SUMBANGAN / AMAL JARIAH

SUMBANGAN / AMAL JARIAH
jazakallahu khairan kathira

Monday, October 18, 2010

SEDEKAH TERBAIK ADALAH DISAAT SENANG

الحديث رواه أمام البخارى

قال رجل يا رسول الله , أى صدقة أعظم أجرا , قال أن تصدق ,أنت صحيح شحيح , تخشى الفقر وتأمل الغنى ولا تمهل حتى إذا بلغت الحلقوم قلت لفلان كذا أو لفلان كذا

Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah: Sedekah bagaimanakah yang mendapat pahala yang besar?

Rasulullah menjawab: Sedekah disaat kamu sihat atau senang.

kerananya sedekah disaat susah tidak ikhlas kerana sedekah disaat tersebut kamu bersedekah kerana takutkan kefakiran dan berharapkan kekayaan. Janganlah kamu bersedekah disaat nyawa dihalkum.tidak berguna lagi kamu mewasiat untuk si fulan sebanyak ini dan untuk si fulan pula sebanyak ini.

Sunday, October 17, 2010

Friday, October 1, 2010

Insan Yang Merindui Tuhannya

BATAS-BATAS agama itu lahir daripada hukum kehidupan agar umat mendapat kefahaman akan maksud kehidupan di dunia ini mengikut kehendak Tuhan.

Tuhan amat pengasih lagi maha penyayang melalui pintu-pintu taubat yang terbuka untuk hambanya kembali ke pangkal jalan.

Jangan berputus asa dengan rahmat Tuhan sesungguhnya rahmat itu untuk insan yang sering merindui akan Tuhannya.

Insan yang merindui Tuhannya adalah insan yang sering mengingati mati.

Orang yang mengingati mati itu adalah sebijak-bijak manusia.