SUMBANGAN / AMAL JARIAH

SUMBANGAN / AMAL JARIAH
jazakallahu khairan kathira

Tuesday, July 20, 2010

Jalinan Al-Quran dalam Jiwa Anak

Bayi-bayi dilahirkan dengan fitrah, hatinya bersih bergema kesucian, jiwanya putih tak tercelup najis dosa tapi kebanyakan ibu bapa menyajikan mereka dengan hidangan dunia yang meosakkan. Saban hari, begitu ramai yang mengeluh atas masalah hati. Membesar menagih kasih seorang ajnabi. Diperalatkan oleh riak dan hasad dengki. Terperangkap dalam permainan duniawi. Di mana salahnya pendidikan anak-anak Islam kini?

Imam Suyuthi berkata bahawa mengajarkan al-Quran kepada anak-anak merupakan salah satu di antara asas-asas Islam, sehingga mereka tumbuh di atas fitrah. Begitu juga cahaya hikmah akan terlebih dahulu masuk ke dalam hati mereka sebelum dikuasai oleh hawa nafsu dan dinodai oleh kemaksiatan dan kesesatan.

Ibnu Khaldun mencoretkan dalam Muqaddimahnya, apabila Harun Ar-Rasyid memberikan anaknya Al-Amin kepada pendidiknya, dia berkata: “Wahai Ahmar (kemerah-merahan), sesungguhnya Amir Al-Mukminin telah memberikan kamu buah hatinya dan kegembiraan jiwanya. Jadikanlah diri kamu bermurah terhadapnya, wajiblah ke atasmu mentaatinya, sesuaikanlah diri kamu dengan taraf kedudukannya yang telah diberikan oleh Amir Al-Mukminin. Ajarilah dia Al-Quran. Berikanlah dia pengetahuan sejarah. Perdengarkanlah dia syair-syair, ajarkanlah dia ilmu sunnah. Perjelaskanlah untuknya tempat kata-kata dan permulaan-permulaanya. Laranglah dia daripada ketawa melainkan pada masanya. Janganlah membiarkan masa berlalu tanpa mengambil kesempatan bagi memberikan dia faedah. Janganlah dia selalu bersedih menyebabkan fikirannya mati, dan janganlah selalu memaafkan dia menyebabkan dia selesa dengan masa lapang dan menjadi biasa dengannya. Betulkan dia dengan cara mesra, baik dan lembut sedaya upayamu. Jika tidak berkesan juga, gunakanlah cara tegas dan kasar.”

Hisyam Ibn Abdul Malik berpesan kepada pendidik anaknya, Sulaiman Al-Kalbi, “Sesungguhnya inilah anak saya, dan dia merupakan kulit di antara kedua-dua mata saya. Saya telah menjadikanmu guru bagi mendidiknya; berpegang teguhlah dengan taqwa kepada Allah, laksanakanlah amanah. Pertama sekali saya berpesan kepadamu, berpeganglah dengan kitab Allah. Perdengarkanlah kepadanya syair-syair yang paling elok. Bawalah dia berjalan-jalan di pelusuk desa Arab. Ambillah syair-syair mereka yang baik. Tunjukkanlah dia sebahagian perkara yang halal dan sebahagian perkara yang haram serta khutbah dan kisah peperangan.”

Bayi diibaratkan seperti kain yang putih bersih. Ibu bapalah yang bertanggungjawab mencorakkan anaknya itu menjadi Yahudi, Majusi atau Nasrani. Maka corakkanlah mereka dengan sebaik-baiknya.

Source: iLuvislam

Monday, July 19, 2010

Malam Kesenian Islam Masjid Ar-Rahmah - Sinar Harian


ANTARA TARIKAN NAFSU DAN IMAN

Sidang Jumaat yang berbahagia,

Bulan Ramadhan adalah bulan yang mulia disisi Allah S.w.t. Di dalamnya telah di fardhukan puasa kepada seluruh umat Islam. Dengan berpuasa dapat mendidik jiwa manusia agar lebih bertakwa kepada Allah S.w.t. dan dapat menjadi benteng dari godaan syaitan dan hawa nafsu yang tidak terkawal. Namun begitu, Ramadhan sudah meninggalkan kita dan sekarang menjelma pula Syawal iaitu bulan kemenangan umat Islam. Kemenangan menahan diri dari dugaan hawa nafsu terhadap kelazatan keduniaan.

Muslimin yang di rahmati Allah sekalian,

Manusia berada di dalam dua persimpangan selama hidupnya di dunia. Dua persimpangan tersebut ialah runtunan hawa nafsu dan keimanan terhadap Allah S.w.t. Untuk itu, manusia di berikan Allah akal untuk membuat pilihan di antara keduanya.

Manusia yang memilih beriman kepada Allah,dia adalah orang yang berjaya, tetapi sebaliknya jika dia memilih jalan menurut hawa nafsu yang tidak terkawal, maka buruk padahnya.

(surah Yusuf : ayat : 53)

Bermaksud : " Dan tiadalah aku bebaskan diriku, Sesungguhnya nafsu itu suka menyuruh kepada yang buruk, kecuali orang yang di beri rahmat oleh Tuhanku, Sesungguhnya Tuhanku amat pengampun lagi amat penyayang."

Muslimin yang dirahmati Allah sekalian,

Nafsu manusia terbahagi kepada tiga bahagian,

1. Nafsu Amarah, iaitu nafsu yang menyuruh kepada kejahatan dan keburukan.

2. Nafsu Al-Wamah iaitu nafsu yang mencela.

3. Nafsu Mutmainah iaitu nafsu yang tenang tenteram.

Apabila nafsu manusia itu diajak supaya mengikuti syahwatnya lalu diturutinya, maka itulah yang di katakan nafsu amarah dan apabila nafsu itu telah melakukan perbuatan yang buruk, lalu datanglah nafsu wamah dengan mencela dan mencaci perbuatan buruk yang di lakukannya itu di sebabkan mengikuti kehendak syahwatnya, dan apabila nafsu itu telah menyesal atas perbuatan jahat yang di lakukannya, maka perasaan menyesal itu adalah timbul daripada sifat nafsu Mutmainah. Firman Allah S.w.t.

( Surah Al-Fajr: ayat 27-30 )

Bermaksud : " Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya, kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuashati (dengan segala nikmat yang di berikan ), lagi diredhai ( di sisi Tuhanmu), serta masuklah dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia dan masuklah ke dalam Syurgaku. "

Sidang jumaat yang di rahmati Allah sekalian,

Manusia tidak dapat lari daripada tarikan dan godaan hawa nafsu. Antara godaan hawa nafsu adalah pembaziran. Islam melarang keras umatnya daripada membazir. Firman Allah S.w.t. di dalam Surah Al-Isra' ayat 27 :

Bermaksud : " Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara syaitan. "

Dalam ayat di atas menerangkan tentang orang yang suka kepada pembaziran adalah sahabat karib kepada syaitan. Allah mengumpamakan sedemikian kerana pembaziran adalah perkara yang di larang dalam Islam dan ianya hanya akan membawa kepada keruntuhan moral sebagai seorang Islam. Oleh yang demikian, sifat yang sebegitu tentulah menyamai dengan sifat syaitan, yang mana syaitan itu kerjanya adalah menimbulkan kerosakan di antara sesama manusia.

Pembaziran hanya akan menyebabkan seseorang itu mengabaikan tanggungjawabnya kepada keluarga, jiran tetangga dan masyarakat contohnya mengabaikan tanggungjawab kepada keluarga ialah seorang pejudi, sudah tentu akan menghabiskan wangnya di meja judi, sedangkan dia mempunyai tanggungjawab iaitu menyara anak dan isterinya di rumah. Ini adalah salah satu contoh pembaziran yang dicela oleh agama. Sikap seorang ketua rumahtangga sepatutnya mencari rezeki yang halal bagi tujuan dibelanjakan pada jalan yang halal bukannya pada jalan yang haram.

Muslimin yang di rahmati Allah sekalian,

Jalan keluar daripada masalah ini hanyalah terletak kepada sejauhmana tigginya nilai keimanan seseorang Islam itu kepada Allah S.w.t. Hanya iman yang tinggi dan kefahaman tentang agama dengan mendalam sahajalah yang dapat meghalang diri seseorang itu terlibat di dalam godaan hawa nafsu yang buas.

Seorang yang beriman kepada Allah S.w.t. sudah tentu mempunyai benteng yang dapat menahan dirinya dari godaan tersebut. Ini kerana seseorang yang beriman adalah seorang yang kenal Allah dan tahu tanggungjawabnya.

Apabila seseorang Islam mengetahui hakikat ini, maka sudah pasti setiap godaan syaitan dan hawa nafsu sekuat mana pun datangnya, dapat ditepis dan ditangkis, maka natijahnya nanti akan terbentuklah muslim yang bertakwa kepada Allah S.w.t.

Bersempena dengan Aidilfitri pada tahun ini, saya suka menasihati diri saya dan tuan-tuan sekalian, marilah sama-sama kita menghabiskan menyambut hari lebaran ini dengan penuh kesyukuran kehadrat Allah S.w.t. di atas segala nikmat yang telah dikurniakan kepada kita, berupa kekuatan rohani, kerana berjaya menempuh dugaan yang amat berat iaitu menahan hawa nafsu selama 30 hari, dari perkara yang membatalkan pahala puasa siang hari semata-mata kerana patuh kepada perintah Allah S.w.t.

Janganlah kita menyambut hari yang baik ini dengan berbelanja secara berlebih-lebihan, sehingga menimbulkan pembaziran. Tanamkanlah sifat Qana'at ( berpada dengan yang ada ) di dalam diri kita, selama kita menyambut Aidilfitri ini. Jadikanlah sambutan Aidilfitri ini secara sederhana. Islam sangat suka umatnya bersederhana sebagaimana sabda Rasulullah dalam sebuah hadis;

Bermaksud : " Sebaik-baik perkara itu ialah dengan bersederhana. "

Oleh itu, marilah kita berusaha untuk menjadikan diri kita seorang muslim yang bertakwa, beriman dan beristiqamah di dalam melaksanakan segala suruhan dan menjauhkan segala larangan Allah, mudah-mudahan kita beroleh rahmat darinya, amin.

(Surah al-asr':ayat 1-3)

Bermaksud : " Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran

http://www.muslimdiary.com

Thursday, July 15, 2010

16 JULAI | FORUM PERDANA


17 JULAI | MALAM KESENIAN ISLAM & MESYUARAT AGUNG


SAMBUTAN ISRAK MIKRAJ

PROGRAM ISRAK MIKRAJ

Tarikh: Ahad, 25 Julai 2010 / AHAD

Tempat: Surau Al-Annsar, Cempakasari Bandar Sg Buaya

Program 1: Siang hari

KURSUS TAHSIINUSSOLAH SERTA KURSUS IMAM & BILAL

Masa: 9:00am ~ 1:00pm (jamuan ringan semasa rehat 'tea break')

Pimpinan: Ustaz Ghazali Omar (SMKA Kuala Selangor)

Yuran: PERCUMA tiada bayaran, akan tetapi sebarang sumbangan RM dari para peserta sangat dialu2kan
Program 2: Malam hari

CERAMAH PERDANA ISRAK MIKRAJ

Masa: selepas solat Maghrib (kuliah Maghrib)

Pimpinan: Ustaz Wan Sohor Bani Leman (UIAM)

Jamuan nasi selepas kuliah, insya'Allah.

Jemput hadir beramai2 (Hj Napiah, org Kg SgBoya hadiahkan lembu sekor)

Thursday, July 1, 2010

3/7 - CERAMAH ISRAK MIKRAJ

CERAMAH SEMPENA ISRAK MIKRAJ

TARIKH: 3 JULAI 2010

HARI: SABTU

MASA: SELEPAS SOLAT MAGHRIB

TEMPAT: SURAU AL-IKHWAN BANDAR SG BUAYA RAWANG

PENCERAMAH:
AL-FADHIL USTAZ NURUL KHALIL BIN ROSLI

TAJUK:
ISRAK MIKRAJ PENJANA TAQWA

MUSLIMIN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR