisa’ : ayat 38 & 142)
Sebagai motivasi buat diri sendiri dan kepada semua, ada baiknya untuk kita merenung dua hadith Nabi SAW berkaitan anjuran supaya ikhlas ini:
“ Sesungguhnya Allah SWT tidak memandang kepada rupa paras dan harta benda seseorang, tetapi Allah hanya memandang kepada niat hati dan amalan kamu” (Riwayat Muslim)
“ Usaha yang paling baik ialah usaha orang yang bekerja dengan ikhlas”. (Riwayat Ahmad)
Tuesday, January 4, 2011
Kasih Kepada Rasulullah
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya: “Didiklah anak-anak kamu atas tiga sifat iaitu: cintakan nabi mereka, cintakan keluarga Nabi dan membaca al-Quran.” (At-Tabrani)
Huraian:
- Kita perlu beradab dengan Rasulullah SAW dalam semua keadaan sekalipun baginda sudah wafat.
- Adalah tidak memadai mengasihi Rasulullah dengan sekadar berselawat memuji baginda sahaja sedangkan diri kita tidak pernah mencontohi segala tindakan dan akhlak baginda tetapi mengasihi Rasulullah mestilah disertakan dengan segala tindakan anggota badan iaitu dengan mendirikan segala kewajipan beribadat serta berusaha melaksanakan tuntutan yang lain sebagai menandakan keyakinan yang tidak berbelah bahagi terhadap kebenaran Islam yang dibawa oleh baginda.
- Cintakan keluarga baginda pula bererti menjaga kemuliaan atau nama baik keluarga Rasulullah iaitu tidak membiarkan sebarang fitnah dan cercaan berlaku oleh orang-orang kafir atau mereka yang mahu mengkhianati Islam.
- Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah SAW, maka sebagai menjaga keteguhan iman dan aqidah, seorang Muslim itu hendaklah sentiasa membacanya dan menjadikan al-Quran sebagai petunjuk dan pedoman agar terhindar daripada kejahatan dan kesesatan.
Sunday, December 19, 2010
Solat Sunat Tahajjud
Shalat Tahajjud adalah shalat sunah yang dilakukan pada malam hari setelah tidur terlebih dahulu, karena arti Tahajjud adalah bangun pada malam hari.Afdhalnya shalat Tahajjud dilakukan pada sepertiga malam yang akhir yaitu kira-kita mulai jam 1.00 malam sampai menjelang masuk waktu shubuh berdasarkan hadits Nabi:"Perintah Allah turun ke langit diwaktu tinggal sepertiga yang akhir dari waktu malam, lalu berseru, adakah orang-orang yang memohon ( berdoa ) pasti akan kukabulkan, adakah orang yang meminta, pasti akan kuberikan dan adakah yang mengharap ampunan, pasti akan kuampuni baginya sampai tiba waktu shubuh"(al Hadits).
Cara Melaksakan Shalat Tahajjud :
Shalat Tahajjud dilaksanakan dengan Munfarid ( tanpa berjamaah ), minimal dua rokaat dan maksimal tidak terhingga jumlah rakaatnya sampai hampir masuk waktu shubuh dan dilaksanakan setiap dua rakaat satu salam sebagaimana hadits Nabi saw:
"Shalat malam itu adalah dua rakaat, dua rakaat apabila khawatir akan masuk waktu shubuh maka berwitirlah satu rakaat saja" ( HR.Bukhari-Muslim ).
- > Niat shalat Tahajjud didalam hati berbarengan dengan Takbiratul Ihram. "Aku niat shalat sunah Tahajjud dua rakaat karena Allah"
- > Membaca doa Iftitah
- > Membaca surat al Fatihah
- > Membaca salah satu surat didalam al quran.Afdhalnya rokaat pertama membaca surat al Kafirun dan rakaat ke dua membaca surat al Ikhlas
- > Ruku' sambil membaca Tasbih tiga kali
- > I'tidal sambil membaca bacaannya
- > Sujud pertama sambil membaca Tasbih tiga kali
- > Duduk antara dua sujud sambil membaca bacaannya
- > Sujud yang kedua sambil membaca Tasbih tiga kali.
- > Setelah selesai rakaat pertama, lakukan rokaat kedua sebagaimana cara diatas, kemudian Tasyahhud akhir setelah selesai maka membaca salam dua kali dan rakaat-rakaat selanjutnya sama dilakukan seperti contoh diatas.
- > Setelah selesai shalat Tahajjud bacalah zikir yang mudah ( Allah - Allah - Allah ) terutama perbanyak Istigfar (mohon ampun), adakan dialog bathin dengan Allah sampaikan semua unek-unek yang ada dalam hati lalu ditutup dengan doa.
SOLAT ISTIKHARAH
Seseorang yang menghadapi sesuatu soal yang bersifat mudah, sedang ia sendiri masih ragu-ragu mana sebaiknya dilakukan, maka di sunatkan mengerjakan solat yang bukan termasuk wajib. Solat itu boleh saja di waktu mengerjakan sunat Rawatib atau Tahiyatul-masjid dan boleh pula di waktu malam atau pun siang, sedang bacaan sehabis Al-Fatihah dapat dipilih sekehendaknya. Niat Solat Istikharah | |||||
| Sengaja aku mengerjakan sembahyang istikharah dua rakaat kerana Allah Ta'ala Doa Solat Istikharah "Ya Allah, saya memohonkan pilihan menurut pengetahuanMu dan memohonkan penetapan dengan kesuasaanMu juga saya memohonkan kurniaMu yang besar, sebab sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui dan saya tidak mengetahui apa-apa. Engkau Maha Mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah, jikalau di dalam ilmuMu bahawa urusan saya ini........baik untukku dalam agamaku, kehidupanku serta akibat urusanku, maka takdirkanlah untukku dan mudahkanlah serta berikanlah berkah kepadaku di dalamnya. Sebaliknya jikala di dalam ilmumu bahawa urusan ini buruk untukku, dalam agamaku, kehidupan serta akibat urusanku, maka jauhkanlah hal itu daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya serta takdirkanlah untukku yang baik-baik saja dimana saja adanya, kemudian puaskanlah hatiku dengan takdirMu itu." | |||||
SOLAT SUNAT DHUHA
1) Bilangan rakaat : 2 hingga 12 rakaat (2 rakaat 1 salam)
2) Waktu : Pagi anggaran 8.00 pagi hingga 11.00 pagi
Niatnya:
"Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"
Baca ketika sujud yang terakhir - 3 kali
Baca doa ini selesai solat

Maksudnya:
Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.
SOLAT SUNAT TASBIH
Jikalau dilakukan waktu siang satu salam saja dan jika dilakukan waktu malam dua salam. Bilangan solat tasbih adalah 4 rakaat. Diperintahkan bagi kita untuk mengerjakannya setiap hari sekali, kalau tidak sanggup, satu kali dalam satu jumaat, atau satu kali dalam sebulan, ataupun satu kali dalam setahun, jika tidak sanggup juga, satu kali dalam seumur hidup! Bacaan tasbih itu ialah : Lafaz Niat Solat Sunnat Tasbih | |||||
| Sahaja aku sembahyang sunnat tasbih empat rakaat kerana Allah Ta'ala Caranya ialah : 1. Setelah membaca doa iftitah dibaca tasbih 15 kali. 2. Setelah membaca fatihah dan surah 10 kali. 3. Ketika rukuk dan setelah membaca tasbih rukuk, dibaca 10 kali. 4. Semasa I'tidal dan setelah bacaan I'tidal 10 kali. 5. Sujud pertama dan setelah membaca tasbih sujud, dibaca 10 kali 6. Semasa duduk di antara dua sujud setelah membaca doa yang biasa di dalamnya, dibaca 10 kali 7. Sujud kedua dan setelah membaca tasbih sujud, 10 kali. Doa Sunat Sembahyang Tasbih "Ya Allah, Ya Tuhanku, aku bermohon taufiq daripada Mu seperti mana orang-orang yang telah Engkau beri petunjuk, dan jadikanlah amalan ini sepertimana amalan ahli yakin, dan jadikan aku dari golongan yang menerima nasihat, orang-orang yang bertaubat, dan keazaman ku seperti mana orang-orang yang takut. Dan aku bermohon seperti mana pemohon orang yang suka kepada kebaikan dan beribadah seperti ibadat orang-orang yang warak. Dan jadikan pengetahuanku ini sebagai ahli-ahli yang berilmu sehingga aku termasuk ke dalam golongan orang yang takut kepada Engkau. Ya Allah, aku memohon kepadaMu, jadikan dalam diriku ini perasaan takut yang dapat menghalang aku daripada melakukan maksiat sehinggalah aku beramal dengan penuh ketaatan kepadaMu sebagaimana amalan yang aku merasa perlu mendapatkan keredhaanMu dan juga sehingga aku betul-betul ikhlas dan bertawakal kepadMu dalam setiap perkara, dan aku memohon supaya menjadi orang yang baik sangka terhadap Engkau Maha Suci Engkau Pencipta Cahaya kebenaran. Ya Tuhan kami, sempurnakanlah kepada kami cahaya kebenaran, dan ampunilah kami. Sesungguhnya di atas sesuatu itu Engkau Maha Berkuasa." | |||||
Solat Taubat Penjernihan Jiwa
Sumber rujukan: Solat Taubat (Panduan Penjernihan Jiwa)
Muhammad Isa Selamat
Muhammad Isa Selamat
ALLAH swt sentiasa memerintahkan kita supaya bertaubat, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang sebenar.” (At-Tahrim: 8.)
Allah telah membuka pintu harapan kepada hamba-hambaNya: “Katakanlah; wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Az-Zumar: 53)
Syarat-syarat taubat :
- Ikhlas ingin bertaubat
- Tidak akan mengulangi perbuatan dosa itu lagi
- Menyesal atas perbuatan yang telah dilakukan
- Harus mempunyai tekad di dalam hati tidak akan melakukan dosa itu untuk selama-lamanya
- Dikerjakan sebelum ajal tiba
Jika salah satu syarat tidak dipenuhi, maka taubat yang dilakukan itu tidaklah sah. Jika dosa berkaitan dengan manusia yang lain, maka syaratnya ditambah lagi, iaitu harus dapat membebaskan diri dari hak orang yang berkaitan. Contohnya jika hal itu berbentuk harta, harus dikembalikan. Jika berbentuk hukuman, ia harus menyerahkan diri mohon dimaafkan. Jika hal berupa cacian dan sebagainya, maka ia harus memohon keredhaannya.
Waktu melaksanakan taubat :
Taubat tidak boleh diundur-undur atau ditunda. Kerana jika demikian ia sangat berbahaya bagi hati manusia. Jika tidak segera menyucikan diri sedikit demi sedikit, maka pengaruh dosa itu akan bertompok-tompok, dan akhirnya akan merosakkan hati sehingga tertutup dari cahaya kebenaran.
Di antara penyebab yang akan membangkitkan jiwa bertaubat seseorang itu adalah jiwa yang selalu mengingati hari kematian dan hidup bersendirian di dalam kubur. Kata-kata mati adalah sesuatu yang sangat menakutkan kebanyakan manusia. Mati beerti berpisah dengan segala yang disayangi atau dicintai. Hari terputusnya segala nikmat. Sedangkan berpisah sebentar sahaja dengan anak atau isteri, dapat mengalirkan air mata kesedihan, apa lagi berpisah untuk selamanya
Firman Allah: “Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula.” (Az-Zumar: 30)
Di samping mengingat tentang azab penderitaan yang bakal dihadapi oleh orang-orang yang berdosa mengingat kenikmatan syurga yang bakal ditempati oleh orang-orang yang soleh juga akan dapat membangkitkan keinginan jiwa untuk melakukan taubat dengan segera.
Cara melaksanakan solat taubat :
Cara melaksanakan solat taubat ini sama dengan solat biasa, iaitu setelah berwuduk dengan sempurna, lalu berdiri di tempat yang suci, menghadap kiblat;
- Waktu di lakukan – bila-bila masa merasa telah berbuat dosa (kecuali waktu makruh tahrim utk melakukan solat)*. Sebaik-baiknya 2/3 malam (pukul 2 pagi ke atas), semasa Qiyamullail
- Lafaz niat: “Sahaja aku mengerjakan solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Ta’ala.” (Cukup di dalam hati, ada perbahasan ulama’ tentang lafaz niat dlm ibadah – sila rujuk kpd pakar feqah)
- Rakaat pertama membaca (disunatkan membaca doa Iftitah) kemudian surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran.
- Rakaat kedua membaca surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran.
- Semasa sujud akhir rakaat kedua, ucapkanlah Doa Nabi Yunus sebanyak 40 kali (bersungguh-sungguh di dalam hati memohon keampunan dari Allah Ta’ala),
- Selepas salam, perbanyakkan istighfar seperti,
Ertinya: “Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.”
Ertinya: Ampunilah hamba Ya Allah. Tuhan yang Maha Agung. Tiada Tuhan yang lain melainkan hanya Engkau. Dialah Tuhan yang Maha Hidup lagi Maha Perkasa dan hamba bertaubat kepada Engkau ya Allah.
- dan berdoa dengan Penghulu Istighfar,
Ertinya: “Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hamba-Mu dan aku di dalam genggaman-Mu dan di dalam perjanjian setia ( beriman dan taat ) kepada-Mu sekuat mampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau.”
- Kemudian boleh juga berdoa mengikut luahan hati dan munajat masing-masing ke hadhrat Allah.
Untuk pembacaan lanjut tentang taubat — http://nurjeehan.wordpress.com/tag/taubat/
———————————————————–
*Makruh tahrim – Petikan dari “170 Solat-Solat Sunat”, Abd Rahman Mukhlis, Terbitan Jasmin Enterprise, ms 8-9 ;
Fuqaha Syafi’iyah berpendapat bahawa makruh tahrim hukumnya melaksanakan sembahyang sunat tanpa sebab, dan sembahyang itu dipandang tidak sah jika dilakukan dalam lima waktu berikut:
- Selepas sembahyang Subuh yang dilaksanakan secara tunai (bukan sembahyang qadha’), hingga matahari menyingsing sepenggalah.
- Ketika matahari terbit hingga menyingsing seperti galah.
- Selepas melakukan sembahyang Asar yang dilaksanakan secara tunai sekalipun ia dijamak dengan Zuhur pada waktu Zuhur (jamak taqdim).
- Ketika matahari berwarna kuning, hingga terbenam seluruhnya.
- Ketika matahari benar-benar berada di atas kepala (di tengah-tengah langit) hingga gelincir ke Barat. Kecuali waktu Istiwa’ (matahari berada di tengah-tengah langit pada hari Jumaat.
Bagaimanapun, jika sembahyang yang dilakukan itu ada sebab yang mendahuluinya seperti sembahyang Tahiyyatul Masjid, walaupun khatib sudah berada di atas mimbar, sembahyang Sunat Wuduk dan sembahyang Sunat Tawaf sebanyak dua rakaat.
Begitu juga sembahyang yang mempunyai waktu terkait (muqayyad), seperti sembahyang Istisqa’ dan sembahyang Gerhana Matahari. Maka hukumnya adalah sah tanpa dimakruhkan, sebab ia terkait dengan turunnya hujan dan terhalangnya cahaya matahari.
Adapun melaksanakan sembahyang sunat ketika bilal qamat adalah makruh tanzih, kecuali ketika qamat sembahyang Jumaat. Sembahyang sunat yang dilakukan ketika bilal sudah qamat pada sembahyang Jumaat adalah haram hukumnya.
Wednesday, December 15, 2010
Keutamaan Amalan di 10 Muharram
1. Melapangkan masa / belanja anak dan isteri
2. Memuliakan fakir miskin
3. Menahan marah
4. Menunjukkan jalan yang lurus/membetuli orang sesat/orang yang salah(terpesong aqidah (tauhid)) dan akhlaknya.
5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim(menghormati dan memuliakan mereka)
6. Bersedekah
7. Memelihara kehormatan diri
8. Mandi Sunat dengan lafaz niatnya: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
9. Bercelak
10. Membaca Qulhuwallah (surah Al-ikhlas) hingga akhir seribu kali
11. Sembahyang sunat empat rakaat. kerana Allah Taala. Pada rakaat pertama dan kedua selepas al-Fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.
12. Menjamu orang berbuka puasa
13. Puasa Sunat Asyura dengan niatnya dibaca Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.
2. Memuliakan fakir miskin
3. Menahan marah
4. Menunjukkan jalan yang lurus/membetuli orang sesat/orang yang salah(terpesong aqidah (tauhid)) dan akhlaknya.
5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim(menghormati dan memuliakan mereka)
6. Bersedekah
7. Memelihara kehormatan diri
8. Mandi Sunat dengan lafaz niatnya: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
9. Bercelak
10. Membaca Qulhuwallah (surah Al-ikhlas) hingga akhir seribu kali
11. Sembahyang sunat empat rakaat. kerana Allah Taala. Pada rakaat pertama dan kedua selepas al-Fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.
12. Menjamu orang berbuka puasa
13. Puasa Sunat Asyura dengan niatnya dibaca Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.
Saturday, December 4, 2010
7 KELEBIHAN KEPADA PENCINTA AL-QURAN
1. Tidak nyanyuk sampai hari tua ;
2. Orang tua yang mengamalkan Quran diumpamakan macam Quran buruk, lunyai, hancur, tetap disayangi, tetap dihargai. Orang masih menghormati dan mencintainya serta meletakkannya di tempat yang baik-baik. MasyaAllah! How true this is, I've seen with my very own eyes the evidence of this.
3. Orang yang mencintai al-Quran tidak perlu susah hati dengan usia tua, kalau tidak ada anak yang dapat menjaga dirinya, tetap akan ada orang yang Allah datangkan untuk menjaganya kerna ini adalah janji Allah kepada hamba-hamba NYA yang menjunjung kemuliaan mukjizat. Golongan ini dalam pengawasan para malaikat;
4. Orang yang junjung al-Quran dalam dirinya akan dijaga keselamatannya oleh Allah di dunia, di dalam kubur dan pada hari akhirat (ini untung 3 alam wahai para sahabatku!!!)
5. Wajahnya bercahaya-cahaya dan mesra untuk didekati;
6. Orang yang membaca al-Quran tidak dihina . Dia tidak akan menjadi peminta sedekah atau makan sampah di jalanan, misalnya.
7. Pengamal al-Quran hidupnya tampak sederhana tetapi sebenarnya dia kaya dengan sumber rezeki yang tidak diduga. Inilah lambang keberkatan yang Allah hadiahkan kepadanya. MasyaAllah!!!
Kita tak nak ke semua yang di atas tu???? Mesti mau kan??? Jadi, marilah kita sama-sama berusaha untuk menjadi bukan saja blogger tegar malah jauh lebih baik pengamal al-Quran yang tegar :))
Allah Maha Pengasih dan Penyayang kerana Dia telah menjamin orang yang selalu membaca al-Quran akan diberi ketenangan. Al-Quran ni Allah jamin boleh membelah tujuh petala langit dan tujuh petala bumi! Apatah lagi kulit kita yang nipis ni lagi mudah ditembusi dengan mukjizat ayat-ayat al-Quran.
Quran ini hidup. Dia ada roh. Dia kenal siapa yang mendampinginya. Apabila roh Quran telah bersatu dengan si pembaca, ia bagaikan suasana antara ibu dan anak - terlalu sayang. Apabila begitu, Al-Quran akan menjaga orang yang menghargainya bukan saja di dunia malah di alam kubur dan juga di akhirat. Dia akan bantu kita di dalam 3 alam yang berbeza!
Al-Quran menjamin ketenangan kita di dunia, dijaganya kita daripada seksa kubur, disinarnya kubur kita dengan cahaya dan dilapangkan kubur kita hinggalah hari kiamat. Begitulah setianya al-Quran kepada kita kalau kita memilihnya menjadi sahabat sejati kita yang hakiki.
Tapi kalau sebaliknya kita tak pernah langsung nak pegang al-Quran apa lagi nak baca dan amalkan suruhannya, maka jadilah kita antara sia yang dilaknat oleh Al-Quran (Na'uzubillai minzaalik). Dan tanda al-Quran melaknat manusia:
1. Di depan orang kita disanjung tetapi di belakang orang kita dihina dan dikutuk;
2. Rezeki tak pernah cukup;
3. Rumahtangga tidak tenang;
4. Semua orang kita anggap musuh.
Mudah-mudahan kita tak termasuk dalam golongan yang empat ni.
2. Orang tua yang mengamalkan Quran diumpamakan macam Quran buruk, lunyai, hancur, tetap disayangi, tetap dihargai. Orang masih menghormati dan mencintainya serta meletakkannya di tempat yang baik-baik. MasyaAllah! How true this is, I've seen with my very own eyes the evidence of this.
3. Orang yang mencintai al-Quran tidak perlu susah hati dengan usia tua, kalau tidak ada anak yang dapat menjaga dirinya, tetap akan ada orang yang Allah datangkan untuk menjaganya kerna ini adalah janji Allah kepada hamba-hamba NYA yang menjunjung kemuliaan mukjizat. Golongan ini dalam pengawasan para malaikat;
4. Orang yang junjung al-Quran dalam dirinya akan dijaga keselamatannya oleh Allah di dunia, di dalam kubur dan pada hari akhirat (ini untung 3 alam wahai para sahabatku!!!)
5. Wajahnya bercahaya-cahaya dan mesra untuk didekati;
6. Orang yang membaca al-Quran tidak dihina . Dia tidak akan menjadi peminta sedekah atau makan sampah di jalanan, misalnya.
7. Pengamal al-Quran hidupnya tampak sederhana tetapi sebenarnya dia kaya dengan sumber rezeki yang tidak diduga. Inilah lambang keberkatan yang Allah hadiahkan kepadanya. MasyaAllah!!!
Kita tak nak ke semua yang di atas tu???? Mesti mau kan??? Jadi, marilah kita sama-sama berusaha untuk menjadi bukan saja blogger tegar malah jauh lebih baik pengamal al-Quran yang tegar :))
Allah Maha Pengasih dan Penyayang kerana Dia telah menjamin orang yang selalu membaca al-Quran akan diberi ketenangan. Al-Quran ni Allah jamin boleh membelah tujuh petala langit dan tujuh petala bumi! Apatah lagi kulit kita yang nipis ni lagi mudah ditembusi dengan mukjizat ayat-ayat al-Quran.
Quran ini hidup. Dia ada roh. Dia kenal siapa yang mendampinginya. Apabila roh Quran telah bersatu dengan si pembaca, ia bagaikan suasana antara ibu dan anak - terlalu sayang. Apabila begitu, Al-Quran akan menjaga orang yang menghargainya bukan saja di dunia malah di alam kubur dan juga di akhirat. Dia akan bantu kita di dalam 3 alam yang berbeza!
Al-Quran menjamin ketenangan kita di dunia, dijaganya kita daripada seksa kubur, disinarnya kubur kita dengan cahaya dan dilapangkan kubur kita hinggalah hari kiamat. Begitulah setianya al-Quran kepada kita kalau kita memilihnya menjadi sahabat sejati kita yang hakiki.
Tapi kalau sebaliknya kita tak pernah langsung nak pegang al-Quran apa lagi nak baca dan amalkan suruhannya, maka jadilah kita antara sia yang dilaknat oleh Al-Quran (Na'uzubillai minzaalik). Dan tanda al-Quran melaknat manusia:
1. Di depan orang kita disanjung tetapi di belakang orang kita dihina dan dikutuk;
2. Rezeki tak pernah cukup;
3. Rumahtangga tidak tenang;
4. Semua orang kita anggap musuh.
Mudah-mudahan kita tak termasuk dalam golongan yang empat ni.
http://islamitutinggi.blogspot.com/2010/06/7-kelebihan-kepada-pencinta-al-quran.html
Thursday, November 18, 2010
Subscribe to:
Comments (Atom)




































